Hallasan Mountain in Winter
www.Koreajejuetour.com
Para Peminat Pendaki gunung yang tegar,
Gunung Halla atau Hallasan adalah gunung yang tertinggi di Korea. Kita boleh sebut Hallasan kerana san bermaksud gunung dalam bahasa Korea. Semasa di Jeju Island, saya tidak sempat mendaki Gunung Halla. Ini kerana saya hanya ada tiga hari di Jeju Island. Juga merupakan kali pertama di sini. Pendakian ke atas Gunung Halla memerlukan pendakian selama sehari untuk turun naik Gunung. Saya masih menyimpan cita-cita ke sana lagi. Hanya dua tempat di Jeju island, yang saya tidak berkesempatan. Mendaki Hallasan dan mengayuh basikal di Pulau Udo.
Saya hanya melihat Gunung Halla dari jauh dan sempat ke wetland Hallasan sahaja. Hallasan adalah hasil daripada letusan Gunung berapi yang telah membentuk Jeju Island beratus tahun dahulu. Tidak ada caj kemasukan (Entrance fee). Mendaki Hallasan adalah percuma. Dibuka sepanjang tahun. Saya ingin mendaki Hallasan untuk keempat-empat musim untuk banding beza sebelum saya mati.
Mengikut Sahabat Korea Saya, musim terbaik adalah musim sejuk, pemandangannya sangat indah. Salji-salji akan melekat di atas pokok. Musim salji adalah dari bulan Disember sampai Februari. Moh kita intai tiket ke Korea melalui Busan. Tiket ke Busan lebih murah berbanding Seoul. Kita boleh fly dari Busan ke Jeju Island.
Semoga angan-angan saya menjadi impian. Insyallah, dengan kehendakNYA jua.
singgah sini sementara tunggu waktu berbuka :D
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan anda.
DeleteMashaAllah bestnya. saya student tourism.Doakan saya jugak dapat travel mcm encik :)
ReplyDeleteInsyallah, semoga impian tercapai.
DeleteWah, semangat MKL nak rasa mendaki Hallasan untuk setiap musim. Moga dipermudahkan yer...
ReplyDeleteTerima kasih..Semoga dipermudahkan.
Deleteaamiin. semoga cita cita pak Lim tercapai suatu saat nanti.
ReplyDeleteAmin. Terima kasih atas doa anda.
Deleteada musim salji juga sejuk sgt ni...
ReplyDeleteMemang sejuk tapi pemandangannya sangat indah. Suatu anugerah Allah SWT kepada umat manusia supaya beribadah kepadaNYA.
Deletemoh le kita en din :)
ReplyDeleteInsyallah. Moh kita.
Deleteberapa ketinggian Hallasan mountain ni ye? dan sesuai utk beginners?
ReplyDeleteKetinggian Gunung Halla adalah 1,950 meter (6,400 kaki). Saya buat banding beza dengan Gunung Kinabalu yang pernah saya daki. Kinabalu 4,095 meter (13,425 kaki). Sesuai untuk beginners kerana tracknya tersedia dan tersusun kemas. Lagi pun, separuh daripada track Gunung Kinabalu. Track-track di Korea memang sangat kemas dan dijaga rapi.
DeleteMenarik tempat tu.. nampak mencabar dan indah.. semoga hasrat tuan tercapai... aamiin.. :) :)
ReplyDeleteTerima kasih. Banyak berdoa untuk saya.
Deletenak mendaki masa salji lagi licin rasanya..tapi view dia memang awesome..
ReplyDeletePerlu membuat persiapan yang rapi dan kelengkapan yang selamat.
Deleteinsaallah bro..saya doakan satau hari nanti cita2 bro akan tercapai!!
ReplyDeleteAmin
Deletecantiknya la view ...
ReplyDeletememang superb
Deletekalau brother MKL dapat panjat ... confirm ada banyak lagi gambar cantik yg boleh di share
ReplyDeleteDiharap saya boleh kongsi gambar cantik dengan teman-teman apabila cita-cita saya tercapai kelak.
DeleteGigihnya en Din nak pergi sampai empat musim... moga2 cita2 tercapai...
ReplyDeleteMoh kita sama-sama.
DeleteSinggah di waktu tengah hari yg panas utk melihat kesejukan salji di Jeju.. :) :)
ReplyDeleteTerima kasih Sahabat.
DeleteSemoga terkabul hajat tuan MKL.. aamiin.. :)
ReplyDeleteAmin,insyallah
Deleteabe MKL dari terima lum bungkusan dari JM tu..dah lama pos laju
ReplyDeleteDah terima..Tqvm.
Delete"Saya ingin mendaki Hallasan untuk keempat-empat musim untuk banding beza sebelum saya mati. "
ReplyDeletenampaknya abe MKL pelu cari 4 tiket lagi tu ke sana...for four season
Insyallah. Moh kita JM.
Deletekan, JM travelling is addictive dan bukan travelling is awesome..
Deletekenapa hari tu tak daki
ReplyDeleteAda kos melepas..Lagi pun, first time ke sana. Memikirkan kawan-kawan yang turut serta. Nak habis round tempat-tempat utama di sana dahulu. Lain kali tak payah ambil driver lagi.
Deletekalau cantik mcm tu nampak JM pelu terjah mount Hallasan juga nanti in shaa Allah...sbb belum sampai ke Jeju lagi ni
ReplyDeleteKena terjah Hallasan JM. Naik 3 jam 30 min je. Yang diperlukan lebih kurang 7 jam dua hala. JM pasti terjumpa danau di puncak Hallasan. Ada tempat takungan air bersih untuk minum di tengah-tengah jalan.
DeleteMmg teringin nak pergi gunung ni . Thanks for the info khai
ReplyDeletehttp://syamsiddhuha.blogspot.com/
Salam kenal.
Deletesharing the same hallasan winter hike...;) insyaAllah
ReplyDeleteThank you Musafir
Deleteantara tpt pilihan utk honeymoon ...
ReplyDeletewow menariknyer .. syioknyer...
ReplyDeletedaki gunung memang tidaklah.. hehe..
ReplyDeleteCT support dr blakang k Uncle hehe..
Salam encik khai. Nak tanye kalau nak mendaki gunung awal januari ni.. apa peralatan yg perlu dibawa? Seperti pakai seluar apa, stick dan paku kasut ada x disewakan di kaki gunung dan berapa kosnya.. thanks
ReplyDeleteLebih baik bawa sendiri. Masa ini musim sejuk. Pakai seluar yang berbulu di dalamnya untuk memerangkap haba. Banyak dijual di Korea. Stick biasa dah ok. Itu kaki ketiga kita. Bos khas untuk winter. Tak berbaloi untuk sewa. Baik beli sendiri dan boleh digunakan di masa depan. Banyak dijual di Korea. Tak mahal pun. Beli yang terpakai pun dah ok.
Delete