Monday, 22 February 2016

Beirut Gunung Liang

Nassier bergambar di hadapan beirut puncak Gunung Liang Timur pada waktu subuh
"Beirut" adalah besi yang berbentuk segi tiga yang berada di puncak. Beirut adalah struktur yang dibina sebagai penanda puncak atau poin tertinggi.

Beirut berasal daripada perkataan "Biroute" dalam bahasa Perancis. "Biroute" bermaksud "windsock" atau stokin angin. "Windsock" ini telah menjadi amalan penjelajah dahulu. Mereka akan memasang "windsock" di puncak tertinggi yang telah dicapai.

Harus diingat bahawa tidak semua gunung mempunyai beirut sebagai penanda puncak. Ada yang hanya mempunyai batu penanda kawasan dan sempadan. Pada masa kini, ada yang telah meletak papan tanda sebagai poin tertinggi.

Gambar di atas adalah beirut Puncak Gunung Liang Barat yang berada pada ketinggian 1933 meter atau 6342 kaki dari paras laut.


27 comments:

  1. wah subuh hari sudah berada puncak gunung liang..pasti nyaman segar suasananya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Demi ingin melihat matahari terbit. Bergerak ke puncak seawal 4.30 pagi.

      Delete
    2. 4.30 pagi? memang gigih nak tengok matahari terbit ni :)

      Delete
    3. Pasal matahari terbit le yang gigih tu.

      Delete
  2. Bestnya..
    Dah sampai ke puncak lah ye KK bila ada tanda tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanda Beirut di Gunung Liang tandanya puncak.

      Delete
  3. Replies
    1. Teriak Allahuakbar sesampai ke puncak liang barat.

      Delete
  4. Saya ada simpn angan nk pnjat2 gunung tp x brp confident dngn keupayaan sendiri...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh mencuba yang simple punya. Misalnya Bukit Batu Putih di Port Dickson.

      Delete
  5. orang kata, liang keras sikit kan? betul ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sememangnya Gunung Liang jenis hardcore punya.

      Delete
  6. indahnya klu dapat lihat matahri terbit ...

    ReplyDelete
  7. bestnye.... lama dah tinggal aktiviti panjat gunung ni...

    ReplyDelete
  8. Pasti segar udaranya di atas sana tu... best.

    ReplyDelete
  9. Sistem mapping yang digunakan oleh orang dahulu. Beirut dilaksanakan semasa zaman British. Sekarang digantikan dengan yang lebih mudah. Contohnya sistem gps sekarang. Cheaper dan tepat.

    ReplyDelete
  10. Cara pasang- dahulu upah orang asli pikul dari bawah sampai atas. Beirut atau beirup ni dah lama ada.. Yg pertama di pasang oleh Inggeris di Gunung Gerah tahun 1904 kemudian disambung oleh Jabatan Ukur selepas merdeka.

    Antara kegunaan beirut/berup:-
    - Utk menunjukkan puncak bukit. Zaman dahulu, puncak bukit hanya ada pokok renek je.. Tidak ada pokok-pokok tinggi ni..so boleh la nampak berup tu dari jauh.
    Saya ingat lagi masa merintis Gunung Anak Noreng, memang boleh nampak berup Anak Noreng tu dari area permatang bonsai lagi.
    - utk geographical mapping, geological mapping & utk JUPEM mapping.. dulu2 mapping hanya guna teknik bearing, so mudahlah jurukur cari point bearing kalau nampak berup nih.
    - utk navigasi kapal terbang zaman dulu, radar dapat kesan besi berup tu maka dapat kesan kawasan berbukit.
    - berup diperbuat daripada besi sebagai point untuk kajian theodolite (boleh google untuk penjelasan lanjut)

    ReplyDelete