Hari Kelima (15 Ogos 2013) Part 1
Entri ini telah lama terperap, tak sempat hendak menulis. Sibuk dengan tugasan & rutin seharian. Akhirnya, memaksa diri habiskan juga kerana entri baru ke Bali bakal mengunjung tiba. Di sini,apabila saya meluahkan sesuatu di sini, bukan untuk meminta dikasihani dan disimpati. Begitu juga bukan untuk mencari pengaruh dan besar diri. Saya menulis dari pengamatan dan penafsiran rasa dari setiap sudut dan sisi. Saya memiliki warna-warna kehidupan yang tersendiri yang harus dihormati. Itu adalah diriku yang sebenar yang berpijak di bumi nyata.
Pada jam 9.00 pagi, kami bergegas hendak melihat bandar. Hari ini hati kami ingin meronda-ronda sekitar bandar Chiang Mai mengikut tapak kaki. Kami tak bercadang naik tut tut atau Songthaew, pasal depa suka mengenakan harga yang bukan-bukan. Asyik nak berunding dan bertekak,penat saya dibuatnya. Dah tak larat nak tawar menawar. Lagipun, saya ini jenis suka jalan kaki walaupun beribu-ribu batu jauh. kan, berjalan itu baik untuk kesihatan.
Lanna Thai Guesthouse, tempat penginapan kami
Secara kesimpulannya, saya berasa puas hati dengan tempat penginapan kami. Harga RM40 semalam untuk dua katil bujang berkipas. Hari ini saya bercadang untuk meninjau-ninjau di sekitar Warorot Market dan Wat di sekitar kawasan ini. Tumpuan kami adalah Wat Pan Tao dan Wat Chedi Luang. Berikut adalah gambar jalan keluar dari Lanna Thai Guesthouse iaitu ke kiri. Jalan terus sampai ke simpang terus ke kiri sampai ke jalan besar menghala ke kanan jalan.
Jalan ke kiri dari Lanna Thai Guesthouse
The Meridien
Anda akan jumpa Kalare Night Bazaar
Jumpa Chiang Mai Night Bazaar di seberang jalan
Kalare Night Bazaar
Pejabat telekom
Muzium Filateli Chiang Mai
Wat dan Songthaew
Kuil Cina
Kami berjalan ke arah Warorot Market. Saya suka meninjau-ninjau di sekitar pasar. Ada pasar bunga, pasar buah dan pasar jual barang-barang. Macam-macam ada. Ini antara tempat yang saya suka di Chiang Mai.
Pasar bunga
Bunga Temu
Papan tanda masuk ke Warorot Market
Favorite saya
Pemandangan dari tingkat atas pasar
Ingat hanya ada di Malaysia sahaja
Jeruk-Jeruk
Pasar buah
Lepas itu kami ke pejabat filteli.Saya ini peminat tegar setem. Hobi itu telah dipupuk oleh arwah ibu saya sampai menjadi tua bangka. Kami juga membeli poskad ditulis beralamat sendiri supaya boleh dijadikan kenangan. Kami pos kepada diri sendiri. Lawak tak? Pengurus pos sangat baik dan pemurah orangnya.
Pengurus Muzium Filateli
Setem Thailand
Hello anda di sana
Setem Gajah lambang penduduk Thailand
Perspektif Tangga
Siapakah gerangan ditaliponnya?
Menulis di atas batu
Mesin Taip lama
Mesin Penimbang
Wat Doi Suthep yang telah kami lawati
Papan Tanda Office Hour
Masjid Islam Hidayatul Banhaw, Masjid komuniti Cina Chiang Mai
Kami langsung ke masjid untuk solat zohor. Masjid itu kami lalu dalam perjalanan pulang ke Lanna. Day 5 ini ada sambungan lagi. Ada lagi kisah Part 2 tentang Wat Pan Tao dan Wat Chedi Luang yang kami lawati di sebelah petang..Akhirkata, kebahagiaan akan terasa indah andai kita saling mendoakan dan mengingati. Kesetiaan itu tak akan hilang andai kita saling memahami. Andaikata kalau kita tidak mampu membuat orang ketawa jangan sekali buat orang menangis. Kalau kita tidak mampu membuat orang rasa bahagia jangan pula kita tambahkan lagi rasa derita. Kalau kita tidak mampu memgubati luka jangan sekali membuat orang lain rasa terluka. Harap pembaca yang setia akan terus berdoa untuk kebahagiaan kami sekeluarga dunia dan akhirat.
hehe..boleh pulak kan..katak tu buncit dengan bulan ..hehe..laak tol :)
ReplyDeletebest dapat jalan-jalan.. tak pernah lagi pergi ke sana.. isi 3 tabung juga.. :D
ReplyDeletewaqhh seronoknya jalan-jalan ,...tempat yang menarik:)
ReplyDeletememang kaki travel sungguh.. sampai chiang mai tu.. pha is kalau siam, pernah sampai munduk je, melalui sungai golok.. heheh
ReplyDeletebeznye
ReplyDeletesronoknye dpt cuci mata kat tempat org
mmg sesai blog ni utk blogger travel mcm khairuddin
thanks sharing pic dgn kte org
manalah tahu 1 hari nnti nak ke sana jugak
isi tabung sini
kalau free, jemput LIKE post ni:
LIKE SINI
TQ :)
Betsnye....rietta xpernah pergi jauh...setakat sempadan padang besar jerr....
ReplyDeleteFizi : Bulan itu suci..Karang katak bertukar jadi putera yang kacak. Hihihi.
ReplyDeleteMizz : Tq, sering-sering isi tabung saya.
Aku Penghibur : Suatu hari boleh jalan sama.
Nao Mei : Insyallah.
pha : Tak lama lagi ke serata pelusuk dunia.
ReplyDeleteYumida : Thanks...insyallah akan like post..baru kembali dari Bali.
HR : Saya doa anda akan sampai suatu hari nanti.
Chiang Mai?..tak ramai rakan blogger yg dh samapi sini..dah masuk Day5 eh..byk lagi story yg JM terlepas..akan BW semaua entry berkaitan..
ReplyDeleteKalau mcm ni..perlu masuk kan Chaing Mai dlm list travel heee
JM...best juga ke Chiang Mai & Chiang Rai. Nak habiskan cepat. Pasal ada entri Bali. Baru balik semalam dari Bali.
ReplyDeletethanks sharing this great journey of yours. Memang berbaloi tengok gambar2 tu rasa cam kenit pun kat sana jugak hehe.
ReplyDeleteDone klik DiGI :)
Insyallah...saya doa Kenit Cinonet akan ke sana juga suatu hari nanti.
DeleteSaya pun stamp collector.. huhuuu.. good info ni Tuan Khairuddin :D
ReplyDeleteAssalamualaikum...suka sy tgk gmbr bunga2 tu...pegi bulan berapa ni? sy cdg nak pi bulan July/Ogos...
ReplyDelete