Wednesday, 11 September 2013

Istiadat Konvokesyen ke 15 UPSI 2013




Pelajar-pelajar kesayangan saya

Syukur alhamdulillah, akhirnya tibalah masa untuk Istiadat Konvokesyen UPSI Kali Ke-15 yang berlangsung selama empat hari bermula hari Selasa sampai Jumaat (10hb Sept - 13 Sept,2013) di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City. Yang turut hadir,Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalananthan dan Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Zakaria Kasa.

Terima kasih tak terhingga buat pelajar-pelajar sepanjang perkenalan di UPSI.
Happy graduation for batch Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Keusahawanan dan Perdagangan)  09/10. 4 years of awesome. Kita saling menghormati dan menghargai apa yang dimiliki. Itulah yang memaknakan sebuah persahabatan. Terima kasih para pelajar, kerana berkongsi rasa kita akrab.


Pemandangan Banjaran Titiwangsa dan  UPSI dari jendela kamarku.



Pintu Gerbang UPSI

Istiadat Konvokesyen Ke-15 UPSI berlangsung di Dewan Besar, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.  Saya selaku pensyarah ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar batch 2009/2010 di atas kejayaan menamatkan pengajian dengan jayanya. Jadikan tarikh ini sebagai hari bersejarah anda dan jangan lupa jasa kedua orang tua kita. Ibu bapa adalah orang yang penting dalam hidup kita dan merupakan sumber keberkatan hidup. Restu ibu bapa restu Allah.


Sebahagian besar graduan UPSI


Pemandangan dalam Dewan Besar


Tuanku Zara Salim, Canselor UPSI

Tuanku Zara Salim menyampaikan Pingat Emas Canselor kepada Izza Hasrina Ismail dalam Istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris Kali Ke-15 di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City, Tanjung Malim, Perak, semalam.


A Very Dedicated Boss, Naib Canselor UPSI
Prof. Dato Dr. Zakaria Kasa

Sebanyak 6,541 graduan dianugerahkan ijazah dan diploma dalam sesi konvokesyen kali ini melibatkan 23 pemegang doktor falsafah (PhD), sarjana (790), ijazah sarjana muda (2,882) dan diploma (2,756).
Sesi konvokesyen UPSI kali ini mencatatkan peningkatan sebanyak 94 peratus bilangan graduan berbanding 3,322 pada tahun lalu.

Dalam majlis tersebut, Tuanku Zara turut berkenan melantik Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Emeritus Dr. Zakri Abdul Hamid sebagai Pro-Canselor UPSI yang baharu. Selain itu, baginda turut berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan Pendidikan dan Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Sejarah, masing-masing kepada Tan Sri Dr. Muhammad Rais Abdul Karim dan Tan Sri Omar Mohd. Hashim.

Dalam pada itu, Tuanku Zara turut menyeru para graduan supaya menghayati sepenuhnya Falsafah Pendidikan Negara yang mentafsir pendidikan sebagai usaha berterusan memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan seimbang.

Selain itu, baginda turut menyarankan para graduan menyemai hasrat melanjutkan pengajian di peringkat ijazah lanjutan kerana usaha menimba ilmu tidak seharusnya terhenti setelah berjaya menggenggam segulung ijazah.

"Budaya intelek hendaklah sentiasa disemarakkan dalam diri graduan. Seorang pendidik tidak boleh memisahkan diri daripada rasa cinta terhadap ilmu.

"Jadilah seorang pendidik dihormati yang mengamalkan sifat budaya intelek; mencermin diri sebagai insan berilmu, bertenaga dan berupaya mengharungi cabaran serta evolusi dunia pendidikan," titah baginda.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Utara/20130911/wu_02/Tuanku-Zara-seru-graduan-jayakan-Pelan-Pembangunan-Pendidikan-Malaysia#ixzz2eYi0nXtw
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Di bawah adalah sebahagian besar daripada gambar pelajar-pelajar saya yang telah menamatkan pengajian. Dari masyarakat mereka datang kepada masyarakat mereka kembali.


Dahlia Sorina Mohd Mangsor

Photo: # selesai menggalas tanggungjawab atas kepercayaan yang diberikan oleh pihak universiti untuk ditemu ramah secara langsung oleh RTM_terkilan keluarga tercinta tidak dapat bersama apabila terpaksa pulang ke Johor atas urusan lain @convoday @pelajarandiraja @emaslembagapengarahuniversiti #
Muhd Muzakkir Afiq


Biella Nabila


Nor Asma Sheirnawani


Mohd Loqmanul Hakim


Kasih Ibu


Nurul Nadirah Fazmin


Mohamad Forhan & Noelle Loo


Mohd Zaini




Fatimah Mohd Sapar, Aida & Mohamed Yunus Gapar


Kembar seiras : Fariz Yob & Farhan Paan


Mohd Fauzie Mando


Azman Yusoff

Gelagat pensyarah. En. Bakrie Musa & En. Hishamuddin



Sahabatku Dr. Haniza dan Dr Husni Ibrahim


Para Pensyarah Fakulti Pendidikan

Marilah menuju kejayaaan


Justeru itu, apa yang penting dalam bidang ilmu, adalah memperkembang ilmu yang telah diperolehi. Ini kerana ilmu yang dicurahkan itu akan terus berkembang mekar dan menjalar-jalar bagikan akar pokok yang subur di bumi mualim. Ilmu itu adalah harta yang berguna yang bakal kita tinggalkan apabila meninggalkan alam yang fana ini. Kegagalan bukan kerana kurangnya ilmu, tapi kerana tidak cukupnya tindakan dalam menggunakan ilmu itu." Lihatlah gambar pemandangan di bawah walaupun pohon pokok itu telah tinggal ranting namun tetap indah di mata kita kerana telah banyak jasanya pada alam semesta  yang begitu menakjubkan setiap kalbu yang memandang. Para graduan yang dikasihi,kita seharusnya mengikut resmi padi, semakin besisi semakin tunduk. Peribahasa Melayu, ikut resmi padi makin berisi makin tunduk membawa maksud semakin tinggi ilmu dan darjat seseorang, dia tetap merendah diri serta tidak menyombong diri.


Pohon ranting yang terkulai indah di tasik madu 


Peringatan buat pelajar-pelajarku dalam bidang penulisan




Salam Anak kandung Suluh Budiman


PENGHARGAAN

www.facebook.com/pelajar  

15 comments:

  1. kathy follow ke 19..tq sudi singgah blog kathy :)

    ReplyDelete
  2. teringat semasa zaman konvo dulu... done click nuff juga...

    ReplyDelete
  3. tringat zaman kampus n konvo..rindu pulak
    moga kesemuanya berjaya dlm bidang diminati
    yumida isi semua tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

    ReplyDelete
  4. tahniah kepada semua!!! T_T rindunya zamna belajar...

    ReplyDelete
  5. tahniah kepada yg berjaya konvo =) meriah je majlis..menarik kata2 Habib Umar tu..done klik nuff kt sini..

    ReplyDelete
  6. Rindunya zaman ni... tahniah semua adik2...

    ReplyDelete
  7. tahniah buat mereka yg dah bergraduasi...

    ReplyDelete
  8. terimaaaaa kasihhhhhhhhhhhhh ...I LOVE UPSI..... banyakkkkk mengajarkuuu erti perjuangan!!!

    ReplyDelete
  9. Congratulation to all your students..
    moga mereka juga akan melahirkan manusia yg penuh berdedikasi.. bermatlamat dan cita2 tinggi.. :D

    ReplyDelete
  10. En Din,

    Adik JM ada study kat sana..UPSI..this is last semester for her :-)

    Baru berpeluang foolow dan singgah sini :-)

    ReplyDelete
  11. Tahniah kepada mereka semua.. done click your nuff too.. =D

    ReplyDelete
  12. tahniah kepada semua yang dah convo... teringat masa convo diploma dulu ..rindu kawan2

    ReplyDelete
  13. Tahniah semua dan selamat berjaya dunia akhirat...kali ini tiba pun giliran konvo ke 16 (2014)

    ReplyDelete