Saturday, 7 December 2013

Tuk Bimo Lukar & Gardu Pandang Tieng, Dieng Wonosobo

Sepanjang perjalanan di Wonsobo dalam perjalanan pulang ke Jogjakarta

Hari hampir senja, kami harus bertolak pulang ke Jogjakarta. Kami bertolak dari  Taman Bunga Kailasa langsung singgah ke Tuk Bimo Lukar di Wonosobo. Tuk Bimo Lukar adalah mata suci bagi umat Hindu kuno Dieng yang diperbuat dari Batu Purba. Terdapat dua pacuran air. Dian adalah simbol alat kelamin lelaki Satu lagi, yoni yang berupa batu persegi empat yang di tengah-tengahnya terdapat lubang unutk menampung air dari pacuran Lingga seperti alat kelamin perempuan. Sesiapa yang  mencuci muka di sini akan menjadikan dirinya awet muda.  





Gardu Pandang Tieng adalah sebuah menara untuk anda menyaksikan hamparan ladang kentang yang begitu luas terbentang dan menyaksikan gegulungan kabut dari pelbagai arah. Anda juga boleh menyaksikan terbitnya mentari sambil menikmati teh hangat dan sepotong roti. Saya telah menyaksikan keindahan alam pergunungan Dieng di atas Gardu ini. Gardu adalah tempat transit sebelum anda ke Dieng. Saya singgah  sewaktu dalam perjalanan pulang ke Jogjakarta. Ini adalah objek wisata saya yang terakhir di Dieng. I love you, Dieng. 



20 comments:

  1. awet muda..??? patut tgk gambar muka abg din berseri2 je tu... :-)

    ReplyDelete
  2. kabus tebal macam kat cameron / genting ek...^_^

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Bestnya tgk kbus tu En.khairuddin...

    ReplyDelete
  5. abg din tak try basuh muka kat situ..mana tau kot2 kalau boleh nampak muda 10 tahun...hahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak try la..kang basuh2 muka terus jadi pak lampir pulak haha

      Delete
  6. Bagus air tu buat awet muda... suasana kehidupan di situ pun dah cukup membantu utk awet muda. Tenang & mendamaikan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suasana kat sini mmg boleh buat awet muda, tapi air tu wallahhua'lam la :D

      Delete
  7. Indahnya berkabus... mesti sejuk kan...

    ReplyDelete
  8. sana mmg sentiasa berkabus erk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sentiasa berkabus..Kawasan ni dataran yang tertinggi di Indonesia

      Delete
  9. Cuci muka boleh awet muda. Mesti ramai yang ambik peluang cuci muka.. Ada yang siap bawa balik air tu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tengok ramai orang tempatan yang bawa balik air tu..nak buat basuh muka awet muda kot

      Delete
  10. Salam dari Semarang. Saya yang tinggal di Semarang, belum pernah pergi ke situ. Semoga Allah Yang Maha Pemurah selalu memberi rejeki yang banyak bagi abang Khairuddin.amin. salam dari Semarang.

    ReplyDelete