Wednesday 5 March 2014

Aku Blogger Baru 2014

Aku Blogger Baru 2014 - Top Blog MY


Terima kasih daun keladi kepada Tuan HH kerana sudi membuat segmen untuk blogger baru seperti saya. Saya memang minat membaca blog, terutama blog travel. Hobi utama saya pun jalan-jalan, travel around the world. Saya mula minat menulis blog hanya pada bulan September 2013. Jadi usia blog saya hanya enam bulan aje. Usia yang sangat muda, baby lagi. 

Niche blog saya adalah travel setakat ini. Nampaknya dengan banyak melancung, dan ingin berkongsi pengalaman berjalan adalah pendorong utama saya terjun ke bidang penulisan blog. Niat di hati ingin berkongsi suka lara serta tip-tip  yang menarik semasa melancung dengan kawan-kawan blogger. Harapan semoga menjadi rujukan di samping bertukar-tukar pendapat dan pengalaman dengan kawan-kawan blogger. Ini kerana kita belajar sepanjang hayat sehingga sampai ke liang lahad.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kawan blogger yang telah bersama-sama dalam dunia blogging. Tanpa anda siapalah saya. Marilah kita memberi sokongan antara satu sama lain. Ibarat kata bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Semoga ukhwah kita berpanjangan sehingga ke akhirat.

Anda juga dipelawa menyertai Segmen Aku Blogger Baru 2014 anjuran Tuan HH. Untuk join sila link dalam kotak Aku Blogger Baru 2014. Terima Kasih sahabat blogger kalian.

17 comments:

  1. Assalammualaikum..
    Selamat bersegmen..saya pun selalu datang ke blog tuan untuk belajar tentang blog niche travel ni sebab saya baru buat blog baru niche travel gak..kalau berkesempatan sila la berkunjung ke blog baru saya..wasalam.

    ReplyDelete
  2. walaupun baru berusia enam bulan..tapi ms nampak kesan yang sangat positive
    teruskan yer dengan share pengalaman dan tempat-tempat menarik dengan kitaorang

    ReplyDelete
  3. Selamat bersegmen tuan...walaupun belum sampai setaun tapi blog abg din nampak matang..sy suka singgah sini...dah laa sy jenis tak suka berjalan..baca blog nie dpt laa tau serba sedikit keadaan di luar..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. saya suka abg din, banyak tempat2 menarik yg abg din pergi saya belum pernah samapai lagi, sekurang-kurang saya daapt info tentang tempat-tempat menarik yg abg din kunjungi.. teruskan usaha abg din.. :-) selamat bersegmen..

    ReplyDelete
  5. Saya mmg penggemar blog ini.. suka menimba pengalaman melancong dari pemiliknya. Mmg menyeronokkan.. dgn gambar2 yg cantik & berkualiti serta penerangan yg tersendiri membuatkan saya seolah2 pergi ke tempat2 yg di kongsikan.. mmg menarik. Semoga terus sukses utk blog kakitravel & pemiliknya tuan Khairuddin.. All the best!

    ReplyDelete
  6. Nice bro harap leh jd blog travel yg femes n goodluck

    ReplyDelete
  7. selamat bersegmen.. takut nk join, takut tak berkelayakan.. hehehe.. x pe la, buat2 perasan blogger baru jugak la.. hehehe

    ReplyDelete
  8. selamat bersegmen en. khairuddin.. :D

    ReplyDelete
  9. Selamat bersegmen.. baru 6 bulan dengan pencapaian yang baik.. bagus la keep blogging :D

    ReplyDelete
  10. As-Salam. Terima kasih Khairuddin Lim kerana sudi join segmen saya ni ..

    Senarai nama blogger baru yang menang wnag tunai telah ada ... jadi singgahlah. Mana tahu mungkin Khairuddin salah seorang daripada 5 pemenang bertuah tu....

    www.hasrulhassan.com

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum.. selamat berkenalan di dunia blog.. Semoga blog ini mendapat tempat di hati pembaca. InsyaAllah

    ReplyDelete
  12. Terima kasih semua kawan blogger. Saya selalu doakan kejayaan anda semua. Salam kejayaan dunia akhirat.

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum khai...selamat bersegmen...;)

    ReplyDelete
  14. Selamat bersegmen. Secara jujurnya Ida memang minat sangat dengan blog Tuan Khai ni kerana Ida kesuntukan masa untuk membaca entry yang panjang2... so blog yang sering masukkan gambar2 macam Tuan Khai ni memang lah menjadi keutamaan Ida.

    ReplyDelete
  15. blogwalking sini,done follow =)
    blogger baru..ayielifememory.blogspot.com

    ReplyDelete