Thursday 24 November 2016

Penerbangan Antarabangsa mahu pun Domestik

Berhati-hati apabila berada di Lapangan terbang.
oleh Zaid Traveller.

Bio data Zaid Traveller
A full time Businessman and full time World TravelIer. Visited 93 countries since 2002.

KLIA2. Kami dalam perjalanan ke Melbourne untuk bersama-sama Dr Nassier untuk sidang  konvo MBBS Disember 2015

Ini adalah beberapa contoh perangkap jenayah yang perlu anda berhati-hati ketika berada di lapangan terbang :

1- Taktik meminta menjaga bagasi.


Jika ada orang yang tidak dikenali meminta anda menjaga bagasi, sila tolak dengan cara baik. 



Pernah berlaku satu kes di dalam tandas, seorang lelaki minta tolong tengokkan bagasi sementara dia masuk ke dalam tandas, tak sampai 5 minit, orang menolong itu diberkas oleh polis kerana memiliki 5 kg dadah. Si penjenayah yang berada di dalam tandas  itu terselamat.

2- Taktik memberi air minuman secara percuma.

Pemberian ini juga perlu ditolak dengan cara baik. Kita tidak mengenali beliau, kemungkinan di dalam botol minuman tersorok bahan larangan. Silap hari bulan kita yang akan ditahan.


Zaman sekarang pelbagai cara jenayah dilakukan, tin air minuman juga boleh diubah suai menjadi menyimpan dadah. 

3- Taktik bertanya soalan.

Ramai yang sudah terkena terutamanya ketika beratur di Kaunter Imigresen. Taktiknya adalah dalam keadaan tergesa-gesa, si penjenayah akan berlakon menanya soalan, sedang kita leka melayan, rakan penjenayah akan memasukkan bahan terlarang ke dalam bagasi kita.


Tujuannya, jika berlaku penahanan ketika pemeriksaan kastam, mereka akan terlepas, sebaliknya kita yang tidak mengetahui apa-apa yang akan ditahan.

4- Periksa dahulu barang yang dikirim.

Walaupun dari kawan rapat sendiri, buka dan periksa terlebih dahulu barang yang hendakk dikirim sebelum masukkan ke dalam bagasi.


Bukan tidak percayakan kawan sendiri, tetapi wajib untuk kita lebih berhati-hati. Siapa tahu di dalamnya tersembunyi bahan terlarang, mungkin kawan kita sendiri tidak tahu akan kewujudan barang tersebut.

Pendek kata,biarlah orang mengatakan bahawa kita sombong. Asal diri kita selamat. Kerana jika berlaku perkara yang tidak diingini kita yang akan merana kelak. Walaupun lapangan terbang merupakan tempat tumpuan pelancong, ia juga tempat transit untuk aktiviti jenayah terutamanya jenayah dadah. Harap anda semua akan sentiasa berwaspada dan berhati-hati.

Banyakkan berdoa ketika bermusafir, inshaAllah pengembaraan akan lebih diberkati dan dirahmati.
Semoga bermanfaat.

12 comments:

  1. Jaga jarak kita dengan orang tak dikenali utk elak kena pukau... Dan... Jauhi diri dari menjadi keldai dadah... gitew... he he he...

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang amat baik sekali..
    Peringatan buat sahabat yang suka travel..

    Posting terbaru AM
    Makanan yang boleh meningkatkan kualiti sperma


    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete
  3. beringat seblm kena..mcm2 cara orang nk buat jenayah..

    ReplyDelete
  4. macam2 sekarang ni, semua tips ni pernah juga saya dengar sebelum ini

    ReplyDelete
  5. yg minta tumpang bagasi ada jg laa pengalaman...memula mmg nk tumpangkn tp lps tu fikir semula kot2 ada niat jahat (wpn mereka nmpk mcm org islam) sy abaikn...terpaksa buat mcm tu

    ReplyDelete
  6. peringatan dan perkongsian yang baik bro MKL

    ReplyDelete
  7. Kena berhati2 walau di mana pun berada

    ReplyDelete
  8. Info yg baik dan bermanfaat buat peringatan bersama.. thanks sharing MKL

    ReplyDelete
  9. uish..takut jugak kan baca tips-tips macam ni.Thanks for sharing

    ReplyDelete