Friday 13 January 2017

Jigokudani Snow Monkey Park, Nagano

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kali ini, saya nak kongsi tentang Jigokudani Snow Monkey Park, yang terletak di Nagano.

Oleh Nur Rahman.

 Nur Rahman dan Jalur Gemilang

 Antara laluan yang perlu diredah

 Monyet-monyet berendam dalam ohsen

 Monyet -monyet ini ibarat memakai jaket winter

kebanyakan anak monyet berpaut pada pungkoq ibu 

Jadi, untuk pergi ke sini;
1. naik JR Shinano train dari Nagoya, covered by JR Pass. Ambil masa lebih kurang 3 jam, ke Nagano station.
2. Naik Nagaden Bus (sebelah JR Nagano station), tiket 1400 yen (RM54) satu hala, turun di Monkey Snow Park Bus Stop. 
3. Part mencabar sikit adalah kena trekking lebih kurang 30-45minit untuk jarak 1.8km, dan sampai ke destinasi.
4. Tiket masuk harga 800 yen (RM31) seorang.


Tips : 
1. Boleh juga naik shinkansen dari Tokyo atau mana2 route yang boleh sampai ke Nagano station atau Yudanaka station.
2. Boleh beli Monkey Snow Park 1 Day Pass di Nagaden Nagano Station, harga 3500 yen (RM135.00). Pass ni cover tiket bas pergi/balik, atau train dari Yudanaka station ke Nagano Station pergi/balik serta loop bas, dan juga tiket masuk ke Monkey Snow Park ni.
3. Kalau pergi musim sejuk atau bersalji, pakaian kena proper, terutama kasut. Boleh tahan licin trek. Nak-nak bila nak turun. 
4. Sediakan powerbank (musim sejuk) untuk handphone, dan extra battery untuk kamera seperti gopro. Bateri cepat nauu habisnya.
5. Sentiasa check cuaca semasa (boleh guna apps ACCUWEATHER), jadi, boleh lah bajet-bajet timing untuk dapat snow. 
6. Tempat ni boleh pergi bila-bila masa, cuma nya dah nama pun Snow-Monkey, jadinya lebih best kalau pergi waktu winter dan bersalji.:)

Semoga bermanfaat!

Terima kasih kepada Nur Rahman.

19 comments:

  1. Bestnya.... syok habis tengok monyet-monyet tu dekat ohsen... bukan main lagi.. hehehehe

    ReplyDelete
  2. As salam. Cantik sungguh pemandangan di Hokkaido semasa musim sejuk. Teringin nak main salji gak! Abg Din, sila tinggalkan entri GA di bawah ini di kotak komen GA yg sy anjurkan, ok? Thanks for your cooperation.

    http://kakitravelkhairuddin.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html

    ReplyDelete
  3. spring ke tuh..? wow.. dah la cantik, mesti best berendam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, silap.. hehehe..maklumlah.. x pernah travel, x beberapa nk pandai lagi beza 4 musim tu.. hehehe..

      Delete
  4. Masya Allah.

    Bestnya tengok salji.

    Tapi macam takut sikit ngan monyet2 tu

    ReplyDelete
  5. Tmpat ni pun sgt cantik.. sejuk tp tenang

    ReplyDelete
  6. x licin ke batu2 kat situ...sy plak yg rs seriau...

    ReplyDelete
  7. cantik. tapi saya takut plak nengok monyet tu..haha

    ReplyDelete
  8. Kenapa paste entrri nur rahman kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur Rahman memberi keizinan buat saya. Ingin simpan sebagai rujukan di masa depan. Saya terlepas tempat yang sangat menarik. A place you must see before you die.

      Delete
  9. wahhh dinginnya sampe Indonesia pak Kim mantap

    ReplyDelete