Thursday, 8 June 2017

Salak Tinggi Park & Ride, Putrajaya Sentral dan TBS Park & Ride.

KLIA Ekspres: Salak Tinggi Park &Ride, Sepang

Entri hari ini adalah tentang tempat letak kereta yang alternatif selain Putrajaya Sentral dan TBS Park & Ride.  Tempat yang baru dibuka adalah Salak Tinggi Park & Ride, bersebelahan Station ERL Salak Tinggi.

Pertama, kita tinjau tempat letak kereta di TBS Park & Ride. Terminal bersepadu Selatan, TBS. Banyak tempat letak kereta yang kosong di aras 4,5, dan 6. Tempat letak motorsikal adalah percuma di stesen TBS. Maksimum 24 jam :RM10.00. Jam pertama : RM3.00 . 2 jam hingga 5 jam : Tambah RM1.00..Jumlah RM4.00. 6 Jam ke atas adalah RM6.00 Jumlah bayaran adalah RM10.00. Kadar tempat letak kereta berkuatkuasa mulai 17 Januari 2017. Kehilangan tiket tempat letak kereta adalah RM60.00

kedua, tempat letak kereta di Putrajaya sentral. 
Kadar bayaran tempat letak kereta yang dikuatkuasakan adalah seperti berikut :-
  • 15 minit pertama : Percuma
  • Bayaran sehari (sebelum 12.00 tgh malam)  : RM2.00
  • Bermalam (mulai 12.01pagi hingga 6.00pagi) : Tambahan RM4.00
Jika park seharian, caj yang dikenakan adalah RM 6 ( RM2 + RM 4). Maksimum untuk hari meletak kereta adalah 14 hari sahaja.


Ketiga, terdapat satu lagi tempat letak kereta yang baru iaitu Salak Tinggi Park & Ride.
Salak Tinggi Park& Ride, bersebelahan station ERL Salak Tinggi telah dibuka dengan rasminya.Menurut Muhamad Syafiq kadar bayaran tempat letak kereta adalah seperti berikut :

*Rate satu hari (24hrs =RM3) rate per day basis

*5 Tingkat
*Boleh bayar manual (resit)/auto
*mesin pembayaran ada di level G & Level 2
*ada surau dan toilet di level G
Dari sini boleh ambil Klia transit ke Klia&klia2 cuma RM4.90 one way, oku,warga emas dan student dapat diskaun 30%. (ic,kad pelajar&KDS1M ,dan Kad Oku kena ada)
Kalau parking penuh korang boleh park dekat tempat parking lama yang tidak berbumbung harga sama jugak.

Kesimpulannya, tempat letak kereta yang paling murah (17 Mei,2017) adalah Salak Tinggi Park & Ride. Begitu juga caj ERL ke lapangan terbang sama ada KLIA atau KLIA2. Kedua, adalah tempat letak kereta Putrajaya Sentral. Begitu caj ERL sama ada ke KLIA atau KLIA2.

8 comments:

  1. thanks for sharing.senang nak park sebelum fly

    ReplyDelete
  2. CAJ PARKIR KENA AMBIL TAHU JUGA KOSNYA

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah ada tempat yang murah dapat membantu rakyat jimat sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman ini kita kena belajar cara hendak berjimat cermat.

      Delete
  4. wow jauh lebih murah tapi nak ke Salak Tinggi yang malas..

    ReplyDelete
  5. tuan MKL... lenkali park depan rumah saya je. very near to putrajaya sentral.

    free. hihihi

    ReplyDelete
  6. paling cekik darah sy rs park n ride bandar tasik selatan perrghhh... park 2 hari kena rm28 tu yg pertama dan terakhir sy park

    ReplyDelete