Friday, 23 June 2017

Senarai Semak Balik Kampung Beraya

Pesanan Khidmat Masyarakat Balik Kampung.
Moga hubungan berkasih sayang antara satu sama lain sampai ke Jannah. — with Noor Hidayah Hanapi at Carrickarade Island, Ireland.


1. Senarai semak sebelum balik kampung.
a) Buang sampah takut nanti berulat. Kau sendiri akan rasa jijik dan mual nanti. 

b) Buat laporan polis agar abam polis boleh tolong jaga rumah kita.

c) Pastikan segala jenis suis dan lampu telah ditutup. Jangan lupa kunci rumah rapat-rapat.


2. Senarai semak untuk balik kampung.

a) Bawak balik keperluan alat-alat mandi. 

b) Bawa balik tuala mandi. Kalau tak lap dengan langsir opah je.

c) Bawa balik butang baju Melayu, sampin, brooch, pin, kopiah dan baju melayu agar kelihatan kacak dan anggun di hari raya.

d) Duit dan sampul raya. Ada duit lebih, boleh sedekah. Itu amalan yang mulia. Ajar anak jangan minta duit raya. Itu perangai yang keji. Kan, memberi lebih baik dari meminta.

e) Top up Touch & Go siap-siap. Kan, telah diberitahu tidak ada lorong nilai tambah. 

f) Bawa extension wire 5 suis, charger i phone, charger kamera, charger misai eletrik dan kamera. Kau akan rasa bangang je di kampung apabila semua tak dapat dibuat. Lebih-lebih lagi, bila tak dapat call mak we. Kan title kau suamiku playboy. Standby power bank juga.

g) Tilam/Toto. Kami angkut sleeping bag je. Lebih baik kalau ada khemah. Maklum le opah 8 anak belum campur menantu dan cucu cicit. 

h) Bawa siap-siap seterika sendiri. Kan, kau tu playboy dan bini asyik memasang badan je. 

i)Balik kampung hendaklah ringan tulang. Tolong mana yang patut. Jangan asyik duduk terkangkang dan mulut boleh tahan juga. Meluat orang tengok nanti.

j) Kalau beraya di rumah mak mertua, terima keadaan seadanya. Siapa suruh kahwin anaknya. Kalau kahwin anaknya, kena kahwin semua. Angkat segala sampah sarapnya sekali.

k) Sembang yang baik-baik. Buang segala perasaan hasad dengki. Kalau bertujuan menyakitkan hati orang baik diam sahaja. Jagalah perasaan adik beradik yang kurang berada daripada kita. Kalau ditanya boleh jawab dengan ringkas sahaja. Fokus pada silaturrahim. 

l) Jangan sesekali mengaibkan orang. Jangan suka mengutuk atau perli orang. Jangan menyibuk hal-hal peribadi, dan masalah orang. Cakaplah perkara yang menyenangkan hati orang. Sembang yang baik-baik kecuali orang itu menceritakan halnya sendiri. Bantu sekiranya diminta memberi pendapat dan menjadi orang yang berbudi bahasa.

m) Hargai dan syukurilah sekiranya mak ayah kita masih ada. Bukan lama mana pun seperti cepat berlalunya Ramadhan 2017. Tengok besok dah satu syawal. Bengang kita dibuatnya. Jangan menyesal sudah, paling utama mak ayah kita. Takut last-last terpampang batu nisan mak ayah di depan kita.


Hari raya hari kita. Sembang yang baik-baik. Jangan aibkan orang. Jangan suka mengutuk orang. Kalau kita sayangkan orang, kita akan lihat kelebihannya. Sekiranya kita melihat kekurangannya, bermakna kita tidak suka kepadanya.

Taqaballahuminna wa minku

Salam syawal
Mohon maaf zahir batin
Dari saya serta seisi keluarga

Bangkitkan aura positif dan insyallah semoga ketemu ramadhan 2018 yang sentiasa ditangisi.

20 comments:

  1. Saya balik kg tp x bermalam. Rumah mertua 32km je dari umah saya n umah bapa 15km je. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Balik kampung tidur di hotel..

    Gaya mewah dan tak semua yang sanggup buat..

    Persoalannya kampung ada hotel ka..

    Mungkin homestay ada..

    ReplyDelete
  3. bukan setakat senarai yg tuan kongsi, nasihat pun ada.

    slamat hari raya tuan.

    ReplyDelete
  4. x balik mana2 pun sbb rumah tu mmg dah kampung dah pun.. hehehe

    ReplyDelete
  5. aamiin smeoga kumpul sampai jannah pak aamiin...

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya aidilfitri KK..
    InsyaAllah berjumpa ramadan 2018..

    ReplyDelete
  7. nice sharing Uncle..
    salam aidilfitri maaf zahir batin..
    have a blast eid with families and friends..

    ReplyDelete
  8. Selamat hari raya abang MKL dan famili. balik kampung bukan persediaan fizikal je, persediaan mental kena kuat jugak. barulah kita disayang mertua.eh..haha

    ReplyDelete
  9. SALAM IDILFITRI MKL N FAMILI MAAF ZHR BTN...PESANAN YG HARUS DIINGATI SEBELUM BALIK KAMPUNG BERAYA

    ReplyDelete
  10. boleh guna bila2 je kan list ni. asal nak balik kampung. Selamat hari raya

    ReplyDelete
  11. tuan MKL - selamat hari raya.

    balik telok intan ke?

    ReplyDelete
  12. Bagus semua tips ni...hehe kena sedia mental sbb byk benda kena kongsi bila beraya nanti.

    ReplyDelete
  13. tak balik kampung...huhu..

    ReplyDelete
  14. Baru bertandang selepas syawal :)

    ReplyDelete
  15. betul tu... jgn buat mcm rumah sendiri... baju tu kan sy prefer iron siap2... sng keje

    ReplyDelete