Friday 11 August 2017

Jalan-jalan ke Eropah 23 Mei 2017-9 Jun 2017 (Day 1 & 2 -23 & 24 Mei) : Paris

Paris : Kota Cinta


Flight kami 8.50 malam pada 23 Mei 2017. Kami dijangka berlepas ke Paris melalui KLIA. Kami naik Qatar Airways. Penerbangan mengambil masa kira-kira 7 jam 30 minit. Flight : QR849. Harga tiket seorang adalah RM2181. Kadar pertukaran untuk Euro adalah 4.777. Kadar pertukaran untuk  pound adalah 5.645. Hari ini, 10 hb Ogos,2017 kadar pertukaran adalah RM 5.03 Euro dan pound adalah RM 5.566




Tiket Qatar Airways


Kami telah tiba di DOHA, di Hamad International Airport Qatar jam 11.20 malam. Transit lebih kurang 2 jam di sini. Kami berlegar-legar di sekitar air port. Setakat pengembaraan saya, airport ini adalah airport yang tercantik yang pernah saya singgah. Luas, cantik dan moden reka bentuknya. Tapi orang kalut malut bergerak dengan pelan-pelan.Tenang.Lapang. Dingin.   



Jam 1.20 pagi kami berlepas dari  DOHA, di Hamad International Airport Qatar. Penerbangan dijangka mengambil masa lebih kurang 6 jam 55 minit. Akhirnya, kami  tiba ke Charles De Gaulle, Paris Terminal 1 jam  7.15 pagi. Hari telah menjadi 24 Mei,2017 pulak. Kami akan menaiki CDGVAL CDGVAL (Charles de Gaulle Véhicule Automatique Léger) is a free automatic shuttle rail service at Paris-Charles de Gaulle. di Terminal 1 untuk ke Terminal 3. Lebih kurang airport shuttle dan adalah percuma. Terminal 2 adalah untuk ke stesen bas utama. Terminal 3 adalah untuk ke stesen keretapi.



Kira-kira jam 9.00 pagi,kami ke SNCF(Trains, Services, Businesses) Terminal 3 untuk beli single tiket untuk ke Gare Du Nord. Hotel kami, Cambrai Hotel terletak di kawasan yang berdekatan dengan Stesen keretapi, Gare Du Nord. Harga single ticket adalah Euro 10.00 seorang.   Kami juga beli Ticket Carnet (10 t-ticket) pada harga Euro 14.50 seorang. Murah untuk travel dengan train di sekitar Paris. 



Kami telah menaiki tren RER di Terminal 3 Paris ke Gare Du Nord. Harus ingat bahawa Stesen bas Gare Du Nord adalah bersebelahan dengan Stesen Keretapi Gare Du Nord.

Dari   Stesen Keretapi Gare Du Nord. , kami akan berjalan  kaki ke Cambrai Hotel. Guna google map je dan sampai ke destinasi 129 Bls, Boulevard Magenta Paris. Harga hotel semalam, Euro 51.88


Kami bawa dua beg tolak dan dua beg backpack masing-masing. 

Keretapi dalam perjalanan ke Stesen Keretapi Gare Du Nord dari Terminal 2 airport.



Sebelum itu, di Malaysia kami bergerak naik keretapi KTM Ke KLIA. Kami naik teksi RM8 dari rumah kami di Tanjong Malim ke Stesen Keretapi. Dari KTM Tg Malim, naik KTM sampai ke Stesen TBS harga RM12.00 seorang. Dari TBS, naik train ke KLIA harga RM38.20 seorang. Kami juga telah membeli insurans perjalanan (Etika, beli secara online) harga RM64.44 seorang. Kami juga beli Wifi Samurai RM612 untuk 18 hari. Kami ambil di KLIA airport dan pulang semula wifi Samurai di KLIA Airport.  



 Kotaraya Cinta Paris

     Arca Stesen Keretapi Gare Du Nord

                                              Pintu Masuk Stesen Keretapi Gare Du Nord

7 comments:

  1. kalau buat honeymoon mesti sempoi kan.. heheh

    ReplyDelete
  2. WAH KE KOTA CINTA YG INDAH LAGI BERSEJARAH

    ReplyDelete
  3. inilah entry yang saya tunggu..hehe

    ReplyDelete
  4. belum pernah jejak Pariss..

    ReplyDelete
  5. nampaknya kena kumpul byk duit la baru leh melancong ke Eropah nanti..

    ReplyDelete
  6. Damm I missed paris bro hehee :)

    ReplyDelete