Thursday, 15 February 2018

Betong, Thailand : Betong Hotspring

Berikut adalah itinenary teman pada hari kedua di Thailand. 
19 Oktober,2017 (Khamis)

1.  Jalan-jalan di sekitar Pekan Betong
2.  Clock Tower dan Peti Pos Besar,Jalan Sukkayang 
3.  Betong Mongkollit Tunnel
4.  Large Chicken Statue
5.  Betong Hotspring
6.  RS Boutique & Cafe Collection, Route 410
7.  Makan Tom Yam & Nasi Paprik 

Penceritaan teman kali ini telah sampai ke Betong Hotspring. Penceritaan yang berikutnya adalah RS Boutique & Cafe Collection, Route 410. Begitu  panjang penceritaan teman. Tahun 2018, teman akan ke sini lagi. Sini bestnya makan-makan dan boleh memandu dengan aman damai. Jangan lupa cari koordinate di sini. Goggle map tidak memandai. Koordinate Hotspring Betong adalah N5 50.980 E 101 04.306. 

Kemasukan ke taman ini adalah percuma. Anda pasti melalui tempat ini sebelum ke Piyamit tunnel atau winter flower garden. Dua tempat itu anda harus kunjungi. Di sini, selain rendam kaki, boleh juga berendam badan  di kolam air panas. Teman rendam atau mandi di kolam air panas. Pasal teman memang kaki mandi di kolam air panas. Anda boleh juga merebus telor di kolam yang disediakan. Kami rebus telor selama 45 minit tapi masih separuh masak. Bayangkan betapa seksanya merebus telor di sini. Kalau di kolam air panas Sungkai, Perak (Hotsprings Sg Klah) merebus telor mengambil masa sekejap je. Tak sampai 15 minit, telor telah masak sepenuhnya. Lagi best di Hotsprings Sungai Klah.

Persekitaran yang bersih dengan cuaca yang redup menjadi tempat ini sesuai sebagai perkelahan keluarga. Ramai keluarga berkelah di sini. Ramai juga pengunjung tempatan terutama warga Islam Thai. 

Alamat Hotsprings Betong :

Ban Charo Parai
Tambon Tano Mae Ro
Ampho Betong, Yala.

Kedudukan adalah kira-kira 14.9 Km dari pusat bandar Betong. Mengambil masa kira-kira 25 min untuk sampai ke sini.


 Kolam Air Panas Betong

 Salah satu tempat yang disukai rakyat tempatan

 Naga pembawa kemakmuran ke tempat ini

 Chinta dan ibu tersayang

 Tasik yang menawan sukma

Terdapat 3 besi bulat dan di situ tempat untuk merebus telor.

 Riang ria kanak-kanak ribena

 Tempat rebus telor

Teman suka pemandangan yang begitu indah

26 comments:

  1. Wah memang cantik pemandangan di Hotspring Betong ni...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Abang Mie boleh pergi. Tak jauh dari Sempadan Malaysia Thailand. Cuma 4 km je.

      Delete
  3. nak buat passport utk pi Thailand la gini...

    ReplyDelete
  4. Nice view indeed, eh... ada beberapa telur ayam dah terjatuh ke dasar tu, boleh diseluk ambil keluar ke? Hehehe...

    ReplyDelete
  5. Wah seronoknya.. tempat ni pun cantik sgt

    ReplyDelete
  6. kena rebus 1 jam kot, baru jd hardboiled egg..

    kawasan cantik, dikelilingi kehijauan..

    ReplyDelete
  7. Cantik semua foto & tqs for sharing. Boleh refer kalau ke sana nanti..

    ReplyDelete
  8. Menariknya tempat ni.. tenang, damai dan cantik.

    ReplyDelete
  9. sikit macam Sungai Klah tapi nnampak lagi kemas dan tersusun. tak adalah semak sangat.. Uncle kena try kolam air panas kat Ulu Legong ke da sampai hehehe ? penah pi skali dulu tapi skrang da kemain makin lawa..

    ReplyDelete
  10. betong ni kat sempadan kita kan? sbb ada kawan ajak ride naik moto ke sana.. hehehe

    ReplyDelete
  11. damai je pemandangan kat sini... tu rebus telur byk2 nk mkn dgn nasi lemak ke? ;-)

    ReplyDelete
  12. bestnya boleh travel negara orang =)

    ReplyDelete
  13. saya pun baru balik hotspring kat Gadek, Malaka. tapi tak cantik view macam ni

    ReplyDelete
  14. Menarik juga tempat ni. Selalu cerita thailand krabi dan hatyai je.

    ReplyDelete
  15. wahhh! sumpah cantikk! subhanallah. Harap dapat jejak ke sini jugak. 1st time dgr tpt nama betong di thailand ni. Kalau Betong Sarawak tu tau la.. hehehee

    ReplyDelete
  16. Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. Mee Udang Asajaya

    ReplyDelete