Tuesday, 6 February 2018

Misi berjumpa Puteri Gunung Ledang


Aktiviti pendakian pertama 2018
Gunung Ledang : 4187 m
Tahap kesukaran :  light heavy



Pencapaian Kaki Travel Khairuddin : Naik 6 jam, turun 4 jam

Penghormatan khas buat wanita dalam kelab U-STAC (UPSI Staff Adventure Club)

Sabtu lepas, 3hb Feb 2018 seramai 28 geng hikers UPSI telah berjaya menawan puncak Gunung Ledang. Masa yang diambil adalah lebih kurang naik 6 jam dan turun 4 jam. Malahan ada yang lebih awal daripada itu. Contohnya Puan Marina Awang Ahmad, naik 5 jam dan turun 3 jam. Tahniah kepada para wanita U-STAC. 

Banyak laluan yang sukar. Naik pun mencanak dan turun bukit pun mencanak. Pendakian bermula pada pukul 8.30 pagi dan kumpulan yang terakhir sampai adalah pada pukul 7.30 malam. Laluan yang mencabar bermula dari laluan KFC. Teringat ayam goreng KFC atau burger. KFC itu singkatan untuk Killer for Climber. Bermulalah laluan kesukaran buat teman. Lain orang lain kesukaran laluan pendakian itu walaupun rambut sama hitam. Hati lain-lain.

Sepanjang laluan di ledang, banyak tangga dan batu hampar. Tapi tangga lebih banyak daripada batu hampar. Kami boleh jadi pemanjat tiang eletrik. Sesuai le bagi sesiapa yang hendak memanjat tiang. Banyaknya tangga besi atau aluminium. Sesuai le kalau ledang di panggil Gunung tangga aluminium. Tangga itu tidak menakutkan pun. 

Dakian yang paling mencabar adalah menggunakan tali untuk melepasi batu hampar. Cucu batu hampar boleh le lepas. Datuk batu hampar tu mak datuk. Batu itu  bukan terhampar terbaring tapi terhampar menegak hampir 90 darjah. Para pendaki perlu memanjat menggunakan tali. Ramai para pendaki cramp kaki dan tangan dekat sini sebab perlu menggunakan otot tangan dan kaki.

Sebaik sahaja melepasi batu hampar, kami terjumpa dengan dataran bonsai. Pokok-pokok telah  berubah dari pokok yang tinggi kepada pokok renek sesuai dengan keadaan cuaca yang semakin sejuk..Pemandangan memang cantik dan superb. Subhanallah.

Ingatkan selepas batu hampar, kami akan sampai  ke puncak tapi  laluan masih jauh lagi. Kami terpaksa mendaki terpacak kerana melalui beratus anak tangga besi yang tingginya 90 darjah. Perasaan teman pada waktu itu seakan lalu dam ular.Jalan sikit jumpa tangga.

Akhirnya pukul 2.15 petang,  kami sampai ke puncak. Allahuakbar,pemandangan pada masa itu berkabus. Sekejap-sekejap je nampak pemandangan di bawah.  

Kenangan mendaki Gunung Ledang sungguh manis walaupun pada masa pendakian sungguh pahit. Apabila sampai ke bawah, berasa hidup ini sungguh indah dan Allah telah memberi sebahagian daripada kenikmatan hidup kepada hambanya. Teman terasa Allah sangat sayang kepada kita dan kasih sayang Allah tidak bertepi. Sayang Allah kepada kita sampai ke Jannah.

Di sini, teman ingin mengambil kesempatan untuk memberi penghormatan kepada wanita-wanita dalam kumpulan U-STAC yang telah berjaya menawan Gunung Ledang dengan jayanya.

Senarai Superwoman dalam kumpulan kami adalah seperti berikut :
i) Marina
ii)Siti RMIC
iii) Aina
iv) Nana
v) Ain RMIC
vi)Noor Hidayah 
vii) 3 orang kawan Ina Zumba
viii) Farah

Semua wanita di atas adalah super power dan hebat belaka. 



Berjaya menawan puncak Ledang pada 3 Feb 2018


Tahniah diucapkan. Kami membawa nama UPSI. UPSI bukan sahaja gah di bidang akademik tapi juga ko-kurikulum.


Sebahagian daripada wanita super power.

Batu hampar, antara laluan yang mencabar. Di sini kaki anda pasti kebas. Bawa ubat sapu agar boleh meneruskan cabaran melalui tangga macam dam ular.

 Banyak laluan naik turun yang mencanak



 Chinta, pun mendaki kerana termakan dek hasutan suami yang pandai meracun

 Bukan main gembira, tapi di hati dan kaki siapa yang tahu.

Bersama dengan Dr Modi.

 Wanita yang memiliki super power dengan senyuman yang sungguh manis.

19 comments:

  1. wahhh tahniahhhh tp xlicin ke? skrg ni kn musim hujan

    ReplyDelete
  2. Wow mencabar nampaknya ni tp seronok klu ada geng beramai2 ni.. penat pun meriah :)

    ReplyDelete
  3. Wah! saya yang duduk kat Muar ni pun belum pernah mendaki Gunung Ledang lagi.

    ReplyDelete
  4. wahh seronoknyaaa..kite yg org jb pun tak g lagi gunung ledang ni hee..
    follow sini v#730

    ReplyDelete
  5. TAHNIAH KUAT SEMANGATNYA DPT CAPAI PUNCAK GLEDANG

    ReplyDelete
  6. Teringin nak pergi Gunung Ledang tu...

    ReplyDelete
  7. Fuh...

    mendaki bukit bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan..

    memang perlukan stamina dan keazaman yang super duper

    ReplyDelete
  8. seronoknya.. muda2 dulu kot2 ler mampu nak macam ni. now tgk org je lah..

    ReplyDelete
  9. Pergi hiking ke. Aktiviti sihat ni

    ReplyDelete
  10. kagum dengan semua orang yang minat dan mampu buat aktiviti ni.. sejak2 tulang patah memang xdela nak melasak gini. kami cuci mata tengok gambar jela hehe..

    ReplyDelete
  11. wah..salute lah wanita-wanita hebat ni!

    ReplyDelete
  12. wahhh seronoknya laa...syok uiii !

    ReplyDelete