Kotor, Montenegro.
Perjalanan hari ini merentasi dua buah negara, iaitu Croatia dan Montenegro. Kami telah menaiki bas ke Montenegro pada awal pagi dari Croatia. Perjalanan kami adalah di sepanjang tebing pantai yang sememangnya menakjubkan saujana mata memandang. Kawasannya terletak di sepanjang tebing pantai. Suasana begitu indah di mana kapal-kapal putih berlabuh menandakan kawasan ini sememangnya didiami oleh penduduk yang berpendapatan tinggi dan mewah.
Perjalanan kami adalah dari Dubrovnik, Croatia ke kotor, Montenegro. Masa adalah 2 jam lebih perjalanan. Setiba ke kotor, kami terus menapak ke Old Town Kotor. Memang kami terpegun dengan seni bina kota Kotor. Memang sebiji seperti dalam cerita-cerita purba di Televisyen. Keadaannya bersih dan teratur walaupun nama tempat ini adalah kotor. Bandar yang bersih walaupun kotor namanya.
Kota lama ini sebenarnya terletak berhadapan dengan Bay of Kotor (pelabuhan kotor). Dahulu kala adalah merupakan pusat pemerintahan yang begitu strategik kerana kedudukannya yang terletak di laluan laut untuk masuk ke wilayah Montenegro. Di belakang kota lama kotor adalah sebuah lereng bukit yang begitu tinggi. Pada suatu masa dahulu adalah merupakan sistem pertahahanan yang kukuh. Kami telah memanjat lereng bukit itu, St. John Fortress di awal pagi dan turun lebih kurang dalam masa tengah hari. Mentari memacak tegak di kepala.
Kami juga sempat bergambar di sekitar celah-celah bangunan kota lama dan juga pelabuhan kotor. Banyak boat mewah berlabuh di pelabuhan kotor. Di pelabuhan ini, setiap pagi diadakan pasar tani untuk penduduk tempatan. Ada jualan seperti sayur-sayuran , buah-buahan, daging, makanan laut, dan juga rempah ratus pada harga yang berpatutan. Pasar taninya telah menjual pelbagai bahan mentah pada harga yang murah dan segar. Anda boleh beli bahan mentah dan masak di apartmen.
Cinta dan pemandangan bandar Kotor dari St.John Fortress.
Kalau tengok namanya macam tempat ni tak sesuai untuk dilawati. Sekali dah sampai nahhhhh 360 darjah tersasar namanya dengan apa yang kita lihat di mata kepala sendiri. Tak tau nak cakap macam mana cantiknya bandar Kotor di Montenegro ni, kena tengok sendiri baru tau.Pemandangan macam ni kita boleh lihat dari St John Fortress,Kotor,Montenegro.
Ps: kena mendaki dalam masa 45 minit (anggaran 1300 anak tangga) untuk sampai ke sini. Cinta begitu gagah perkasa mendaki 1300 anak tangga. Tahniah dan syabas Cinta. I lap you kerana turut serta dalam mendaki anak tangga.
Ke bukit sama didaki..aerial view..superb..
ReplyDeleteBestnya Balkan..
Di antara tempat yang saya suka melawat.
DeleteWah, jauh perjalanan luas pemandangan 👍😍
ReplyDeleteTerima kasih di atas kesudian melawat blog saya.
Deleteseronoknya dah sampai Kotor!
ReplyDeletepertama kali saya tau Kotor ni cantik, masa tengok satu rancangan di tv.
Kotor memang bersih. Kota lama yang penuh dengan kisah lama yang menarik.
Deletewah! seronoknya abg din n isteri dpt jalan2 sokmo..
ReplyDeleteMemang seronok sangat. Terima kasih Allah SWT.
DeletePengalaman yg menarik ni.. best!
ReplyDeletePengalaman yang tidak dapat dijual beli.
Deletesaya rasa mcm nk terjun je ke bawah sbb cantik sgt
ReplyDeleteSangat cantik..tak terkira.
Deletebilalah ada rezeki nak sampai negara-negara Balkan ni
ReplyDeletecantik pemandangan :)
ReplyDelete