Friday 17 April 2020

Asam Pedas Muar

Tanjong Malim,Perak. Teman nak share resipi asam pedas Chinta. Chinta memang pandai masak. Sebut apa sahaja, maka jadilah seperti yang kita idamkan. Mane le idaknya kemahiran memasak teman jadi tumpo.
Rasanya macam masak asam pedas Muar. Bahan-bahan asam pedas ni adalah seperti berikut :
1. Bawang Merah/bawang putih/halia/belacan-kisar
2. Cili Kering-kisar
3. Minyak untuk ditumis sehingga pecah minyak
4. Air Asam jawa
5. Ikan Merah/tenggiri/pari/siakap/kembong
6. Daun kesum
7. Bendi
8. Tomato
9. Garam secukup rasa
Cara-cara masak:
1. Tumis bahan (1) sampai pecah minyak
2. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak
3. Bancuh asam jawa dengan segelas air kemudian tumiskan sampai pecah minyak lagi sekali. Masa ni masukkan separuh daun kesum
4. Bila dah nampak minyak mula keluar, masukkan air. Masukkan air ikut kepekatan yang disukai
5. Bila kuah dah mendidih masukkan ikan, bendi, daun kesum, tomato
6. Masukkan ikan akhir sekali kalau ikan tu jenis yang cepat hancur macam ikan kembung
7. Perasakan dengan garam
Sedap bila dimakan dengan nasi panas, telor dadar dan ulam.
Nyeghogin Chinta bila teman mentong. Ate.

Asam Pedas Chinta

16 comments:

  1. Menarik sangat !!!!! Terus terliur !!! Hahahahhaa

    ReplyDelete
  2. Asam pedas muar dah sampai ke tanjung malim

    ReplyDelete
  3. mestilah nyeghogin...sedap bebeno teman nengok asam pedeh tu..👍

    ReplyDelete
  4. SEDAPNYA ASAM PEDAS CHINTA TERLIUR MANDANGNYA

    ReplyDelete
  5. sedapnya asam pedas :D fav saya niii

    ReplyDelete
  6. Sedapnyaaa.. bulan puasa klu tengok ni lagilah bertambah2 selera hehe. Salam Ramadan mubarak buat sahabat sekeluarga :)

    ReplyDelete
  7. Malaysia's top Digital Marketing service provider with proven results.
    Facebook, Instagram, Twitter Marketing, SEO, PPC Ads & more.
    Click here to visit our website.

    ReplyDelete
  8. Thanks for what you have shared here. You can also refer to tourist destinations or beautiful places everywhere below.
    Travel There
    southeast asia travel

    ReplyDelete
  9. Sedap sangat asam pedas sbb kawan dari Muar selalu buat cara dia pun sedap sangat

    ReplyDelete
  10. Salam perkenalan, nama blogger baru dan nama saya Linda
    Saya ingin bertukar link dengan rakan-rakan blogger semua
    Sertai segmen saya "Jom Tukar Bloglist"
    Maaf jika ada salah susunan, orang baru…heheheh..Baru nak belajar buat segmen dan cari rakan-rakan
    JOM TUKAR BLOGLIST

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teman telah melawat blog anda. Tak ada blognya.Hubungi saya kembali sekiranya ada telah melawat blog saya bahagian ini. Tq

      Delete