Friday, 3 June 2016

Hentian Puncak Titiwangsa Perak

HENTIAN PUNCAK BANJARAN TITIWANGSA


ANDA sebagai pengguna Jalan Raya Timur- Barat pasti teruja apabila melalui jalan Gerik, Perak ke Jeli, Kelantan sejauh 110 kilometer apabila menyaksikan pemandangan  indah yang sungguh memukau mata memandang. Setelah penat memandu, anda pasti berasa segar selepas menghirup udara sejuk dan nyaman. Ada ketikanya sekiranya tuah badan, anda dapat merasa kesejukan udaranya sampai ke suam-suam tulang dan bulu hidung rongga anda berkembang.

Dahulu hentian ini  adalah kawasan hitam kerana ia menjadi pusat operasi pengganas komunis kerana terletak di antara Malaysia dan Selatan Thailand. Hari ini, anda akan menyaksikan deretan puluhan dengan bentuk puncaknya yang pelbagai dengan ketinggian kira-kira 2,100 meter dari aras laut. Anda akan berada di kawasan paling puncak daripada puluhan gunung-ganang lain disekitarnya kira-kira 80 km perjalanan dari Gerik.  Kawasan hentian ini semakin popular kepada pengguna jalan yang menjadi nadi penghubung utama antara negeri di pantai timur ­dengan barat terutama utara Semenanjung.

Di kiri kanan jalan, anda pasti terhibur apabila berpeluang menyaksikan gunung-ganang dan hutan rimba tebal di sepanjang laluan yang jarang ditemui di kawasan lain. Pelbagai flora dan fauna di sekitar­nya dapat disaksikan daripada pelbagai pokok besar seperti cengal, meranti dan keruing kerana ia kawasan hutan simpan yang belum terusik. Perjalanan anda pasti tidak sempurna sekiranya anda tidak  mencari bunga ros hutan yang tumbuh meliar di sepanjang jalan kawasan berkenaan untuk dibawa pulang sebagai cendera hati taman bunga di laman rumah. 

Selain udara segar puncak banjaran,kemudahan asas disediakan untuk pengunjung merakam gambar kenangan dan menghayati lukisan alam di sini. Turut disediakan kedai makan, beberapa pondok rehat, surau, tandas awam dan kawasan parkir yang selesa di tapak kawasan keseluruhan seluas kira-kira satu hektar.
Berikut adalah pemandangan yang sempat dirakamkan  yang begitu  menakjubkan kerana dapat menyaksikan lukisan alam dengan gunung-ganang serta lurah dalam saujana mata memandang sangat unik dan jarang ditemui di kawasan lain. Sekiranya berpeluang jangan lepaskan peluang untuk berhenti, sekira tidak berbuat demikian anda seperti melepas peluang melihat keseluruhan peta Semenanjung.


 Restaurant, tempat persinggahan untuk menjamu selera.

 Begitu indahnya ciptaan Tuhan

 Begitu asyik sekali pemandangan di awan

 Awan, Gunung-ganang dan Hutan Belantara

 Kebiru-biruan yang mempersonakan

 Doa saya semoga bahagia dunia akhirat

Saya merenung di kejauhan di sebalik awan

24 comments:

  1. memang menarik pun abang MKL...semoga dipanjangkan umur untuk melihat lebih banyak keindahan alam

    ReplyDelete
  2. bulu hidung rongga anda berkembang? kih kih kih..sape punya tu

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Best laluan tu. Silap-silap boleh bertemu dengan Gajah liar.

      Delete
  4. baru stop kat sini hari rabu hari tu, daripada terengganu otw nak perak. sejuk je atas sana. pemandangan pun lawa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik.. saya pun suka pasal anda suka dengan laluan itu.

      Delete
  5. Cantik sungguh alam semesta ciptaan tuhan...
    Subhanallah..

    ReplyDelete
  6. Belum pernah ikut laluan ini... tak terserempak gajah ke en Din...

    ReplyDelete
  7. dah add kat bloglist. salam kenal uncle!

    ReplyDelete
  8. Memang sejuk mata memandang keindahan ciptaan Tuhan.

    ReplyDelete
  9. Ya Allah , cantiknya semua view nya ...

    ReplyDelete
  10. Abg Din...julia pernah melalui kawasan ini dulu2 lah...masa tu dengan rombongan bas...ada seminar seminggu...pernah beli burger rasa kt situ hehe...mmg kalau dpt hirup udara bersih tu...sampai ke sumsum tulang...segar dan bugar je rasa

    ReplyDelete
  11. cantiknya permandangan kat sini...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  12. Termenung jauh tu... teringat siapa tu hehee... info menarik tuan... :)

    ReplyDelete
  13. tgk pemandangan gunung ganang yg indah itu , rasa nak bawa rumah letak dekat situ je . Blh tgk pemandangan indah bila buka mata ...

    ReplyDelete
  14. cantik view..awan-gemawan..

    ReplyDelete
  15. ya...kalau berhenti dekat sini mesti nak tengok permandangan Awan, Gunung-ganang dan Hutan Belantara

    ReplyDelete
  16. Mesti singgah sini jika balik dari Ipoh ke Pasir Puteh, kelantan. Biasanya saya bertolak dari Ipoh pukul 9am dan jika tak ada apa-apa masalah, pukul 11.30 atau 12 akan tiba di hentian ini. Ada kedai makan, so boleh makan tengahari dan tunggu solat zohor sebelum menyambung semula perjalanan ke Kelantan. Begitu juga jika balik dari Kelantan ke Ipoh.
    Surau ada di sini, toilet pun ada banyak. Bayar je 30sen. Airnya..mak aiii!! Sejuk!

    ReplyDelete