Hentian Puncak Banjaran Titiwangsa
ANDA sebagai pengguna Jalan Raya Timur- Barat pasti teruja apabila melalui jalan Gerik, Perak ke Jeli, Kelantan sejauh 110 kilometer apabila menyaksikan pemandangan indah yang sungguh memukau mata memandang. Setelah penat memandu, anda pasti berasa segar selepas menghirup udara sejuk dan nyaman. Ada ketikanya sekiranya tuah badan, anda dapat merasa kesejukan udaranya sampai ke suam-suam tulang dan bulu hidung rongga anda berkembang.
Dahulu hentian ini adalah kawasan hitam kerana ia menjadi pusat operasi pengganas komunis kerana terletak di antara Malaysia dan Selatan Thailand. Hari ini, anda akan menyaksikan deretan puluhan dengan bentuk puncaknya yang pelbagai dengan ketinggian kira-kira 2,100 meter dari aras laut. Anda akan berada di kawasan paling puncak daripada puluhan gunung-ganang lain disekitarnya kira-kira 80 km perjalanan dari Gerik. Kawasan hentian ini semakin popular kepada pengguna jalan yang menjadi nadi penghubung utama antara negeri di pantai timur dengan barat terutama utara Semenanjung.
Di kiri kanan jalan, anda pasti terhibur apabila berpeluang menyaksikan gunung-ganang dan hutan rimba tebal di sepanjang laluan yang jarang ditemui di kawasan lain. Pelbagai flora dan fauna di sekitarnya dapat disaksikan daripada pelbagai pokok besar seperti cengal, meranti dan keruing kerana ia kawasan hutan simpan yang belum terusik. Perjalanan anda pasti tidak sempurna sekiranya anda tidak mencari bunga ros hutan yang tumbuh meliar di sepanjang jalan kawasan berkenaan untuk dibawa pulang sebagai cendera hati taman bunga di laman rumah.
Selain udara segar puncak banjaran,kemudahan asas disediakan untuk pengunjung merakam gambar kenangan dan menghayati lukisan alam di sini. Turut disediakan kedai makan, beberapa pondok rehat, surau, tandas awam dan kawasan parkir yang selesa di tapak kawasan keseluruhan seluas kira-kira satu hektar.
Berikut adalah pemandangan yang sempat dirakamkan yang begitu menakjubkan kerana dapat menyaksikan lukisan alam dengan gunung-ganang serta lurah dalam saujana mata memandang sangat unik dan jarang ditemui di kawasan lain. Sekiranya berpeluang jangan lepaskan peluang untuk berhenti, sekira tidak berbuat demikian anda seperti melepas peluang melihat keseluruhan peta Semenanjung.
Assalamualaikum abg khairuddin, subhanallah cantik pemandangan atas puncak ni :). Done menabung churp2 :)
ReplyDeleteMemang cantik...subhanallah.
DeleteSelamat pagi bang. Cantik sungguh pemandangan. Siapa ada pelangil lagi. =)
ReplyDeleteSaya suka pelangi itu.
DeleteSama la. Bukan senang nak nampak pelangi...
DeleteSalam..cantik dan menarik..
ReplyDeleteSila singgah jika berkesempatan.
DeleteBelum pernah sampai...antara jalan yang ingin dilalui satu hari nanti, insyaallah
ReplyDeleteMesti singgah untuk melengkapi peta perjalanan Semenanjung.
DeleteMasyaAllah loving the scenery :)
ReplyDeletecantiknya bro pemandangan dari atas nie..saya sendiri pun tak pernah tau ade tempat mcm nie..insyallah next year bleh laaa try jalan2 sini...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Pergi jangan tak pergi sementara hidup ini.
DeletesubhanaAllah..indahnya..
ReplyDeletecantik view di sana.. belum pernah pergi lagi.. isi semua tabung.. :D
ReplyDeletesalam, pernah singgah dan bergambar kat sini, mmg superb ^^
ReplyDeleteeh, tak ambil sekali picture bunga2 yg banyak berwarna-warni di sebalik pagar hijau tu? ala yang ada tak jauh dari gerai makan tu, atau bunga2 tu dah tak ada? :D
kat sini saya [ernah sampai.!! singgah kejap masa on the way dari kelantan ke penang naik moto.. pengalaman terindah.. hehehe
ReplyDeletehttp://pening-pala.blogspot.com/2013/01/kelantan-penang-sebuah-perjalanan.html
dah banyak berubah tempat ni..kenangan aku disini dulu..kalau musim hujan dekat sini memang sejuk..siap berkabus tu
ReplyDeletesyukur negara kita masih banyak tempat yang terjaga dari tangan2 manusia..:) cantik permandangan kat situ^^
ReplyDeleteAssalam.. wah bestnya.. pengalaman yg seronok tu.. cantik, saujana mata memandang.. :)
ReplyDeletesikap manusia yg suka membuang sampah merata merata rata.. sekarang dah sakit mata memandang
ReplyDelete