Friday, 28 February 2014

Pantai Teluk Ketapang Kuala Terengganu

Pantai Airport Kuala Terengganu

Pantai Teluk Ketapang terletak di Kampung Teluk Ketapang Kuala Terengganu. Pantai ini juga dikenali sebagai Pantai Airport. Ini kerana pantai ini terletak bersebelahan dengan Lapangan terbang antarabangsa Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kira-kira 10 km dari pusat bandar utama Kuala Terengganu.

Kami tinggal di Pantai Teluk Ketapang Kuala Terengganu semasa lawatan kami ke sana. Alamat penginapan kami  : Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, 21300 KualaTerengganu, Terengganu. Kami suka tinggal di sini. Harganya berpatutan dan selesa. 

Saya ingin bercerita sedikit tentang Scout Inn Resort. Hotel Budget. Ada pakej pelajar termasuk penginapan asrama, satu bilik seminar dan 5 kali makan sehari. Dimiliki sepenuhnya oleh Terengganu Scout Council. Phone 609-6623100, 609-6623105. Fax : 609-6623160. Email : scoutinnresort@gmail.com. Online booking : www.scoutinnresort.com  



 Scot Inn Resort Telaga Batin

 Pejabat Am Scout Inn Resort





Setiap kali ke sini, kami pasti makan Seafood Celup Tepung Teluk Ketapang. Memang sedap hingga tak terkata. Kami suka makan di ICT Haji Pok Long (Seafood).  ABC (Air batu Campur) sedap di sini. Ada sahabat kami mengatakan bahawa Ais Jagungnya lagi sedap. Almaklum citarasa dan selera masing-masing tak sama antara satu sama lain. Selain itu, satu lagi kedai yang saya suka makan adalah Ikan Celup Tepung D'Coconut Cafe. Sedap sehingga menjilat jari. 

Sotong Celup Tepung

Masa Operasi ICT Haji Pok Long

Selain itu, anda boleh menikmati keindahan Pantai Airport. Sayang seribu kali sayang, anda tidak boleh bermandi manda di pantai ini. Anda boleh berkhemah, bermain bola, berfoto dan bersiar-siar di tepi Pantai Teluk Ketapang.






40 comments:

  1. menarik kawasan ini bro..tapi sayang tak boleh mandi laut ..knapa ya? faktor keselamtan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab pantainya landai dan ada kalanya ombak terlalu kuat..banyak pantai di terengganu walaupun cantik tapi tidak dibenarkan mandi manda huhuhu

      Delete
  2. Sotong celup tepung...saya nakk!

    ReplyDelete
  3. waa tingginya lompat heheh ;D

    lama dah ni tak pekena sotong celup tepung ngan abc special kat pantai epot tganu nih! XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lompat tinggi2 sampai cucur atap hehe..teringat lagu zaman kanak2 dulu

      Dah lama x pegi, kena mengulang lagi nampaknya plain

      Delete
  4. menarik....:D senorok kan tgk pantai....

    ReplyDelete
  5. Wahh.. menarik. Tulisan di baju tu pun sgt menariklah.. "same same, but different" hehee. Perkongsian yg menarik, t kasih..
    3x ikea.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka dengan tulisan tu hehe..

      Thanks khir khalid

      Delete
  6. beznye...cantik view beach tu. tinggi melompat. hihi...nak buat jugak bila bergambar kat beach nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pose wajib yumida hehe..yumida lompat lagi tinggi daripada saya kot :D

      Delete
  7. hahaha. ini dekat ngan rumah. amat dekat.. rindu nak balik malaysia... =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh jelesnya, rumah amirul dekat dengan pantai..mesti kalau bosan2 pergi pantai kan..kot2 amirul ni anak tokey ict hahaha..

      Jepun pun apa kurangnya amirul..saya teringin nak kesana..kalau ada rezeki nnt boleh kita berjumpa kat jepun hehehe

      Delete
  8. tak blh mandi sbb pantai tak landai kot ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya macam tu la vee..pantai landai ni bahaya, kita nampak setek tp sebenarnya kat tepi pantai pun dah dalam

      Delete
  9. agaknya ada obor2 yer?hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Obor2 xpasti la pulak ada ke tak de kat sini..tp kalo kena obor2 gatal juga satu badan..sampai kena injection nak bagi gatal tu hilang

      Delete
  10. Replies
    1. Mmg sedap tp kena pastikan seafoodnya fresh..saya pernah terkena ikan kembung celup tepungnya mcm dah busuk..alaaa hilang modd nak makan

      Delete
  11. Lokasi menarik ni, boleh bookmark.

    ReplyDelete
  12. Jm pun pernah ke sana mkn sotong celup tepung salah sorang rakan blogger yg bawak :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung la JM..banyak org iring kalau mahu kemana2 hehehe..sedap kan sotong celup tepungnya..air gelas besarnya pun sodap..minum masa panas2 ni, fuhhhh xmau bangkit dari kerusi

      Delete
  13. amboi, lompat sakan.. hehehe

    ReplyDelete
  14. Tak pernah ke pantai ni.. Tapi singgah makan sotong, ikan celup tepung, pernah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan ict kat sini eraz..tempat ni mesti saya singgah kalau kesini selain drpd keropok lekor tok beng

      Delete
  15. Kayu yang terpacak tu sebenarnya untuk apa yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti pulak kayu tu untuk apa..mungkin untuk tambat sampan kot

      Delete
  16. MKL ada letak contact ni
    senang. ada perangcangan ke terengganu ni =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..moga perkongsian saya ni serba sedikit memberi manfaat pd sahabat2 sekalian

      Delete
  17. sayangnya sekarang dah tak boleh mandi laut.. dulu masa aiza study di UMT, pada waktu petang selalu juga ke sana bermandi manda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo dulu boleh mandi ye aiza..ingatkan pantai ni sediakala mmg xboleh mandi

      Delete
  18. cantik pantai nie...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  19. Sotong celup tepungg... terbaek... (y) :D

    ReplyDelete
  20. tuan memang suka ambil gambar lompat. tapi nampak comel

    ReplyDelete
  21. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    Giaonhan247 chuyên dịch vụ vận chuyển hàng đi mỹ cũng như dịch vụ ship hàng mỹ từ dịch vụ nhận mua hộ hàng mỹ từ trang ebay vn cùng với dịch vụ mua hàng amazon về VN uy tín, giá rẻ.

    ReplyDelete