Kuala Terengganu
Kami juga telah singgah di Desa Murni Batik dalam perjalanan ke Mydin Kuala Terengganu. Desa Murni Batik Sdn Bhd adalah pengeluar Batik Sutera Digital terbesar di Malaysia!
Pembuatannya berasaskan cetakan iaitu dengan menggunakan sistem yang berteknologi tinggi daripada Itali. Ia juga lebih mudah dan menjimatkan masa memproses akan tetapi masih mengekalkan konsep batik itu sendiri. Ternyata batik sutera digital kini mampu bersaing di pasaran dan berjaya mendapat tempat di kalangan pengguna yang sentiasa inginkan kelainan. Dengan permintaan yang semakin menggalakkan ini, Desa Murni telah memperkenalkan keluaran baru batik sutera digital dengan menawarkan lebih 100,000 design terkini dalam usaha memenuhi cita rasa pelanggan dalam dan luar negara.
Selain daripada jualan batik, anda juga boleh membeli pelbagai barangan lain seperti jubah, kain baju perempuan, peralatan dapur, tudung wanita dan macam-macam lagi. Harga yang ditawarkan adalah juga berpatutan.
Anda boleh juga mengunjungi face book Desa Murni Batik. Sekiranya anda singgah ke kuala Terengganu, jangan lupa singgah di sini dalam perjalanan ke Mydin Kuala Terengganu.
Desa Murni Batik di siang hari
Desa Murni Batik di malam hari
Maju perniagaannya...
ReplyDeleteBatik terengganu mmg berkualiti kan... menarik.
ReplyDeleteBatik Ganu! Wow sekarang ada batik sutera digital :D
ReplyDeleteLama dah tak beli kain baju batik dari Ganu, kali terakhir saya shopping kain di Pasar Payang, beberapa tahun yang lepas. Hehe...
Menarik. Xpernah sampai lg kesini. Baru sekali sampai ke kelantan. Hehehe
ReplyDeletedah takde baju batik dlm koleksi...sekarang ni design cantik2 & modern..kain batik tersusun dlm lemari, jarang pakai..huhu..
ReplyDeletePE HARAKANLAH? sib baik tgk pic waktu siang tu
ReplyDeletepemes jg jenama ni kan
ReplyDeletehebatnya..
ReplyDelete