Menara condong adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Mercu tanda bandar Teluk Intan ini terletak di antara pertemuan dataran segi empat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar di kiri dan kanan menara.
Menara yang unik ini menyerupai Menara Pisa, Itali dan telah dibina pada tahun 1885 oleh arkitek En. Leong Choon Cheong yang berfungsi sebagai tangki simpanan air untuk bekalan penduduk sekitar di samping sebagai jam. Ketinggian kira-kira 85 kaki, mempunyai 110 anak tangga yang menghubung setiap aras tingginya 15.5 kaki. Dari luar bangunan, kelihatan seolah-olah 8 tingkat tetapi sebenarnya adalah 3 tingkat sahaja.
Pada masa kini menara condong ini telah menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Kawasan sekitar menara telah diturap dengan batu batan dan dijadikan platform untuk pelbagai akitiviti sama ada rasmi atau pun tidak rasmi. Jam menara masih berfungsi dan berbunyi setiap 15 minit.
Sentuhan ajaib ke atas Menara Jam
Ambilah sedikit masa untuk meneliti diskripsi Gayapura yang terdapat pada Menara Condong Jam Teluk Intan. Walaupun dibina pada zaman pemerintahan British, Menara Jam Condong memperlihatkan pengaruh senibina cina yang berbentuk pagoda. Ini jelas kelihatan pada gerbang, bumbung genting, dan hiasan jubin. Ini akibat pengaruh kontraktor Cina dan para penderma pada waktu itu.
Jam masih berfungsi dan berbunyi setiap 15 minit
Hiasan Jubin
Bumbung Genting
Pagoda Teluk Intan
Kecondongan Menara Jam
Orang dewasa bersuka ria
Kanak-kanak ketawa riang
Dari Kami Sekeluarga :
Selamat Tahun Melawat Malaysia 2014
Bangunan itu condong kerana telah dibina di atas struktur tanah yang lembut di samping terdapat bebanan tangki yang menakung air yang telah menyebabkannya condong sedikit ke arah barat laut.
Akhir kata,datanglah melawat ke bangunan yang telah berusia lebih 100 tahun ini yang telah mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Pisa di Itali. Semoga Menara Condong ini menjadi tempat tarikan pelancong dalam dan luar negeri serta merasai semangat perpaduan dan keharmonian penduduk Malaysia yang hidup dalam keadaan aman dan damai.
Moh kita kenali dan Cintai Malaysia. Moh kita memeriahkan dan mengalu-alukan kedatangan pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 #VMY2014. Sila ke http://www.tourism.gov.my/en/my/Web-Page/My-Malaysia untuk keterangan yang lebih lanjut. Lihatlah dan rasailah kepelbagaian dan keunikan budaya hidup bangsa Malaysia serta keharmonian kita yang hidup aman sentosa di persada bumi Allah swt.
Segmen Tahun Melawat Malaysia 2014 | #VMY2014 dianjurkan oleh Panduan OHBlogger Blogspot Malaysia | HASRULHASSAN.COM dan Kelab Blogger Belia
salam blogging .. owh menarik dah join erkkk abe ada buat jugak tapi edit yang lama jerr .. http://brotherssam.blogspot.com/2011/06/bercuti-ke-taman-negara-mlysia-pahang.html he3 ... done klik :)
ReplyDeletesalam...tak pernah sampai lg kat menara condong ni...:)
ReplyDeletekalau kat perak ni, yang aku pernah sampai pangkor, ipoh, kuala gula, taiping dan kuala kangsar.... next trip boleh la ke teluk intan.... x dapat pergi Itali pun tak pe...
ReplyDeletePnh dtg sini..byk org juai air nira sepnjang jln :)
ReplyDeleteselamat jalan2 cuti2 semua ~
ReplyDeleteseronoknya mereka bergambar dan melompat keriangan :)
ReplyDeletetak pernah lagi pergi..singgah isi tabung.. :D
ReplyDeleteseronok tgok dpat jenjalan bersama keluarga =) bru smlam tgok entri bro BM relaks minda..ada juga menara jam ni..senibinanya mmg unik..ttp berdiri tgur wlwpn condong sdikit
ReplyDeleteSeronoknya di jam condong! Semoga berjaya ya... :)
ReplyDeletedah agak dah..ni mesti dari segmen bro hasrulhassan.. hehe
ReplyDeleteteringinnya nak datang sini . inshaallah satu hari nnti . good luck yaa =)
ReplyDeleteBelum pernah jejak kaki ke sini. Harap ada rezeki satu hari nanti.
ReplyDeleteSemoga berjaya utk segmen ini.. all the best!!
ReplyDeletewahhh! semoga berjaya untuk segmen ni ye. Bestnyer ada cerita untuk dikongsi (^_^)
ReplyDeletebw sini...nak menabung tp nuff tdo..huhu
ReplyDeleteAntara tempat yg x pernah Giorgio sampai lg... dh lame mengidam nk dtg sini... (^_^)
ReplyDeleteSaya belum sampai lagi di sini. Tahniah! Rasanya ITBM ada menerbitkan sebuah buku tentang menara condong ni.
ReplyDeletesiapa belum pernah datang ke teluk intan dan amik gambar dkt menara condong nie sila lah singgah... kampung saya nie.. hehe...
ReplyDelete