Wednesday, 16 October 2013

Menara Condong Teluk Intan

Balik Kampung Sempena Hari Aidil Adha
15 Oktober, 2013

Bismillahirahmanirrahim





Syukur alhamdulillah, apabila masing-masing telah  selesai proses potong, kerat dan cincang daging sebesar besen, terasa satu badan berbau lembu. Itu adalah penangan hari raya korban, kenangan indah yang tersemat jauh di sanubari. Dan juga salam buat warga dunia yang mengatakan bahawa mengorbankan lembu adalah suatu yang tidak dapat diterima terhadap lembu-lembu yang dianggap binatang suci. Mari kita lihat perkara ini dari persepktif kaca mata budaya yang berbeza. Kita perlu menghormati antara satu sama lain dan menerima perbezaan antara kita. Kita dilahirkan dengan kepelbagaian budaya, bangsa dan agama. Allahuakbar. Sudah tentu ada yang tersentap sambil menahan sendu memakai kain sari dan bunga melor di kepala.

Sempena hari yang mulia itu, kami sekeluarga juga bersempatan dan mengambil peluang untuk bergambar di Menara Condong Teluk Intan, kira-kira 10 km dari Kampung kami, Kg Batak Rabit. Di hari biasa, kadang kala begitu susah untuk bergambar kerana ada didirikan gerai-gerai jualan barangan dan makanan di sekitarnya..


Berikut adalah keterangan akan Menara Condong Teluk Intan ;

Menara Condong adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk IntanPerak. Ia menjadi mercu tanda bagi bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara PisaItali. Menara ini dibina pada tahun 1885. Ia memiliki ketinggian setiggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh.
Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Kini menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya dihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga. Kini bangunan purba itu mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Pisa di Itali. (Wikipedia.com)

Leaning Tower is a clock tower located in Teluk Intan , Perak . It became a landmark for the town of Teluk Intan for some time. The uniqueness of this tower is that it resembles the Tower of Pisa , Italy . The tower was built in 1885. It has a height of 85 feet and there's 110 steps.Despite more than 100 years old, it still stands strong.
The tower is actually a water reservoir tank prior to the availability of water in Changkat Jong. This three storey building is equipped with a large clock. Now the tower is not used anymore and just be a tourist attraction visited the town of Teluk Intan. At the bottom is decorated with a beautiful landscape such as flower vases, marble floors and upholstered to relax the whole family. Now the ancient buildings are named the world's second Leaning Tower of Pisa in Italy.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Menara_Jam_Condong_Teluk_Intan

Senibina Rupa Menara Condong











Gaya-gaya Manja dari kami sekeluarga





Kedai-kedai di sekitar Menara Condong






Lagi Rupa Seni Bina Menara Condong







Akitviti Santai Kami












Sentuhan Tangan Saya 










Akhir kata, setiap gambar itu mempunyai ceritera yang tersendiri. Setiap di antara kita dilahirkan dengan kekurangan dan kelebihan. Tapi yang penting kita perlu menjadi lebih baik daripada semalam. Sekiranya kita tidak menjadi lebih baik maka kita akan tertinggal dan ditinggalkan.Contohnya, lagu lagu di klasik nasional hari ini yang diumpama lemang tak masak berkari santan basi. Jangan pernah kita menyesal dalam mengenali seseorang, kerana seseorang yang baik akan membahagiakan, yang tidak baik adalah pengalaman, yang terburuk memberi pengajaran dan yang terbaik sentiasa diingati sebagai kenangan. Allahuakbar.

19 comments:

  1. amboi kemain lagi melompat satu family ye hehehe. Yang penting sumer happy faces...terbaik! (^_^)

    ReplyDelete
  2. Wah best nya jalan2. Nanti nk cuba singah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak rugi singgah kat menara condong. Release tension sambil bergambar.

      Delete
  3. sila naik ye kawan2 sume
    anda akan rasa kecondongannya
    hehe

    ReplyDelete
  4. happy family.. best jalan-jalan.. :D

    ReplyDelete
  5. beznye mr khai sekeluarga sellau jenjln
    seronok tengok pic kat blog ni
    tringin nak ke menara tu jugak
    yumida isi tabung Nuffnang sini-ford...selamat menabung :)

    ReplyDelete
  6. saya dah beberapa kali pi teluk intan tapi blum singgah lah ke menara condong ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga dapat singgah di suatu hari nanti. Amin,insyallah. Singgah terus ambil gambar dan download di blog anda.

      Delete
  7. Wah seronok.. gmbr2nya pun kreatif.. done klik2 sahabat :)

    ReplyDelete
  8. tak pernah smpai kat menara condong tue.. teringin jgk nk pergi. salam aidiladha

    ReplyDelete
  9. Harap singgah di suatu masa nanti..salam aidiladha juga.

    ReplyDelete
  10. tu dia... teluk intan plak...

    ReplyDelete
  11. Kesian kat menara condong tu.. penat dia berdiri nak bagi orang lain amik gambar hahahaha :D
    Antara tempat menarik yg belum di jelajahi huhuhuu..

    ReplyDelete