Thursday, 13 October 2016

Teaser 2 : Winter di Hiroshima-Miyajima

Winter di Japan 2016.

Kami bercadang ke Jepun pada bulan Disember 2016. Blog Supermeng Malaya telah meracun teman supaya mengunjungi Hiroshima kali ini. Hiroshima telah menawan hati teman. Antara tempat-tempat yang menarik di sini adalah Miyajima, Hiroshima Park (Bomb Dome), Hiroshima Castle dan Shukkeien Garden.

Apabila anda menaiki Shinkansen (Bullet train) dari Osaka ke Hiroshima perjalanan hanya mengambil masa satu setengah jam sahaja dan adalah sejauh 320 km. Miyajima adalah terletak di luar kota Hiroshima. Yang utama anda mesti dapatkan peta Hiroshima dan petunjuk untuk ke tempat destinasi anda. Anda mesti singgah di i-information di Hiroshima Station dan mendapat maklumat yang lengkap tentang Hiroshima.

Di Hiroshima station anda perlu menaiki train sehingga sampai ke Miyajimaguchi Station terlebih dahulu. Dari Miyajimaguchi Station, anda perlu terus jalan menapak dalam kira-kira 500 meter menuju ke Jetty Miyajima. Anda perlu  naik feri sebelum tiba ke Miyajima dan sebelum hampir ke Jetty, anda akan terpesona dengan Torri Gate yang terpaung indah di atas air.


Torri Gates : japandave.com

Torri gate atau dikenali sebagai Itisukushima Shrine yang berwarna oren telah memikat hati sukma teman. Miyajima sendiri bermaksud Shrine Island yang mana terletak Torri Gate dibina atas air. Kalau air pasang, Torri Gate akan kelihatan seperti terapung-apung di atas air.  Sekiranya air surut, anda boleh menghampiri Torri gate dan bergambar sepuas-puasnya.


Itsukushima Shrine on Miyajima
www.japanvisitor.com

Pemandangan di Miyajima telah dinobatkan di antara tempat yang tercantik di Jepun dan harus dilawati sebelum anda mati. Anda boleh masuk ke Itsukushima Shrine dengan bayaran 300 Yen sahaja. Sekiranya anda ingin ke Itsukushima Shrine bersama dengan Treasure Hall bayaran adalah 500 yen. Pilihan di tangan anda. Dibuka setiap hari. Waktu lawatan adalah dari jam 630 hingga 18.00 dan berubah mengikut musim. 

Peta Miyajima

Selain dari Torri Gate dab Itsukushima Shrine, anda boleh melawat 5 Storied Pagoda, treasure Hall, History Museum, Aquarium, dan lain-lain shrine yang terdapat di sekitarnya. Satu tempat yang harus anda lawati adalah 5-Storied Pagoda, pada pendapat teman, memang cantik kemerah-merahan. Rusa juga bebas berkeliaran yang menjadi binatang suci bagi shrine di sini. Untuk keterangan lanjut sila rujuk link seperti berikut :
Read more ...

Tuesday, 11 October 2016

Membeli belah di Eshed Market di Megabes Products VS Megabes Melaga,Perth

Perth, Australia.

Eshed Markets, Freemantle. www.tripadvisor.com.au

Menurut MisxyFarah (face Book), shopping di Eshed (Megabes & Austin shop) adalah lebih mahal berbanding dengan Megabes Melaga. Megabes di Eshed Market hanya buka pada weekend. berbanding dengan Megabes Melaga weekday. Sekiranya anda ingin membeli belah di Megabes Melaga anda perlu menghubungi Managing Director, En.Wen Teo terlebih dahulu kerana tempat itu adalah sebuah gudang yang agak sempit.



Perbandingan harga yang telah dibuat oleh MisxyFarah adala hseperti berikut :

Megabes& Austin shop di Freemantle (weekend only)

1st Jacket- ada 2 material- yang tebal aud24.99. yang normal material ada zip - aud14.99.
2nd shirt- basically ard aud8
3rd- fridge magnet-( yang ni yang set) one set of 3 pieces- aud4.99
Jam souvenier- aud9.90
4) towel napkin- 4.99

Megabes Melaga( buka weekdays, just have to call 1st before coming)

1st Jacket- Zip( aud 9.90)
2nd shirt- ada clearance size besar aud 3.95, normal ( aud7.95 or 15 aud for 2). kid shirt cheapest aud 5.95
3rd- fridge magnet( ni set of 3) = 4 set of 3 pieces aud10
jam souvenier- dapat aud10 for 2( ada scratch sedikit katenye
4) towel napkin- aud2.99

Ok. blh compare. Basically guy at freo pun cakap jacket kt luar jual aud30( maybe they meant other shop in city)not eshed.

Untuk Ke Megabes Melaga, anda perlu naik bas 899 dari Perth city CBD, google map dan jalan kaki lebih kurang 5 hingga 10 min sampai ke destinasi. Atau pilihan lain tunjuk alamat kepada bas driver. Pemandu basnya sangat mesra dan sudi membantu anda. 

Eshed Market (Megabes dan Austin Shop adalah terletak berhampiran dengan Freemantle Station. Goggle map, jalan kaki je atau tanya orang. Orang Australia sangat mesra dan sudi tunjuk jalan kepada anda.



Read more ...

Friday, 7 October 2016

Teaser 1 : Musim Winter di Tokyo

Tokyo, Jepun.


www.melancongkejepun.com 


Jepun adalah negara empat musim seperti berikut :

(a)  Musim Bunga (Spring)

Musim bunga adalah musim yang paling popular antara empat musim di Jepun. Musim ini adalah musim yang paling ramai pelancong. Bunga Sakura akan mekar dan berkembang dalam masa dua minggu sahaja. Pada masa itu, orang Jepun akan berkumpul di bawah pohon Sakura. Tradisi ini menjadi amalan zaman berzaman yang dikenali sebagai 'hanami'.     

Musim bunga bermula pada awal bulan Mac di Kawasan Selatan Jepun, seperti Fukuoka, menular ke Hiroshima, kemudian  Osaka, Tokyo dan seterusnya ke kawasan Utara Jepun seperti Sendai hinggalah Sapporo. Secara keseluruhannya, musim bunga berakhir pada penghujung bulan Mei.
  
(b) Musim Panas (Summer)

Pada musim ini, waktu siang adalah panjang daripada waktu malam. Anda mempunyai banyak masa untuk meneroka dan menjelajah Jepun. Musim panas di Jepun adalah dari bulan Jun sampai Ogos. Bulan Julai dan Ogos adalah waktu yang paling kerap hujan turun dan paling sesuai untuk mendaki Gunung Fuji. Pelancong pun agak ramai pada musim panas.  

(c) Musim Luruh (Autumn)

Musim luruh bermula dari bulan September hingga bulan November. Waktu sebegini adalah masa terbaik untuk melawat taman-taman yang banyak di Jepun. Masa ini,daun-daunnya berwarna-warni. Ada yang berwarna emas, merah dan oren.  


(d) Musim Sejuk (Winter)

Musim Salji bermula dari bulan Disember dan mencapai kemuncak pada  bulan 
Februari. Suhu pada masa ini sangat sejuk terutamanya Utara Jepun seperti Sapporo. Sapporo adalah bandar kedua di dunia yang menerima banyak Salji. Pada masa ini juga, Gunung Fuji adalah paling jelas kelihatan berbanding dengan musim lain. Masa ini juga dikatakan low season kecuali pada masa Krismas, Tahun Baru dan Tahun Baru Cina. Waktu solat berubah cepat apabila musim bertukar. Semakin hampir musim sejuk, malam semakin panjang. Waktu maghrib semakin cepat. Zohor dan Asar pendek sahaja masanya.


Untuk maklumat lanjut, sila lawat website Japan Guide: www.japan-guide.com/e/e2273.html




(e) Kesimpulan. 

Terpulang kepada anda, untuk melawat Jepun pada waktu yang sesuai.. Tepuk dada tanya selera. Kami sekeluarga memilih musim sejuk kerana isteri, Chinta adalah seorang guru, waktu cuti sekolah yang dibenarkan bercuti berbanding waktu lain. Satu lagi waktu yang sesuai untuk guru sekolah adalah musim panas di Jepun. Masa itu, kita boleh mendaki Gunung Fuji. Insyallah, saya memang pendaki gunung yang tegar. Teman menyimpan cita-cita untuk menikmati bunga sakura pada musim bunga. Masa itu, teman perlulah bertabah untuk menikmat bunga sakura tanpa Chinta. Semoga teman sempat menikmati bunga sakura sebelum dijemput pulang. My wishlist before I die. Moga-moga Allah makbulkan permintaan teman.    
Read more ...

Wednesday, 5 October 2016

Kos Kerugian Ke Perth, 2016

Perth & Western Australia



Esperance  Stonehenge

 I Came, I Saw, I Conquered

 The Moo Moo 

Dearest Chinta

Day 1 (12th September,2016 : Isnin)

1. Perth Airport : Parking fee di Airport : AUD 13 dan beli Vodafon AUD35.00
2. Lancelin Sand Dunes
3. The Pinnacles Dersert : Entrances Fee : AUD12.00
4. Lake Thetis
5. Ledge Point Holiday Park. (Big4) : Penginapan AUD :32.00


Jumlah Perbelanjaan yang lain selain di atas :  Kereta Sewa Toyota Camry : AUD400

dan minyak : AUD 38.00

Day 2  (13th September,2016 : Selasa)
1.  Guilderton
2.  Araluen Botanic Park  : Entrances Fee : AUD 30.00
3.  Big W.Kwinana (Corelle)
4.  Lake Clifton Thromblites
5.  Busselton Jetty
6.  RAC Busselton Holiday Park : Penginapan AUD 30.00


Jumlah Perbelanjaan yang lain selain di atas : Minyak AUD : 33.00

Day 3 (14th September,2016 : Rabu)

1.  Cape Naturaliste Lighthouse
2.  Canal Rocks & Nature Spa (Wyadup Rock)
3.  Hamelin Bay (Stingray)
4.  Cape Leeuwin Lighthouse &  Old Wheel Water : Entrances Fee : AUD5 
5.  Gloucester Tree, Pemberton
6.  Pemberton Caravan Park : Penginapan AUD : 35.00  


Jumlah Perbelanjaan yang lain selain di atas : Minyak AUD : 30.00


Day 4 (15th September, 2016 : Khamis)

1.  Giant Tingle Tree, Walpole


2.  Valley of The Giant Tree Top Walk : Entrances Fee : AUD42.00 
3.  Greens Pool, William Bay National Park
4.  Elephant Rocks & Elephant Cove, Denmark
5.  Albany Wind Farm
6.  Tanker Jetty
7.  Big4 Emu Beach Holiday Park : Penginapan AUD : 38.00


Jumlah Perbelanjaan yang lain selain di atas : Minyak AUD : 45.00

Day 5 (16th September,2016 : Jumaat)

1.  Natural Gap & Bridge 
2.  Twilight Cove & Twilight Beach
3.  Salmon Beach
4.  Rotary Lookout
5.  Blue Haven
6.  West Beach
7.  Bathers Paradise Caravan Park : Penginapan AUD : 38.00 


Jumlah Perbelanjaan yang lain selain di atas : Minyak AUD : 32.00



Day 6 (17th September, 2016 : Sabtu)


1.  Hellfire Bay

2.  Thistle Cove
3.  Frenchman Peak
4.  Lucky Bay
5.  Canola farm
6.  Esperance Stonehege : Entrances Fee : AUD 20.00
7.  Wave Rock Caravan Park : Penginapan AUD : 38.00 termasuk entrances fee. Entrances fee adalah percuma kerana menginap di sana.  



Jumlah Perbelanjaan yang lain selain di atas : Minyak AUD : 32.00 


Day 7 (18thSeptember, 2016 : Ahad)


1.  Wave Rock and Hippos Yawn, Hyden

2.  Wildflowers, Hyden
3.  Fremantle Village : Penginapan : AUD 33.00
4.  E Shed Market
5.  Elizabeth Quay
6.  Swan Bell Tower 


Jumlah Perbelanjaan yang lain selain di atas : Minyak AUD : 40.00, Bus : AUD 4.20 dan Train : AUD12.40 (Family Rider)  


Day 8(19th September,2016 : Isnin)
1.   Fremantle Habour
2.   Jalan-Jalan ke Cicerello Fish & Chip & Kailis Fish & Chip
3.   Blue House Boat
4.   Kings Park and Botanic Garden/ CBD View/Tree Top Walk/Baobab Tree
5.   Fly balik ke KLIA2

Jumlah Perbelanjaan yang lain selain di atas : Minyak AUD : 50.00 



Jumlah Perbelanjaan di atas tidak termasuk tiket flight, duit shopping dan makan. Kami tidak belanja untuk sebarang makanan di Perth. Semua makanan dibawa dari Malaysia. Memang tak sempat pun, asyik mengejar masa sahaja. Kami bangun pukul 4.00 pagi dan tidor pukul 10.00 malam. Itinenary kami pack dan ada juga yang tidak tercapai hasrat di hati. Walaupun demikian, Kami berpuas hati kerana telah membuat yang terbaik. Syukur alhamdulillah. Takbir.



Jumlah Perbelanjaan keseluruhan : 



1. Sewa Kereta Toyota Camry : AUD400

2. Minyak : AUD 300
3. Entrances Fee : AUD109
4. Penginapan : AUD 244
5. Lain-lain Perbelanjaan runcit : Bus : AUD 4.20
                                                     Train : AUD 12.40
                                                 Vodafon : AUD35.00
                                                  Parking : AUD13.00


Jumlah besar : AUD 1117.60. Rate Pertukaran adalah 3.15 (RM3527.25). Jumlah perbelanjaan seorang adalah kira-kira RM1763.625


Rujukan : Shafiq Akmal. (Face Book). Terima kasih yang tidak terhingga. Jasamu dikenang. 





   
Read more ...

Monday, 3 October 2016

Giant Tingle Tree, Walpole

Saya dan Pembaikan Jalan
oleh Noor Hidayah Hanapi

 Just follow me, do not overtake me.

 Tak ada pun jalan yang rosak — at Quinninup Eco Tourist Park.

Jangan coba-coba nak memotong saya — at Quinninup Eco Tourist Park.

Semasa musafir saya dan cik abang Mat McDean ke Perth banyak benda menarik yang dapat kami perhatikan dan ambil iktibar daripada negara orang putih yang kita ketahui bukan negara Islam.

Salah satu yang menarik perhatian kami adalah betapa caknanya mereka kepada keselamatan pengguna jalan raya. Suasana ini kami alami semasa dalam perjalanan kami ke Giant Tingle Tree, Walpole ( apa yang menarik ada kat sini? Inshaallah akan saya ceritakan dalam#travelogidanapi nanti ye. 

Dalam perjalanan melalui freeway, tiba-tiba kelihatan signboard 'reduce your speed', dari 110km sejam kena kurangkan kepada 60km sejam..ooo ada pembaikan jalan rupanya kami berdialog..

Masa tu dalam jam 7 pagi dengan suhu 6 deg, pekerja yang memegang signboard 'stop' berdiri tegak kadangkala memandang ke arah kami, dan kadangkala memandang ke arah hujung jalan raya di bahagian sana..

Lama juga kami menunggu dalam 20 minit, dalam hati ehh ada kemalangan ke sebab sepanjang 20 minit tu tak nampak walau sebuah kereta pun yang lalu di laluan yang bertentangan..kalau di Malaysia, bila kita kena berhenti, kereta di laluan bertentangan akan diberikan jalan.

Tunggu punya tunggu datang la sebuah lori kecil, dalam hati saya oo tunggu lori ni lalu rupanya, agaknya lori ni bawak batu-batu kecil nak tabur di tepi jalan..kemudian secara tiba-tiba dengan perlahan lori ni berpusing.

Terpandang di mata saya signboard 'follow me', pekerja yang memegang signboard 'stop' tadi menurunkan signboard tersebut dan minta kami berjalan mengikut lori 'follow me' tadi.

Saya pun cepat-cepat masuk gear dan ikut lori 'follow me'..kami terus mengikut lori tersebut sampai la ke hujung pembaikan jalan, lori tersebut bagi signal untuk ke tepi jalan dan meminta kami meneruskan perjalanan..

Sepanjang kami ikut lori follow me tu, tak ada sebarang kerosakan jalan yang teruk pun, kotnya la ada tanah runtuh ke sampai kena lori iring kami, hanya ada jalan yang sedia asal cantik diletak tanah merah je, mungkin untuk tujuan meratakan jalan.

Boleh je kami teruskan perjalanan tanpa perlu ada lori 'follow me' yang memandu arah perjalanan kami..tapi mereka tetap berusaha membawa kami ke bahagian jalan yang betul-betul selamat.

Semasa memandu tu kami berbual-bual tentang betapa ambil beratnya mereka (kerajaan Australia) kepada pengguna jalan raya sedangkan freeway yang kami lalu tu hanya ada beberapa buah kereta je kami jumpa sepanjang 3 jam perjalanan.

Read more ...

Saturday, 1 October 2016

Bloglist ku hilang juga

Bloglistku hilang



Stromatolites, Lake Thetis, Western Australia.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Apabila teman membuka kakitravel Dashboard, ingin blogwalking tiba-tiba tidak ada bloglist 
di side bar. Semua bloglist hilang. Ingat teman seorang yang mengalami masalah kehilangan 
bloglist. Blogger lain turut mengalami nasib yang sama seperti teman. 

Teman mengambil setengah hari suntuk mencari semula bloglist. Sayang seribu kali sayang, 
bukan semua yang teman dapat ingat. Nak mencari satu kerja pula. Nak mengingat satu kerja 
pula. Kepada teman-teman yang tidak tersenarai, sila tinggalkan komen di bawah. Teman 
boleh masukkan semula dengan syarat teman ada di bloglist anda.

Cempaka biru, teman baru sahaja masukkan anda dalam bloglist. Tiba-tiba terjumpa Cempaka 
biru walaupun kadang kala terbaca blog cempaka biru. Teman sangat menghargai anda kalian,
sahabat di alam maya yang hilang sekelip mata. Kita boleh bertukar bloglist, insyallah ada
masa, teman pasti melawat blog anda. 

Semoga sahabatku kalian diberkati dan dirahmati Allah SWT selalu. Selamat berjaya dunia
dan akhirat.







Read more ...