Kami bercadang ke Jepun pada bulan Disember 2016. Blog Supermeng Malaya telah meracun teman supaya mengunjungi Hiroshima kali ini. Hiroshima telah menawan hati teman. Antara tempat-tempat yang menarik di sini adalah Miyajima, Hiroshima Park (Bomb Dome), Hiroshima Castle dan Shukkeien Garden.
Apabila anda menaiki Shinkansen (Bullet train) dari Osaka ke Hiroshima perjalanan hanya mengambil masa satu setengah jam sahaja dan adalah sejauh 320 km. Miyajima adalah terletak di luar kota Hiroshima. Yang utama anda mesti dapatkan peta Hiroshima dan petunjuk untuk ke tempat destinasi anda. Anda mesti singgah di i-information di Hiroshima Station dan mendapat maklumat yang lengkap tentang Hiroshima.
Di Hiroshima station anda perlu menaiki train sehingga sampai ke Miyajimaguchi Station terlebih dahulu. Dari Miyajimaguchi Station, anda perlu terus jalan menapak dalam kira-kira 500 meter menuju ke Jetty Miyajima. Anda perlu naik feri sebelum tiba ke Miyajima dan sebelum hampir ke Jetty, anda akan terpesona dengan Torri Gate yang terpaung indah di atas air.
Torri Gates : japandave.com
Torri gate atau dikenali sebagai Itisukushima Shrine yang berwarna oren telah memikat hati sukma teman. Miyajima sendiri bermaksud Shrine Island yang mana terletak Torri Gate dibina atas air. Kalau air pasang, Torri Gate akan kelihatan seperti terapung-apung di atas air. Sekiranya air surut, anda boleh menghampiri Torri gate dan bergambar sepuas-puasnya.
Itsukushima Shrine on Miyajima
www.japanvisitor.com
Pemandangan di Miyajima telah dinobatkan di antara tempat yang tercantik di Jepun dan harus dilawati sebelum anda mati. Anda boleh masuk ke Itsukushima Shrine dengan bayaran 300 Yen sahaja. Sekiranya anda ingin ke Itsukushima Shrine bersama dengan Treasure Hall bayaran adalah 500 yen. Pilihan di tangan anda. Dibuka setiap hari. Waktu lawatan adalah dari jam 630 hingga 18.00 dan berubah mengikut musim.
Peta Miyajima
Selain dari Torri Gate dab Itsukushima Shrine, anda boleh melawat 5 Storied Pagoda, treasure Hall, History Museum, Aquarium, dan lain-lain shrine yang terdapat di sekitarnya. Satu tempat yang harus anda lawati adalah 5-Storied Pagoda, pada pendapat teman, memang cantik kemerah-merahan. Rusa juga bebas berkeliaran yang menjadi binatang suci bagi shrine di sini. Untuk keterangan lanjut sila rujuk link seperti berikut :
Bagus entry ni...dapat juga julia belajar ttg Torri gate di jepun...kagum masa air pasang naik seakan2 ia terapung di dasar lautan...woww
ReplyDeleteJapan, endless discovery...mmg best..
ReplyDeleteke Jepun time Disember mesti sangat sejuk kan..Naik bullet train ke nanti? Jeles..wishlist tu!
ReplyDeleteBullet train dah naik dulu....mungkin naik kot. Japan ni repeat je. Banyak lagi tempat yang belum pernah sampai.
DeleteWAAAhhhh winter tu...
ReplyDeletetak sabar nak tunggu kisah di update
bukan ke november ni akan ke NZ?
ReplyDeleteNZ november 2017.
Deleteseronok dapat g japan..
ReplyDeleteteringin nak melancong tp duit blom cukup..
ReplyDeleteHebat2..tahniah hingga sana
ReplyDeletewahhh best nyer winter di hiroshima! jgn lupa amik pic hiroshima peace memorial byk2 ya
ReplyDeleteBestnya..belum berkesempatan untuk travel ke luar negara..suatu hari nnti..insyaAllah
ReplyDeleteWahh bestnya... i love Japan.. :)
ReplyDeletewah gerbangnya cakep pak kim mantap...
ReplyDeleteBlog supermeng berjaya merabun eh! Hiroshima eajib pegi. Blk nanti share experience eh
ReplyDelete