Tuesday, 25 February 2014

Angkringan Kopi Joss Pak Agus

Kedinginan Malam bersama  kehangatan kopi Joss

Angkringan Kopi Joss Pak Agus terletak di sebelah utara Stasiun Tugu menjadi salah satunya untuk menikmati Kopi Joss. Saya adalah peminat tegar kopi. Kali ini mari kita menikmati Kopi Jogja yang sangat istimewa buat diri saya. 

Anda mesti berjalan ke utara dari arah Malioboro atau Stasiun Tugu KA sehingga bertemu dengan  angkringan di sebelah kanan jalan. Anda akan menemui dua buah bakul yang dihubungkan dengan bambu, anglo dengan arang yang membara, serta deretan gelas yang ditata. Itu adalah jenama utama warung Angkringan kopi Joss yang terdapat di banyak tempat di Jogja.

Mari kita dengar cerita saya tentang Angkringan di Jogja. Angkringan yang awal adalah Angkringan Lik Man. Masih ada lagi di Jogja tapi saya melawat Angkringan Kopi Joss Pak Agus, Angkringan yang muncul kemudian.  Angkringan Lik Man merupakan angkringan legendaris, sebab pedagangnya adalah generasi awal pedagang angkringan di Yogyakarta yang umumnya berasal dari Klaten. Lik Man yang bernama asli Siswo Raharjo merupakan putra Mbah Pairo, pedagang angkringan pertama di Yogyakarta yang berjualan sejak tahun 1950-an. Warung berkonsep angkringan yang dahulu disebut 'ting ting hik' diwariskan kepada Lik Man pada tahun 1969. Sejak itu, muncullah angkringan-angkringan yang lain.

Angkringan biasa dibuka pada pukul 18.00. Anda boleh memesan sama ada minuman panas atau sejuk. Kepada anda yang datang bercuti ke Jogja, anda mesti mencuba Kopi Joss, kopi yang disajikan panas dengan arang. Kelebihan kopi itu adalah kadar kafein yang rendah kerana dinetralisir oleh arang. Selain itu, anda boleh order makanan. Terdapat pelbagai jenis makanan disediakan. Saya suka makanan sego kucing berlauk, tempe goreng tepung dan tahu bakar. Memang awesome.

Anda boleh  memilih tempat duduk.  Pertama, di sebelah penjual. Ini bermakna anda perlu duduk dekat bakul atau anglo. Selain dapat bercerita dengan taukeh kedai, ini pasti memudahkan anda untuk tambah makanan. Kedua, di tikar yang memanjang yang dibentang di sepanjang jalan. Alah, duduk bersila dan berbual-bual mesra dengan teman-teman anda. Apa sekali pun, kita perlu menjaga budaya angkringan iaitu bertoleransi dan menjaga perasaan orang lain. Dalam erti kata lain, menjaga adat ketimuran kita apabila kita duduk berdekatan dengan orang yang tidak kita kenali di sebelah kita.


 Stasiun KA tidak jauh dari Kopi Joss Pak Agus

 Angkringan Kedai Joss Pak Agus

 Budaya Angkringan

 Cerek atau Anglo


Mengeluarkan arang dari celah-celah dapur 

 Memasukkan arang ke dalam gelas kopi

Angkringan Kopi Joss


 Begitu awesome buat saya...best.

Kenangan Angkringan Pak Agus

37 comments:

  1. arang dalam kopi... ni kopi pak belalang pun kalah ni.. hehehehe
    dah pernah rasa kopi tahi musang..? heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopi pak belalang pun tak se kawww kopi ni haha..tak sanggup nak minum kopi tahi musang sebab pernah tgk kopi yg masih bercampur dgn tahi musang kat bali...

      Delete
  2. Penyediaan kopi yang unik. Tapi bukankah arang atau benda-benda yang dibakar tidak baik untuk kesihatan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat tempat org la kita dpt rasa keunikan makanan minuman yg tak ada kat malaysia..rasa nya mmg sedap mie..tak baik untuk kesihatan ye? Sekali sekala merasa tak pe kot hahaha

      Delete
  3. Pehh.. kopi kawww tu!! Mau sebulan tak boleh tidur klu minum mcm tu.. terbaik!. Nice sharing sahabat.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebulan tak boleh tidor ? Jadi zombie kampung pisang la saya hahaha..kopi ni mmg kawww KK..lain dari yg lain rasanya..mungkin sebab ada campur baraarang

      Delete
  4. teringat cerita nujum pak belalang.. buat kopi dari arang.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belalang lg hebat FW, kopi dia dari bontot kuali..kikis bontot kuali baikk punya

      Delete
  5. Replies
    1. Terbaik KR..mengalahkan kopi kapal api kita :D

      Delete
  6. mmg terbaik...arang tu dikunyah ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arang tu dikeluarkan paridah..tak tergamak saya nak menelannya..

      Delete
  7. Assalammulaikum..

    sedap agaknyer......... mcam mana rasanyer tak tahulah... hehee

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam mselim3

      Rasa kopi ni kaww..lain dari yang lain..kat malaysia xpernah saya rasa kopi mcm ni hehe

      Delete
  8. kopi arang... teringat kopi dukun pak belalang, suruh anak dia kikis arang kat dapur... kekeke XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha saya pun teringat babak tu masa tgh minum kopi ni..

      Delete
  9. nampak unik minuman kopi arang tu.. nama makanan sego kucing tu bar pertama kali dengar.. apa rasanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sego kucing tu nasi putih dibalut dengan daun pisang mcm nasi lemak kita..tapi bungkusannya kecil sgt seolah2 nak bagi makan kucing..itu yang dipanggil sego kucing kikiki

      Delete
  10. kopi arang mmg betul2 wujud ke ni? hehe..

    unik eh.. letakkan bara arang yang masih mnyala ke dalam air kopi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Percayalah ZA..saya pun tak sangka kopi arang ni wujud haha

      Delete
  11. org kata arang tu utk hilangkan kesan caffeine..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diorang percaya macam tu la AK..arang dapat mengurangkan kafein katanya

      Delete
  12. 1st time tgk org letak arang dlm kopi. menarik... :)

    ReplyDelete
  13. arang dalam kopi? err camne agaknya rasa kopi tu T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa kopi tu kawwwww yakamat NFA..try la buat kat rumah :D

      Delete
  14. salam wah biar benar teringat filem "nujum pak belalang"

    jemputlah ke blog cahayacinta saya ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya tokei kedai ni dpt inspirasi buat kopi ni dari pak belalang kot haha..

      Inshaallah saya akan singgah ke blog cahaya

      Delete
  15. fuhh..kopi dia dah macam arang...hahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arang tu dah jadi macam ais pulak saya tengok haha

      Delete
  16. Ini kalau minum confirm sebulan tak boleh tidur lena.. Hehe.. ^^

    ReplyDelete
  17. ya saya pnah tgok satu rancangan travel kat tv8.. pasai kopi ni..di campur dgn arang..unik.. tringin jugak nak rasa :P

    ReplyDelete
  18. Jika Tuan Khairuddin berminat bolehlah menulis tentang kembara Tuan ini dalam majalah yang menyediakan ruangan kembara bersejarah dan budaya ini. Pasti lebih bermakna. Perkemaskan lagi penulisan pasti berjaya.

    ReplyDelete
  19. Oooo Ida baru teringat, arwah opah Ida pernah cerita, masa dia kecil dulu ada org cina datang jual kopi naik motor kat kampung dia Tg Malim tu...(Kg opah Ida tu di Sungai Selisik - mungkin Tuan Khai tahu kampung ni). Cina tu datang dari Behrang Station...Cina tu akan mesin biji2 kopi tu dengan arang...kata mereka untuk buang 'candu' maksudnya kafein lah tu...

    ReplyDelete