Friday, 21 February 2014

Nirmolo Kaliurang & Goa Jepang Jogja

Di bawah Kelolaan Taman Nasional Gunung Merapi


Perjalanan saya kali ini melawat kompleks wisata alam, Nirmolo Kaliurung yang terletak di dataran tinggi Kalirung ataupun di lereng Gunung Merapi. Di dalam kompleks ini, terdapatnya Goa Jepang.

Perjalanan dari pintu masuk Nirmolo Kaliurang ke Goa Jepang mengambil masa kira-kira 45 minit. Udaranya sejuk dan nyaman di sepanjang perjalanan. Anggap perjalanan itu sebagai bersantai lagipun jalan itu  tidak berbahaya. Sekiranya anda bernasib baik anda dapat menyaksikan keindahan Gunung Merapi dari kejauhan.   


Terdapat kira-kira 25 unit Goa Jepang. Cuba anda bilang sama ada terdapat 25 buah Goa Jepang sebelum anda mula turun kembali ke pintu masuk Nirmolo Kalirung.  Bentuk Goa Jepang adalah lebih kurang sama antara satu sama lain walaupun terdapat sedikit perbezaan antara satu sama lain. Dahulunya Goa Jepang ini berfungsi sebagai tempat tinggal dan perlindungan bagi tentera Jepang dari tentera bersekutu.  Dikatakan goa-goa tersebut saling berhubungan di antara satu sama lain, dan masih dalam bentuk asalnya.
















8 comments: