Monday, 24 February 2014

Beringin Kembar & Alun-alun Kidul Jogja

Legenda, Kraton & Kerlap kerlip Jogja bagai irama & lagu.


Yogyakarta mempunyai dua alun-alun. Alun-alun yang berada di depan keraton yang disebut Alun-Alun Utara (alun-alun lor). Alun-alun yang di belakang yang disebut Alun-Alun Selatan (alun-alun kidul). Keraton Yogyakarta sendiri berada di sebuah garisan yang menghubungkan antara Gunung Merapi, Keraton, dan Pantai Parangtritis. Itu adalah gambaran mental saya tentang Jogja.

Anda boleh berjalan dari laman keraton (alun-alun utara) menuju ke alun-alun kidul ( alun-alun Selatan) lalu melewati dua pohon beringin kembar. 

Beringin kembar ini mempunyai mitos yang tersendiri. Anda perlu membayar Rph 5,000 untuk melewati dua pohon beringin kembar ini dengan menutup mata. Mata anda akan ditutup dengan kain hitam. Kita mesti berniat baik dan sekiranya hati kita bersih maka anda dapat melintasi di tengah-tengah pohon beringin dengan senangnya. Sekiranya tidak, anda akan terbelok ke kiri atau kanan dan tersasar keluar dari pohon beringin. Sekiranya anda berjaya melewati tengah pohon kembar beringin maka permintaan anda akan terkabul.

Selain itu, kita boleh menikmati kerlap-kerlip alun-alun kidul Jogja yang dikatakan sangat indah kecuali di bandingkan dengan Bukit Bintang. Selain menikmati jajan dan makanan bersama keluarga, anda boleh menaiki motor beroda empat yang berkerlap kerlip.    


 Keraton (Alun-alun Utara)

 Beringin Kembar : Semoga berjaya melewati tengah-tengah di antara dua pohon berkembar itu. 

 Kerlap-Kerlip motor beroda empat 

 Motor pun tak berkerlap kerlip

 Alun-alun Kidul (Alun-alun Selatan)

 Begitu indah mata memandang

 Basikal berkerlap kerlip pun ada.

 Ikan Jaw dan Kuda kerlap kerlip

Penjaja Makanan
Berlibur dengan penuh kekeluargaan

41 comments:

  1. waaa meriah betul lampu kereta2 pameran tu, angry bird pun ada hahah XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam2 bentuk ada..kreatif dia org ni nak tarik pelanggan..

      Delete
  2. tentu menarik n indah malam yg disinari lampu yg menghias pelbagai objek....

    ReplyDelete
  3. Wahh menarik ni.. sungguh meriah & menyeronokkan.. nice sharing.. best.. :)

    ReplyDelete
  4. meriah betul... nak kena p jugak ni...

    ReplyDelete
  5. cantiknya... tapi masa saya ke jogja 2014... tak jumpa pun alun-alun ni, sempat naik beca dan kereta kuda je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik..kaler maler bak kata Pha Is hehe..tempat ni wujud dah lama, mungkin MystoryPic tak jumpa kot..alun alun ni buka mlm je

      Delete
  6. pernah pegi tempat ni jogja tapi tak jumpa pula benda ala ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu tanda nya kena repeat balik trip jogja Bahrain Ramlan hihi

      Delete
  7. Replies
    1. Memang kreatif JM..tapi lagi canggih iCity kita kot hehe

      Delete
  8. Replies
    1. Beca kat sini mcm2 karekter katun ada..kalo bawa anak2 kecik jenuh naik turun beca haha

      Delete
  9. Banyak juga tarikan kota Jogja ni selain dari Burubudur dan Prambanan.. Tiket ke Jogja untuk tahun ini sudah ada cuma tripnya lamaaaaaa lagi... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak tempat menarik kat jogja ni cuma antara 1 tempat ke tempat yg lain agak jauh..akan datang mie datang jogja boleh la terus ke solo dan semarang..dalam 1-2 jam perjalanan je..amboi ini mesti dapat grab tiket murah malam tadi hehe..bulan berapa ke jogja mie?

      Delete
  10. cantiknya beca warna-warni.. kreatif pula buat bentuk ikan jaws macam tu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha bukan ikan jaws je aiza, byk lagi bentuk2 yg lain..semua comel2 dan bergemerlapan

      Delete
  11. Meriahnya.... Cantik dengan lampu2 yg bergemerlapan... Mr khai lalu tak kat beringin kembar tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak lalu bawah pokok beringin tu, mcm seram je haha..tiba2 ada pulak bawang merah naik buaian kat situ nyanyi lagu pohon beringin buai laju2 hehe

      Delete
  12. Terjah sini untuk tengok perkembangan blog :)

    Mohon singgah ke blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Taufiq..inshaallah akan terjah ke blog anda

      Delete
  13. meriah sungguh kat cni.
    suasana mesti bising sperti siang hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suasananya mmg meriah SK..tua muda semua keluar

      Delete
  14. cantiknya suasana malam.. ^__^ lama dah xkuar jalan2 malam.. meriah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg menjadikan tempat ni menarik lampu2 yg ada kat sini..sekali sekala best juga jln2 waktu mlm ni

      Delete
  15. Replies
    1. Cantik dgn lampu2 neon yg bergemerlapan..mcm rumah2 kat malaysia bila dah nak dekat raya..setiap rumah ada lampu lip lap :D

      Delete
  16. cantikny! ske tgk yg kerlap kerlip tuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg lip lap..basikal pun ada lampu kelip kelap

      Delete
  17. Replies
    1. Keadaan dan lampu2 kat situ yg buatkan gambar ni cantik hehe

      Delete
  18. gambar yg second tu mcm gambar lukisan..

    ReplyDelete
  19. fuyoo...teksi2 dorang lain macam laa..menabung visa disini..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  20. Satu perkongsian yang menarik Tuan Khairuddin. Sebelum ni belum pernah tengok lagi motor berlampu begitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat kita beca je ada berlampu mcm tu kan hehehe

      Delete
  21. Kalau dapat saksikan dengan mata sendiri lagi seronok...

    ReplyDelete