Saturday, 15 February 2014

Katak Oh Katak!

                                                                                 (sumber)
Astafirullah...
Beberapa bulan yang lalu, sana sini banjir. Sekarang pula, sana sini kemarau.

Fenomena kemarau yang melanda di negara kita sejak awal bulan lalu menyebabkan paras air surut. Jelas terlihat di Empangan Sungai Selangor (57.63 peratus) dan Empangan Klang Gates(58 peratus) semakin berkurangan. Empangan air tersebut merupakan bekalan air kepada pengguna yang bergantung kepada sumber air dari kawasan tadahan itu. Untuk pembacaan yang serius, boleh lah klik link ini, link ini dan link ini. hehehe.

Gambar sebelum musim kemarau (sumber)                                        Gambar Empangan Klang cetek (sumber)

Dan Allah Ta'ala berfirman, ''Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah:155)

Semoga sedikit penghayatan ayat di atas mengingatkan kita peringatan yang telah disampaikan dalam Al-Quran. Insyaallah.

Jadi tunggu ape lagi?

Moh ler kita jimatkan ayoir. Nilah masonya kome blajor pakai ayoir ngan hemah!(loghat Perak)

Apa kata kita tanya KATAK sebab apa tak panggil hujan? hahaha.. 
Katak jawab!!!! Jangan TAK jawab...hahaha...

   Sumber foto

20 comments:

  1. Subhanallah.. mmg betul.. sebelum ni kita diuji dgn kesejukan & kini panas terik yg hampir kpd kemarau. Semoga Allah mengampunkan dosa2 kita. Mudah2an tiada apa yg lebih memburukkan berlaku nanti... aamiin..

    ReplyDelete
  2. Donia semakin uzur dan katak pun hidup x senang sbb jd mangsa :-)

    ReplyDelete
  3. sabar itu indah.....kata oh katak megapa hujan tak turun???hhihihiihihi

    ReplyDelete
  4. Kadang manusia terlalu bersungut. Awal Januari sgt sejuk pagi hari, semua sibuk cakap nak kiamat. Skrg bila panas kemarau, kita pun sibuk meminta hujan. Nnati bila dah hujan dan banjir, kitamtk pula panas... Barangkali itu lumrah manusia kan?

    ReplyDelete
  5. ya betul tu sentiasa bersungut dgn situasi yg dilalui n saling menyalahkan pulatanpa menerima keadaannya seadanya sambil tabah n berdoa agar Allah meringankan kesulitan kita.

    ReplyDelete
  6. Semoga dugaan ini hanya sementara...amiin.

    ReplyDelete
  7. katak tak panggil hujan sebab takde ular nak baham dia.
    p/s : baru interview katak pas terjumpa dia tadi kat seben eleben.

    ReplyDelete
  8. jgn ikut seperti dalam lagu katak oh katak.. saling menyalahkan orang lain..

    ReplyDelete
  9. mari gunakan air secara berhemah (:

    ReplyDelete
  10. Banyak empangan seluruh Malaysia yang mencatatkan bacaan yang rendah...

    ReplyDelete
  11. berjimat cermat menggunakan air...

    ReplyDelete
  12. katak xpe. jangan cicak sudah. geli

    ReplyDelete
  13. betul tu..sekarang nie kita ke start jimat air sebab cuaca macam nie tak tahu sampai bila akan berterusan...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  14. Allahu Rabbi... segalanya dibawah pentadbirah Allah.. pasti ada hikmhnya..

    ReplyDelete
  15. Melihat mepangan yang penuh air tu, rasa takut pula dibuatnya.

    ReplyDelete
  16. hurm, kesian katak. Bila panas, katak juga disebut. Hehe. Memang sekarang panas membahang la. Malam-malam nak tidur pun, snagat panas.

    ReplyDelete