Thursday 23 June 2016

ETA Australia : Jalan-Jalan ke Perth

Explore Western Australia

Wave Rock, Hyden

Kesemua coretan di sini dan akan datang adalah tentang persiapan percutian ke Perth. Kami akan ke Perth dari 12 Sept  hingga 19 Sept, 2016. Penulisan ini adalah tentang visa kami ke Aussie. Aussie adalah antara negara kegemaran teman.

Kami telah menghubungi En. Amir Kensau (facebook)untuk membuat ETA. No Talipon En. Amir Kensau adalah  0175493182. Email : amirfaisal.latfi@yahoo.com. ETA dicaj RM20 sahaja.

Pertanyaan kami : Kami telah membuat visa pada tahun Dis 2015 dan telah masuk ke Melbourne pada bulan Disember 2015. ETA Kami expired pada 7 Disember 2016. Masihkah boleh digunakan untuk memasuki Perth pada bulan September,2016.

Jawapan En. Amir : Masih boleh digunakan kerana ETA Aussie adalah multiple entry tidak seperti visa China. Visa China hanya boleh digunakan sekali sahaja dan perlu dibuat semula.

Maklumat-maklumat lain yang teman perolehi yang dirasakan berguna adalah seperti berikut :

i) Kita boleh membuat visa awal daripada tarikh perjalanan kita.

ii) Bila kita hendak buat visa, paspot kita perlu lebih dari 6 bulan sebelum tamat tempoh. 

iii) Visa Aussie dikenali sebagai ETA (Electronic Travel Authorization). Boleh dipohon melalui egen. Contohnya agen yang teman apply adalah En.Amir Kensau.

iv) ETA sahlaku untuk tempoh setahun dari tarikh permohonan atau tempoh tamat paspot atau mana yang paling awal.

v) Visa Aussie adalah dalam bentuk kertas. Semua maklumat dalam kertas telah dimasukkan ke dalam sistem melalui agen ETA kita.

vi) Bin,binti, Haji dan beberapa nama lagi tidak ada dalam ETA. Perkara ini telah ditetapkan oleh pihak Imgresen Aussie.

vii) Kita perlu tunggu sehingga 12 jam baru boleh dapat ETA Aussie. Pihak Imgresen akan menapis nama-nama Islam seperti Abu, Ibnu, Muhammad, Noor, Aisyah dan lain-lain untuk tujuan keselamatan.

viii) Sekiranya kita hendak duduk di Aussie selama 3 bulan. Katakan tarikh ketibaan adalah 1 Julai 2016, maka tarikh tamat tempoh visa  adalah 30 September 2016. Validity adalah 3 bulan untuk per  maximum stay in that particular 12 months. Kita perlu keluar dari Aussie dan masuk semula. ETA masih boleh digunakan lagi kerana sah tempoh laku adalah setahun, selagi tempoh Visa belum tamat. 






27 comments:

  1. Dah bertahun tak ke ausie... Rinduuuuu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teman suka pi aussie. Pemandangan yang cantik dan sebuah negara yang selamat. Boleh feeling-feeling orang putih.

      Delete
    2. saya pun suka aussie. beberapa tahun lalu sudah ke sydney dan brisbane. kalau ada rezeki nak bawa anak2 ke perth, melbourne dan tasmania. amiin mudah2an Allah makbulkan

      Delete
    3. yup..setuju. nak gi Europe entah bila, so ke Melbourne jelah, rasa cam London

      Delete
    4. Melbourne macam rasa di London. Ala-ala kiri kanan orang putih.

      Delete
  2. Wah lama tu en Din... lapan hari boleh cover banyak tempat tu...

    ReplyDelete
  3. Thanks for the info :) Dah lama tak ke OZ. Keluarga saya banyak nama Muhammad dan Ahmad...macam mana dia orang tapis nama tu?

    Terima kasih banyak kerana bagi postcard pada saya masa Khairuddin di Perth hari tu :)

    ReplyDelete
  4. nice sharing brother.. ingat memang nak jengah gak barang sekali nanti ke sana.
    AMEEN.

    ReplyDelete
  5. blm pernah ke Australia, ontah bila nk gi..

    ReplyDelete
  6. Waktu saya kerja di Brisbane dulu, ada peluang 2 kali utk trip ke Perth tapi tak join... smpailah sekarang belum berpeluang ke sana lagi... menarik ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, baru tahu pernah bekerja di Aussie. Insyallah dengan keizinan Allah swt akan sampai ke sana jua.

      Delete
  7. bestnya lah kan .. ituhari ke melbourne, ni ke perth pula :)

    ReplyDelete
  8. wow cool spot pak kim... ini keren spot fotonya....

    ReplyDelete
  9. dah lama x travel ni..kaki dah mula gatal2 ni

    ReplyDelete
  10. abe MKL ke Perth plak ye..patutlah serang entri Perth di blog JM

    ReplyDelete
  11. semoaga selamat pergi dan balik..share tempat2 menarik di sana dgn kami eh

    ReplyDelete
  12. kalau duit berkepuk..boleh je nk kemana2 pun janji minat travel kan

    ReplyDelete
  13. view d wave rock tu mengancam..nanti share pic abe MKL pose kat wave rock tu tau

    ReplyDelete