Wednesday, 15 June 2016

G-Shock Japan, China or Thailand

Untuk peminat G-Shock: Made in japan@ Made in China @ Made in Thailand? 


Jam adalah peneman setia teman. Jam melambangkan keperibadian seseorang lelaki. Jam adalah simbol cita rasa lelaki. Teman suka G-Shock,salah satu jenama jam tangan pilihan teman. Jenama Casio, jenama terunggul dalam menghasilkan jam tangan bermutu tinggi. Maka dengan itu,anda perlu memilih jam yang menonjolkan personaliti agar menyerlahkan penampilan diri anda.  Teman berminat pula jam selain travel. Macam-macam teman ini. Teman banyak hobi sebenarnya. Nafsu-nafsi.  



Jam G-Shock muncul pertama kalinya pada tahun 1983. Casio mempunyai tiga kilang pengeluaran. Jepun, Thailand dan China. Adakah kualiti yang terbaik adalah dari Jepun?





G-Shock at End (www.endclothing.com)
Casio G-Shock GA-400CS 9AER Craz Colour Watch



Di sini disenaraikan dengan lengkap di mana jam G-Shock dikilangkan.

a) Kilang Casio Yamagata, Jepun.

Kilang premium Casio adalah khusus untuk pembuatan dan pertukangan jam yang tertinggi dalam kelasnya tersendiri. Kesemua model dihasilkan merupakan model Aras Tinggi ataupun Finest Level Watch Making.

Ini dikatakan model Aras 1 atau model yang paling tinggi dari segi pembuatan. Semua dikilangkan di Jepun. Di belakang jam ditempa 100% Made in Japan. Contoh Jam seperti kesemua  model Frogman,MRG, MTG,Oceanus,Protrek, dan  Model-model khas DW-6900.

Master of G - Frogman (kesemua model Frogman dari model sulung DW-6300 hingga ke model generasi terkini, GW-1000 ataupun GF-1000

Model MRG dan MTG merupakan model G-Shock yang paling tinggi dan termahal disebabkan faktor penggunaan bahan mentah yang berkualiti tinggi seperti Titanium dan Gred Besi Tahan Karat yang terbaik ataupun dipanggil 'Refined Material'. Manakala Oceanus pula ianya adalah kesemua teknologi G-Shock dalam casis jam Rolex, Oris yang lebih nipis dan elegan.

Model-model Protrek premium yang khusus untuk pasaran Jepun sahaja. Contoh: PRW-2000A, PRW-5000, PRW-5100, PRW-S5100, PRW-5050, PRW-6000, PRX-7000 & PRX-8000.

Model FS dan VT untuk model DW-6900FS dan DW-5600VT untuk kolaborasi dengan jenama tempatan yang terkenal di Jepun seperti siri animasi, automotif, makanan/minuman, fesyen pakaian/kasut, pasukan besbol ataupun bola sepak tempatan Jepun. Kebiasan model ini ialah untuk hadiah ataupun 'gift watch' kepada kakitangan yang berkhidmat dengan syarikat berkenaan.

Kebiasaan kod kilang premium akan di tempa dengan huruf Y, H, K dan P pada permukaan belakang jam.Kod ini merupakan kod pengeluaran standard dijamin kualiti di tahap tertinggi.

b) Kilang Casio Thailand, Thailand.

Kilang pertengahan ini ditubuhkan pada sekitar tahun 2003 dengan kapasiti menghasilkan model pertengahan kepada pasaran global. Contoh Model-model yang dihasilkan ialah:

1) Model Master of G  seperti Riseman dan Rangeman..
2) Model Protrek yang lain seperti PRG-110, PRG-130, PRG-240, PRG-250, PRG-260, PRG-270, PRG-280 dan PRW-3000.

Contohnya Model Protrek PRG-110, dikilangkan di Thailand dengan buckle dari Jepun.

c) Kilang Casio GuangZhou, China

Kilang permulaan ini merupakan tempat pembuatan kesemua model asas jam Casio termasuk model G-Shock yang tidak perlu menitik berat fungsi yang kompleks. Model adalah yang paling murah dan popular. Model di sini murah adalah kerana kos pembuatan murah dan tidak memerlukan banyak kepakaran teknikal.

Model-model yang dihasilkan adalah model GA-110 hampir 90% model ini dari kilang di China. Selain itu, model yang murah dan popular adalah DW- 6900 dan DW-5600. Kod yang biasa ditempa di belakang jam ialah DH.

Rumusan 

Secara umumnya mengatakan bahawa kualiti jam dikilangkan di Jepun adalah yang terbaik. Walaupun begitu, buat teman, selagi Casio masih mengekalkan Standard Jaminan Kualiti isu jam dari mana dihasilkan tidak menjadi persoalan besar. Lagipun, semua keluaran adalah berasal dari kilang Casio itu sendiri. Kos pengeluaran (Contoh upah) adalah lebih mahal di Jepun berbanding Thailand dan China. 

Anda harus ingat bahawa kadar pertukaran mata wang asing yang menyebabkan harga jam Casio turun naik dari masa ke semasa. Pada tahun 2010 kadar pertukaran wang USD adalah RM3.30. Pada masa artikel ini ditulis( Jun 2016), Kadar Pertukaran Wang USD adalah RM4.09. Sudah tentu, jam tangan yang dibeli pada tahun 2010 adalah jauh lebih murah berbanding dengan bulan Jun 2016.      


Kredit : Shockerianz Xix

25 comments:

  1. G-shock mmg menarik.. mula2 saya pakai tahun 1994 di beli di singapore. Waktu tu masih baru dan terlalu trendy di jb & s'pore... hingga kini masih menjadi pilihan ramai rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang sangat popular di kalangan muda-mudi. Menjadi suatu kemestian bagi kebanyakan orang lelaki yang bekerjaya.

      Delete
  2. Striking sungguh warna dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teman memang suka warna yang striking. Jiwa muda remaja katakan.

      Delete
  3. Kita biasa pakai jam murah. tak boleh pakai jam tangan berjenama :)

    ReplyDelete
  4. agree... casio telah membuktikan kualitinya kekal hgga sekarang. kalu beli jam casio, mmg tak de ragu2 ianya akan bertahan lama

    ReplyDelete
  5. setakat ini sy masih berpuashati dengan keluaran jam casio..jarang saya dengar masalah jam casio nie..quality serta design yg ditawarkan pun berbaloi dengan harga...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. haha..nafsu nafsi..ada jugak Gshock Thailand n China ye..so, bukanlah ciplak, cuma kualiti kurang berbanding yang dibuat di Jepun.Thanks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak kira sama ada dari Thailand atau China berbanding dengan Jepun selagi Casio masih mengekalkan Standard Jaminan Kualiti isu jam dari mana dihasilkan tidak menjadi persoalan besar. Lagipun, semua keluaran adalah berasal dari kilang Casio itu sendiri.

      Delete
  7. CASIO JENAMA JAM YG BERKUALITI...

    ReplyDelete
  8. Nak g-shock pink plisss...

    Hihihi

    ReplyDelete
  9. Jam Casio yang pertama paling saya ingati adalah model Casio FS52, jam nipis lebar(Slim) yang pada saya sangat cantik! Itu pun saya peroleh setelah puas memujuk seorang rakan seasrama untuk menjualkan kepada saya dalam tahun 1987. Saya pakai sampai ia rosak dan tidak boleh dibaiki lagi. Pada ia kenangan terindah yang mengingatkan saya pada permulaan minat pada jam.

    ReplyDelete
  10. saya ada berkenan satu model G-Shock Casio warna pink-grey. Tapi.. Aduh.. belum mampu beli..

    ReplyDelete
  11. one for me after i get my target. Insha Allah

    ReplyDelete
  12. tak berapa minat sangat sebab besar hehe

    ReplyDelete
  13. Perempuan pun ada jugak yang peminat tegar g-shock nih...

    ReplyDelete
  14. utk outdoor mmg sesuai jam g-shock, gaya sporty..

    ReplyDelete
  15. wah ternyata emang sidah terbagi" ya pak kim mantap

    ReplyDelete