Friday 17 June 2016

Travelog Mr Backpacker : Merentas Amerika


Tajuk: Travelog Mr. Backpacker : Merentas Amerika : 26 Tahun | 42 Negara | 4 Benua | Hijrah
Pengarang : Badrul Hisham
Terbit : April 2016
Format : Kulit Nipis
Halaman : 202
ISBN : 9789671409008
Harga : RM25.00


#Merentasamerika

Badrul Hisham adalah graduan Sarjana Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Sheffield, United Kingdom. Orang pertama di England yang berselfie dan menari ketika majlis graduasi sehingga video menjadi viral di Malaysia. Sebaik sahaja menyelesaikan pengajian sarjana, beliau telah berbasikal dari London ke Malaysia yang sejauh 11,000 km untuk memenuhi impiannya. Prinsipnya, hidup ini pendek dan perlulah berimpian besar. Hisham telah berjaya melancong ke 42 buah negara. Advantura Pulang ke Malaya adalah antara lain karya tulisan Hisham. 

Polis koboi Texas dengan serius mengacukan pistol ke arah kepala Bad dan menjerit sekuat hati. “I SAID OPEN THE DOOR! OPEN THE DOOR!” Bad dicampak ke atas lebuh raya dan tangannya digari.Aku digari beberapa minit kemudian dan dicampak ke tepi jalan juga.

Buku ini mengisahkan tentang dua pemuda Melayu dan seorang Turki, warganegara British yang merantau memusing Amerika dengan berbekalkan sedikit duit dan impian setinggi gunung. Satu kereta menjadi saksi bagi semua peristiwa ini. Pada mulanya semua bermula dengan manis dari New York dan perlahan-lahan bertukar menjadi pahit apabila tiba di negeri Texas. Mereka ditangkap polis koboi Texas kerana disyaki  penjenayah besar. Perjalanan mengambil masa 25 hari merentas benua Amerika bermula dari New York. Titik akhir perjalanan bertiga berakhir di Los Angeles sejauh 10,000 km. Moga pengembaraan #Merentasamerika ini menjadi inspirasi bagi anak muda mengejar impian yang lagi besar dalam hidup.

Tajuk buku travelog ini sangat catchy dan membuat kita terikut-ikut hendak meniru gaya pengembaraan mereka. Sub topik membuat anda ingin tahu lebih-lebih lagi disertai dengan goggle map dengan jarak dan jumlah jam sesebuah perjalanan. Teknik penceritaan adalah jauh lebih baik berbanding dengan buku Travelog sebelumnya. 

Kelebihan buku ini adalah susur alur cerita pengembaraan  yang  begitu menarik dan mengalir untuk dibaca. Hisham membawa pembaca untuk bersama-sama merasai pengalamannya. Gaya bahasa yang puitis dan penuh sense of humor. Bahasa yang mudah difahami,tidak menggunakan istilah dan kosa kata yang tidak diketahui. Buku ini menghasilkan sesuatu yang perlu direnungkan oleh pembaca terutamanya peristiwa yang berlaku, dengan kata-kata hikmat atau motivasi. Hisham berjaya melukiskan adegan demi adegan dengan teknik penceritaan yang penuh unsur suspen. Ini membuatkan kita terus ingin membaca lagi sehingga habis dengan cepatnya.Tetapi kadang kala saya merasa kecut perut membacanya dengan pelbagai rintangan dan cabaran yang dihadapi. Tiga adegan yang menarik adalah hampir mati lemas di pantai Daytona apabila meluncur air, dicekup pihak polis di Texas dan hampir mati di Death Valley. Hisham telah memberi gambaran perasaannya yang sebenar dalam perjalanan merentas benua Amerika. Pengalaman yang berharga adalah sejauh mana kita pergi, Tuhan tidak boleh kita lupakan.  

Kekurangan buku ini adalah sampul buku yang kurang menarik berbanding dengan isi yang begitu menarik untuk dibaca. Warna di kulit buku pun kurang menarik dengan latar pemandangan yang kelam. 

Kesimpulan, buku ini memberi teladan yang berguna kepada anak-anak muda yang berimpian besar dalam mengejar cita-cita mereka kerana kita melintasi dunia ini hanya sekali sahaja. Keunikan Hisham adalah keperibadian nilai-nilai murni yang dapat memberi pengajaran hidup bagi pembaca. Contohnya,di sini mereka berzikir sepanjang malam untuk menenangkan hati dan berharap agar tiada beruang mengoyak khemah mereka. semasa di Taman Negara Yosemite, taman negara yang paling cantik antara 42 negara yang pernah dilawatinya. Apabila kita mengembara ke benua Amerika dengan niat yang ikhlas, insyallah kita akan mendapat pelajaran yang sangat berharga seperti Hisham. Buku ini harus dibaca dan dimiliki oleh setiap backpacker yang banyak disulami dengan perasaan jati seorang lelaki.          

#Merentasamerika








18 comments:

  1. buku yg memberi motivasi untuk yg minat travel...penceritaan pengalaman menarik harus dibaca.

    ReplyDelete
  2. Wah... menarik. Mn nk dpt buku ni

    ReplyDelete
  3. salam brother..

    nampaknya boleh lah mencarinya nnt di bookstore..
    memang hebat manusia ni..
    salute lah kan.

    ReplyDelete
  4. ok bunyi sangat menarik. masih belum berpeluang ke kedai buku untuk memiliki buku ni. once i get my hands on it, i'll read it and reviewed it up ;)

    ReplyDelete
  5. suka baca buku macam ni..nak carilah. thanks share!

    ReplyDelete
  6. Menarik ni... thanks sharing frien... ada rezeki, jom backpack amerika... :)

    ReplyDelete
  7. meanrik untuk dibaca ni ... klu terjumpa di kedai buku , nak juga saya membelinya ...

    ReplyDelete
  8. makk aiii kena gari tu...kalu sy mau dah melaung ms tu hebat hebat

    ReplyDelete
  9. bedah buku yang baik.... wahh bestnya buku journey

    ReplyDelete
  10. menarik...byk pengalaman, dah travel 42 negara..

    ReplyDelete
  11. amerika mmg destinasi impian. kalau boleh nak pegi semua 50 buah negeri yg ada

    ReplyDelete
  12. Tahniah MKL menang hadiah buku yang berharga tempohari.

    dah habis baca ka? seronok kalau kisah pengembaraan dibuku kan dan dijadikan perkongsian untuk anak muda sekrang ini pula

    ReplyDelete
  13. melopong mulut bila baca..terbaik lah

    ReplyDelete