Sunday 8 September 2013

Besok 8hb September hari terakhir untuk ke Matta Fair

Matta Fair 2013 (6-8 Sep): Holiday & Travel Promotion Package

JOM KE MATTA FAIR PWTC SEPT 2013
Bertempat di PWTC, Kuala Lumpur.
Jam : 10am sehingga 9pm.



Selamat Datang

Bismillahirahmanirrahim
Salam. Semoga pagi yang indah ini diukirkan dengan senyuman di bibir agar resah di jiwa terusir. Hari ini hari kedua. Saya telah pergi pada hari pertama. Hari Sabtu dan Ahad,saya ada urusan penting yang perlu diselesaikan. Anak saya pergi pada hari kedua. Anak saya pun suka melancong. Ibarat kata," kalau kuah tak tumpah ke mana kalau tak ke nasi. Banyak perkara positif yang kita boleh pelajari. Ibarat kata,"yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan." Saya suka melawat ke ruang pameran Matta Fair. Kita perlu bayar RM4.00 sebagai bayaran masuk. Kanak-kanak di bawah 18 tahun adalah percuma.


Kaunter Tiket


Tangan kerdilku

Rantai tangan

Kali ini,pakej promosi ke Taiwan,Korea, dan Jepun dibuat secara besar-besaran. Memandangkan kesuntukan masa, kami terpaksa menentukan objektif lawatan agar objektif tercapai. Hari Jumaat hari bekerja bagi isteri saya. Lagipun, hari Jumaat hari wajib untuk ke masjid. Sesungguhnya, tidak berguna hidup walaupun seribu tahun sekiranya tidak bersolat. Lebih kurang pukul 5 petang baru kami sampai ke PWTC dari Tanjong Malim. Hari Sabtu dan hari Ahad, saya tidak boleh pergi kerana ada urusan penting.


Kaunter Jepun

Saya terus ke ruang antarabangsa. Kami ke ruang promosi Korea, Taiwan, Jepun, Bali dan Aussie. Saya hanya meluangkan masa bersama dengan agensi pelancongan dari Korea. Banyak maklumat yang diperolehi. Saya tengah buat persiapan melancong ke Korea dan Bali untuk tahun ini. Saya juga bercadang ke Perth, Australia pada masa akan datang. Harapan agar saya tidak menjadi seperti ingin menggapai bintang di langit tapi apakan daya jari tak sampai. Harapan demi harapan ingin ku gapai tapi apakan daya hajat tak kesampaian. Pasal saya jenis backpacker,prinsip utama kami biar murah dan berkualiti. Blog Abang Supermeng Malaya salah satu idola saya.   


Tarian dari Indonesia

Pada Sept, 2012, saya telah membeli pakej ke USS, Universal Studios Singapore dan Legoland dengan separuh harga sahaja. Pada March 2013,saya telah membeli tiket ke Disneyland Hong Kong dengan potongan yang tinggi. Begitu juga lawatan ke dua buah tempat di negeri China dengan harga yang berpatutan.   

The lonely planet

Semalam, saya hanya pergi meninjau ke tempat-tempat pelancongan di korea,Taiwan dan Aussie. Juga mendapatkan maklumat yang lengkap tentang sesuatu tempat sebagai persediaan untuk destinasi pelancongan yang akan datang. Destinasi tahun ini adalah ke Bali,Korea, dan Jogjakarta. Saya berminat juga untuk melancong ke Aussie. Blog Jari manis telah menyemaikan minat saya. Apatah lagi, sokongan padu dari cintaku.



Jepun

Menurut Nadiah,anak saya kita mesti pergi pada awal-awal pagi supaya boleh memperolehi banyak free gift seperti post card, pen,key chain, teddy bear dan sebagainya. Nadiah telah memperolehi tiket diskaun masuk ke S.E.A. Aquarium Singapore dengan banyak untuk tahun 2013. Di sini, kita boleh mendapat diskaun yang baik dan maklumat yang dikehendaki asalkan kita rajin melawat dari booth ke booth.


Oleh-oleh Jepun

Oleh-oleh Taiwan & Korea

Oleh-Oleh Malta Fair

Bot Laju

Akhir kata, berbaloi dari segi masa dan tenaga kita sekiranya kita mempunyai matlamat dan tujuan dalam lawatan ke Matt Fair. Semoga penceritaan saya menjadi perkongsian yang berfaedah kepada anda sekalian. Ibarat kata sebanyak mana kita tidak mampu untuk berharap sebanyak itu juga kita tidak mampu untuk memberi harapan. Tulisan saya sekadar berkongsi rasa dan pengalaman. Bukankah biar hujan di hati, pasti ada pelangi yang menanti? Insha Allah.     

Sekadar renungan :

Hari Ahad dalam Sejarah Islam

Hari Ahad
1.Allah menjadikan NERAKA.
2.Allah mencipta bumi yang tujuh lapis.
3.Allah mencipta langit yang tujuh lapis.
4.Allah menjadikan 7 anggota Adam.
5.Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
6.Allah menjadikan bintang-bintang yang beredar.
7.Allah menjadikan lautan yang tujuh.  

7 comments:

  1. hebat la bro..bak2 melancong sangat teliti..kalu fizi nak pergi melancong keluar negara..rasnya x salah kalau minta tunjuk ajar perkara2 khusus hihih

    ReplyDelete
  2. baca tajuk ingat nak gi malta... hehhee

    ReplyDelete
  3. kat perth pun ada holiday bungalows run by a muslim malaysian family. memang harga berpatutan dan service thumb up lah. kita boleh masak makanan halal sendiri. sebab makanan kat luar memang mahal. kami dah try penginapan. rumah sgt cantik dan kemas bersih and well fully furnished. sesuai untuk keluarga dan group. owner nya pun sgt peramah dan helpful. diaorg siap ada kereta dan mpv untuk sewa. harga sgt murah. berbaloi baloi. boleh contact 0123360098 nama anak owner tu cik siti.dkt youtube pun ada org dah buat review ttg mahira holiday homes ni. cuba type mahira holiday homes

    ReplyDelete