Thursday 12 December 2013

Gurindam Jiwa

Salam wbt,

Hari ini ingin saya kongsikan satu lagu daripada tahun 1969. Biar masa terus berlalu, bait-bait lagu ini akan terus segar dalam ingatan.

Lagu 'Gurindam Jiwa' (1969)

Tuai padi antara masak, 
Esok jangan layu-layuan,
Inta kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Anak cina pasang lukah,
Lukah dipasang di Tanjung Jati,
Di dalam hati tidakku lupa,
Sebagai rambut bersimpul mati.

Batang selasih permainan budak,
Daun selasih dimakan budak,
Bercerai kasih talak tiada,
Seribu tahun kembali juga.

Burung merpati terbang seribu,
Hinggap seekor di tengah laman,
Hendak mati di hujung kuku,
Hendak berkubur di tapak tangan.

Kalau tuan mudik ke hulu,
Carikan saya bungan kemboja,
Kalau tuan mati dahulu,
Nantikan saya di pintu syurga.


Gambar di atas: Bersama keluarga tercinta pada Tahun Baru Cina (2010).

23 comments:

  1. Semoga saudara Khairuddin sekeluarga sentiasa bergembira & diberkati kehidupan selamanya.. aamiin.. :)

    ReplyDelete
  2. saya suka lagu nih ...

    ReplyDelete
  3. walaupun lahir di tahun 90an saya pun suka lagu ni..:D

    ReplyDelete
  4. Gurindam Jiwa ni ada filemnya kan? Lakonan Nordin Ahmad dan Latifah Omar kalau tak salah

    ReplyDelete
  5. mmg sesuai dgn namanya Gurindam Jiwa..bila baca terasa tersusuk hngga ke tulang putih :-) Dalam gambar tu...mana org umahnya

    ReplyDelete
  6. amboi bergurindam pula di pagi jumaat ni hehehe. Salam Jumaat :)

    ReplyDelete
  7. best la dgr lagu ni...mengusik kenangan..

    ReplyDelete
  8. Semoga kbahagiaan hingga akhir hayat bersama keluarga..ngam dgn gurindam jiwa..hehe

    ReplyDelete
  9. Heppy tengok family macam ni. Saya lama tak travel dengan family. Nanti boleh review blog abg untuk dapat tempat yang sesuai. =)

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  10. gurindam jiwa ini hanya lagu yang berformatkan pantun...format gurindam cuma dua baris; contoh...
    KASIH KITA KASIH SAUDARA
    KEKAL ABADI SELAMA-LAMANYA....sekadr berkongsi info tq

    ReplyDelete
  11. amboi.. dia bergurindam plak.. hehehe

    ReplyDelete
  12. Gurindam yang terus mekar tak luput ditelan zaman.
    Keluarga yang bahagia.

    ReplyDelete
  13. salam jumaat..
    x pnah dgr lagu ni..hari ni baru baca lirik dia..
    salam jumaat ya :)

    ReplyDelete
  14. nostalgia lagu nie..memberi impak yg sgt besar walaupon dah lama lagu nie di hasilkan...

    ReplyDelete
  15. Semoga bahagia dan hepi selalu..Amin ya Rabb..

    ReplyDelete
  16. nice sharing...

    gurindam itu seperti pantun kah?

    ReplyDelete
  17. Inilah kehebatan lagu pada zaman dahulu berbanding lagu sekarang ni. Lagu dahulu penuh jiwanya.

    ReplyDelete
  18. lagu yang takkan lapuk dek zaman.. ^^


    salam singgah.. :)

    ReplyDelete
  19. Lama betul tak tengok filem ni...asyik filem P. Ramlee jer...

    ReplyDelete