Apakah itu kilometer Sifar?
Kilometer Sifar adalah titik pangkal bagi sesebuah bandar, laluan jalan raya, atau rangkaian jalanraya kebangsaan. Sebutan yang sama juga ditetapkan untuk setiap jalan (seluruh lokasi di jalan itu memiliki nombor, bergantung kepada jaraknya dari titik permulaan yang telah ditetapkan). Begitu juga untuk sesebuah bandar, yang di mana kebiasaannya Pejabat Pos digunakan untuk tujuan permulaan pengiraan jarak.
Kilometer Sifar Johor Bahru
Dari sudut sejarah pula, dahulunya semua jalan raya utama di Semenanjung Malaysia bertemu di Johor Bahru. Kemudian, jalan raya itu dihubungkan ke Singapura melalui Tambak Johor apabila dibuka kepada lalu lintas pada tahun 1924. Oleh sebab itu, Johor Bahru telah dijadikan Kilometer Sifar Kebangsaan sejak ~92 tahun dahulu. Kilometer Sifar Semenanjung Malaysia dikira dari Pejabat Pos Johor Bahru.
Kilometer Sifar Tanjung Malim
Penulisan teman kali ini adalah tentang titik pangkal bagi bandar Tanjung Malim. Monumen KM 0 Tanjung Malim adalah asas pengukuran jarak Jalan Persekutuan, Laluan 193 yang bermula daripada Pejabat Pos Tanjung Malim dan berakhir di Stesen Behrang.
Jalan Persekutuan yang menghubungkan Behrang di utara dengan Tanjong Malim di selatan mempunyai jarak sejauh 13.2 km (8.2 batu).
Laluan 193, Lebuhraya Behrang-Tanjung Malim (dahulunya Perak State Route 124 & State Route 121) adalah antara lebuhraya utama di Perak sekarang.
Monumen KM 0
Monumen KM 0 bermula di sini
Monumen KM 0 adalah asas pengukuran jarak Jalan Persekutuan, Laluan 193 dari Tanjong Malim ke Stesen Behrang.
Nak cari jugak laa km 0 jb... He he he
ReplyDeleteSilakan. Boleh terbitkan entri tentang KM 0 Johor Bahru pulak.
DeleteWaaahhhh... menarik... baru tau ttg ni
ReplyDeleteTak pernah sampai lagi ni..
ReplyDeleteSangat menarik mengetahui yg tanah tumpah darah sy memiliki KM 0..Saya pernah ke KM 0 (KM Nol) yg letaknya di Acheh...iaitu pengukuran tanah Indonesia bermula di situ...sy pernah tulis tentangnya di blog saya.
ReplyDeleteteringat dulu2 masa takde PLUS highway, kena lalu Laluan 193..
ReplyDeleteooo baru tahu...
ReplyDeleteKilometer sifar Taiping kat blkg umah saya, eh..
ReplyDeleteTKSH INFONYA BARU TAU NI..
ReplyDeleteBaru saya tahu ttg ni... thanks sharing my fren... :)
ReplyDeleteNanti Zumal terjah monumen tu nak selfie ^-^
ReplyDeletewah gak cuma di Jogja ajah yah di Malaysia juga ada km 0 hehe... mantap pak
ReplyDeleteSangat menarik mengetahui yg tanah tumpah darah sy memiliki KM 0..Saya pernah ke KM 0 (KM Nol) yg letaknya di Acheh...iaitu pengukuran tanah Indonesia bermula di situ...sy pernah tulis tentangnya di blog saya.
ReplyDeleteKM 0 JB tu saya pernah lalu..tp x ambil gambar pulak
ReplyDelete