Thursday, 31 March 2016

Hari Keluarga di Sahom Valley Siri 1

Kampar, Perak.

Tiap-tiap tahun keluarga sebelah isteri,Cinta akan mengadakan hari keluarga. Hari Keluarga Hajah Asiah dan Haji Hanapi. Hari keluarga 2016 telah diadakan di Sahom Valley, Resort Agro dan Eko. Sahom Valley adalah tempat pelancongan keluarga dan organisasi dengan pakej harga yang menarik. Sesuai untuk keluarga yang besar. Kami booking tempat ini untuk 8 keluarga yang besar termasuk anak beranak.

Keterangan ringkas tempat ini adalah seperti berikut :  

Loaksi  : Kg Sahom, 31900 Kampar, Perak.

Keluasan : 50 ekar

Tanaman & Ternakan : Kelapa Sawit, Dusun Durian, Lembu, Rusa, Kambing, dan pelbagai jenis haiwan exotik. Terdapat Kolam Pancing, dan Jungle Trekking. Semua adalah dalam pakej. Kami tidak ambil pakej tersebut. Masing-masing sibuk dengan anak kecil, masak memasak dan mandi dalam air kolam. Anak-anak kami suka sangat mandi manda. Setiap tahun kami akan mencari lokasi yang ada kolam renang. Anak-anak kami boleh mandi manda sepanjang hari. Air adalah aktiviti utama anak-anak kami.

Sahom Valley adalah kawasan berlatarkan kaki bukit dan gunung yang indah menawan. Di sini adalah jawapan kepada ketenangan, kedamaian dan keindahan alam semulajadi. Elemen-elemen ini penting bagi menjana potensi setiap individu bagi melahirkan naluri diri yang harmonis dan berinspirasi unggul juga membina jati diri yang amat berkesan.

Lawatlah Laman Web : sahomvalley.wix.com/agro-eco-resort. Facebook : sahom Valley-Agro & Eco Resort. Email : sahomvalley@gmail.com. Tel : 0124882480/0122122480.

 Ladang Kelapa Sawit yang luas terbentang

Berjalan-jalan di sekitar Sahom Valley

Layout Plan Sahom Valley

 Naim di Pejabat Am Sahom Valley

 Aktivit-aktiviti yang ditawarkan

Jenis-jenis penginapan yang ditawarkan.

26 comments:

  1. luasnya 50 ekar..kalau dpt petik buah2an lg best..tapi bukanlah buah kelapa sawit...hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga kawasan buah durian dan binatang ternakan seperti lembu, rusa, kambing dan pelbagai jenis haiwan exotik.

      Delete
  2. nice place.. i should come here :)

    ReplyDelete
  3. tentu seronok menyambut hari keluarga di tempat menarik begini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak memang suka. pasal ada kolam renang. Deme gila main air.

      Delete
  4. besar tu 50 ekar. cantik tempatnya

    ReplyDelete
  5. sahom valley...hmm..new spot..bolehlah ke sana jugak nanti..nampak macam sangat tenang dan damai je utk bercuti...

    ReplyDelete
  6. Kalau musim durian seronok tu KK..
    CH pun nak pergi terjah :)

    ReplyDelete
  7. Bersihnya tempat tu... menarik... permandangan nyaman dan tenang je...

    ReplyDelete
  8. hari keluarga memang seronok kalau sambut dekat tempat menarik

    ReplyDelete
  9. wah pasti seru sekali pak acara jalan di sini nih....

    ReplyDelete
  10. Uish... ada ye kat kampor... idak le teman tahu ... ate nye..

    ReplyDelete
  11. First time dengar tempat ni..

    ReplyDelete