Monday 18 April 2016

18 sebab anda harus ke Majlis Sepetang Bersama Blogger

Anjuran #DenaihatiNetwork, #SBB2016, #MDeCSBB2106

Upin & Ipin Kembar Siiras

16hb April 2016 telah menjadi satu kenangan yang indah. Sesungguhnya, tarikh keramat itu  telah mencipta sejarah dalam dunia blogging Malaysia. Bagaikan kata, meraikan dan diraikan. Ibarat kongsi dan perkongsian. Hatta,memberi dan menerima. Majlis tahunan kali ke-5 kali ini bermula dari edisi #SBB2012 sehinggalah pada tahun ini di #SBB2016.

Acara ini telah berlangsung di Grand Campbell Hotel, Kuala Lumpur. Jam: 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.

Majlis ini telah menghimpunkan ratusan penulis blog, aktivis media sosial dan usahawan online (Usahawan digital ekonomi) yang telah berhimpun pada acara tahunan sepetang bersama blogger tahun 2016. Syukur alhamdulillah majlis #MDeCSBB 2016 telah selesai dengan hujan renyai-renyai semasa kami masing-masing dalam perjalanan pulang ke rumah. Hujan yang dirahmati Allah SWT, in Shaa Allah. Sambutan yang sangat luar biasa. Sesungguhnya, segala puji-pujian kepada Allah S.W.T. Kelemahan adalah dari pihak kami, insan yang kerdil.

Wajah-wajah yang riang ria dari pihak para blogger, aktivis media sosial dan usahawan online.

18 sebab anda harus ke Majlis Sepetang Bersama Blogger

1. Majlis Ilmu yang bermanfaat.
Ilmu di pasaran kini semakin mahal dan telah menjadi barang dagangan. Hanya dengan melabur RM30 seorang, anda boleh mendapat pulangan yang sangat lumayan. Banyak tip berguna dikongsikan dan boleh diaplikasi dalam  dunia bisnes dan blogging untuk menjana pendapatan.

2. Jaringan persahabatan 
Networking yang berguna. Majlis ini merupakan antara perjumpaan yang paling besar buat bloggers Malaysia. Program ini merupakan platform untuk membina networking marketing jangka masa panjang. Lebih-lebih lagi, 'ekonomi digital' yang sedang berkembang pesat pada hari ini. Dijangka menjadi havoc pada masa depan, sesuai dengan konsep "Futuristic economy" pada masa depan. Ramai blogger, aktivis media sosial dan usahawan online yang membina network daripada #SBB kini semakin berjaya dalam bidang mereka.

3. Cabutan bertuah
Bukan senang hendak mengadakan hadiah cabutan bertuah lumayan untuk blogger sebagai penghargaan. Majlis ini menyediakan 60 cabutan bertuah. Di antara hadiah menarik adalah dari bos Rick Gan dan Asia Herbal Biotech (HQ) yang menaja 20 hamper produk Cordyceps. LED TV 32 inci atau Smartphone, iPad, jam Tawaf Denaihati dan juga pakej Umrah 15 hari 14 malam oleh Simply Umrah adalah antara hadiah besar yang telah disediakan.

4. Para Panel yang terkenal
Di antara yang terhebat adalah Hasrulhassan - sifu blogger, @aqifazizan - master dalam copy writing iklan, @abangensem - figure yang sangat berpengalaman dalam dunia hartanah, Tn. Hj @adpadiputra yang berkongsi bagaimana media sosial membantu kerjaya beliau sebagai seolah artis berjaya. Seorang lagi ikon yang hadir pada #SBB2016 tahun ini adalah Cikgu Tuan Ali Hanafiah Daud - guru Facebook ads. Tuan Ismail Che Ani yang membina empayar perniagaan dan menjana jutaan ringgit menggunakan media sosial dan platform online juga turut hadir memeriahkan majlis #SBB2016 tahun ini.

5. Lokasi yang strategi
Hotel Campbell terletak di sebelah ibu pejabat Polis Dang Wangi, belakang Semua House dan berhampiran Sogo. Kalau yang datang dengan kenderaan sendiri, terus parking di aras 4 parking lot hotel dengan kadar flat rate. Kalau menggunakan kenderaan awam, Bas Go KL (percuma) di hentian Medan Mara. Putra LRT di stesen Dang Wangi dan STAR LRT di Stesen Bandaraya (SOGO). Surau di aras 1 dan tandas berdekatan di tingkat 4. Semuanya sangat strategik dan mudah dicapai.

6. Pengacara Majlis yang santai.
Mr MC kacak Hilal Azmi yang telah mengendalikan #MDECSBB2016 dengan sangat bergaya sehingga berlangsung dengan lancar dari awal sehingga tamat.

7. Makanan yang sedap.
Sajian makanan tengah hari yang sedap. Diakhiri dengan minuman petang mengisi perut yang berkeroncong. Di atas meja ada Codi Coffee, sejenis kopi berkualiti dan juga terdapat madu nanas. Sedap sungguh madu nanas yang ditaja Jus Bob Nanas!   

8. Goodies yang menarik 
  • Antara yang sweet adalah mug daripada @ephyra2u limited edition. 
  • T-shirt#SBB2016 yang simpel dan menarik. 
  • Buku "Mudahnya Berniaga" bernilai RM45.90 dan juga CD Motivasi bernilai RM1XX, pemberian Dr. Azizan Osman. 
  • #doorgift iaitu Kad terkandung 99 Nama Allah dan maksud di  sebalik Nama Allah dari www.akdkahwinku.com. Kecil tapi cukup bermakna. 
  • Sohaini Cookies yang sedap dan lazat rasanya. Semoga cookies bumiputra terus dikenali ramai. 
  • Buku nota #SBB2016 dari blogger untuk blogger.

9. Sahabat blogger yang happening.
Anda semua memang awesome! Antaranya adalah:
  • Akma Omar, peramah habis dan sukses dalam berblogging dan bisnes,
  • Bro Khir Khalid yang jumpa buat kali kedua. Hubungan teman dan Bro Khir semakin rapat dan semoga hingga ke Jannah. 
  • Sis Nur Misnan yang datang jauh dari Brunei yang sangat mesra dan baik hati. 
  • Begitu juga dengan Sis Hanny Abdullah yang cantik rupawan dan mesra. 
  • Bro Nazlan Nasir yang banyak kongsi informasi dan mesra alam. 
Tidak lupa, Uncle Zuan,  Bro Denaihati, Bro Azuan Rafael, Bro Kamil Salleh, Mamat Zeo Unic, Bro Hisyamuddin, Bro Halim Nadzeri, Bro framestone, Bro Eshamzhalim, Bro Boni kacak, Bro HH, Sis Fatin Bella, Bro Reez,Breo Feroz Othman,Encik ST, Bro Mawardiyunus, Bro Nizamijam, Bro Hisyam Den, Bro Adza Danial, Bro Azrizam, Sis Sumijelly, Bro Nor Ariffin Hamzah, Bro Handsome, Sis Ainie Zubir, Sis Ruggedmom,dan Marsitahieta. 

Banyak lagi blogger yang teman tidak sebut di sini. Teman minta maaf. Semoga kita ketemu lagi di masa hadapan. You all are the best. In a nutshell, sangat seronok dapat berkumpul dan berkongsi rahsia berblogging sesama bloggers. 

Meja 4: Para Sahabat blogger.

10. Para penaja yang hebat.
Di antara penaja-penaja adalah seperti berikut :
  • Multimedia Development Cooperation (MDeC): Malaysia Digital Economy Corporation, penaja utama #SBB2016;
  • Richworks Academy (Dr Azizan Osman);
  • Mem Besar Oceanlife2u (Ephyra) Amiza Amiruddin wanita yang sukses dalam kerjaya dan bisnes. 
  • Amna Home. 
  • Yeo's Malaysia. 
  • Zeeta: Magis aura mawar. 
  • ZT ZeeTa. 
  • Upin & Ipin. 
  • Asia Herbal BioTech (HQ).
  • eQurban.
  • Sohaini Cookies. 
  • Abang Ensem. 
  • Jus Bob Nanas. 
  • CVS Production. 
  • Kotak Lensa
  • Adi Putra.
  • Jemaah Bisnis Denaihati.

11. Selebriti yang terkenal.
Haji Adi Putra merupakan seorang artis yang berjaya. Dua ikon yang mesra, Norman Hakim dan Memey Suhaiza duta ephyra aummm belaka, turut sama hadir. Upin & Ipin yang menciut hati para penonton, ikon kanak-kanak yang terkenal sampai ke Indonesia dan Filipina.  

12. Kad Biz pelbagai rupa. 
Banyak juga bisnes kad yang berjaya dirembat. Di antara kegunaan adalah untuk blogwalking sebagai blogger dan juga untuk networking.

13. AJK dan sukarelawan yang senyum sepanjang masa.
Orang Kuat #DenaihatiNetwork, Pengarah Projek Hisyamudin Fadzil dengan backbone team Denaihati. Teamwork yang padu dan hebat. Juga sukarelawan yang permudahkan segala urusan dalam majlis ini.   

14. Booth Jualan
Oceanlife2u bagi diskaun 50% produk khas untuk para hadirin #SSB2016. Booth Magis Aura Mawar Wangian Harum Semerbak. Anda perlu sediakan wang yang secukupnya.

15. Inspiring person Tuan Haji Amir Founder @denaihatinetwork.
Tuan Haji Amir telah memberi manafaat kepada ramai bloggers dan usahawan online. Semoga usaha beliau akan melahirkan bloggers dan usahawan digital yg sukses pada masa akan datang. Denaihati Network hanya menjadi perantaraan; dengan izin ALLAH juga semua berlaku. Denaihati Network hanya memberi platform untuk anda berjaya.

Teman bersama  Inspiring person Tuan Haji Amir Founder @denaihatinetwork.

16. Mendapat liputan di berita Astro Awani.
Terima kasih Astro Awani kerana menyebarkan event "mesti pergi" setiap tahun. Nama Sepetang Bersama Blogger. Tapi sebenarnya lebih daripada itu. Begitu juga selepas event mendapat liputan yang luas dalam berita Astro Awani. 

17. Pertandingan 
Di antara peraduan adalah menangi adalah percutian ke luar negara bersama AmnaHome fullboard ke Paris atau Amsterdam. Juga Zeeta Magis AuraMawar Wangian Harum Semerbak untuk selfie gambar di Istagram.

18. Peka dengan dunia perubahan.
Dunia bisnes sudah berubah terutama dengan kehadiran FB, Instagram, Youtube, Twitter, blog dan pelbagai media sosial  Ini dikatakan antara media yang paling kreatif dan inovatif pada abad ke-21 ini. Sekiranya anda ingin memanjangkan kitaran hayat perniagaan, anda perlu menggunakan pelbagai media sosial. Jangan menjadi seperti Nokia dan Kodak yang telah tenggelam dalam arus dunia perniagaan. Sama-samalah kita belajar bagaimana menggunakan teknik pemasaran media sosial.

Di sini teman ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf di atas salah silap, terlepas pandang dan terkasar bahasa sepanjang majlis berlangsung. Sesungguhnya pertemuan kita, walaupun singkat, sangat besar maknanya. Kepada yang sudi menegur, terima kasih daun keladi. Bagi yang tidak sempat teman tegur dan selfie, in Shaa Allah tahun depan kita jumpa lagi. Kita tidak bertemu untuk berpisah, kita berpisah untuk bertemu kembali. Jauh ke dekat, antara kita, yang penting kita perlu bersatu. Semoga ukhwah silaturrahim sentiasa padu dan diberkati. Amin. 

Terima kasih daun keladi buat #DenaihatiNetwork kerana masih lagi sudi menganjurkan event blogger tahun ini. Semoga ada lagi pada tahun 2017. Ini adalah antara kenangan dalam hidup yang tidak dapat teman lupakan sampai ke akhir hayat. Satu Memori bukan sekadar untuk diingat tetapi menjadi inspirasi untuk kejayaan masa depan. Semoga kita berjaya bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat, in Shaa Allah.


Kredit : Denaihati.com dan facebook teman-teman blogger.

Sekadar untuk renungan bersama :


"Tanam padi rumput ikut tumbuh, Tanam rumput padi tak ikut sama.."
Ketika kita menanam padi, rumput ikut tumbuh. Tapi saat kita menanam rumput,tidak pernah tumbuh padi.
Dalam melakukan kebaikan terkadang hal yang buruk turut menyertai. Namun saat melakukan keburukan, tidak ada kebaikan bersamanya.
Jangan pernah bosan untuk berbuat baik meskipun tidak sempurna di mata manusia, asalkan dilakukan dengan ikhlas keranaNYA, sungguh itu akan terlihat lebih sempurna pada pandangan Allah.

"(Limpah kurnia yang demikian, diberikan kepada orang-orang yang bertaqwa) kerana Allah hendak menghapuskan dari mereka (kalaulah ada) seburuk-buruk amal perbuatan yang mereka telah lakukan, serta membalas mereka, akan pahala mereka, dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.


39 comments:

  1. Memang sangat meriah sekali...

    ReplyDelete
  2. Meriah sungguh #sbb2026 tahun ni
    Dan dua kali juga saya hadir dr
    Ke sbb dt Brunei. Cuma tahun lepas
    Saya x berkesempatan.. slm kenal
    Dr saya..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..
    Event sebegini mmg bagus untuk menimba ilmu dan mengeratkan jurang yg jauh yg selama ini hanya kenal di media sosial shj.

    ReplyDelete
  4. wah, banyaknya sebab..nasib saya hadir juga ke sbb baru2 ini..memang best sangat

    ReplyDelete
  5. Best nya.... harap2 nnt dpt join...

    ReplyDelete
  6. seronoknya bertemu ramai rakan blogger di majlis yg mengongsi bnyk ilmu bermenafaat.

    ReplyDelete
  7. Ya Allah meriahnya... Tgk En.khairuddin dlm blog En.Khir yg post pasal SBB ni.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Harap dapat jumpa bro di SBB akan datang. Insyallah.

      Delete
  8. Dalam kenalan daripada rakan yang hadir sama di SBB 2016... salam kenalan...

    ReplyDelete
  9. Banyak sungguh sebab untuk ke SBB. Tunggulah SBB tahun depan pula yer :D

    ReplyDelete
  10. Nak puji ni...tak sangka encik khairuddin ni rajin orangnya...byk betul info dicatatkan dalam SBB ni ye...insyaAllah next year boleh julia join nanti jumpa semua nanti...bagus!

    Terima kasih masukkan julia dalam travel list...ternampak tadi...nak add encik dalam bloglist saya.

    ReplyDelete
  11. Best la brader Din.. Sy tak penah d jemput pun.. Huhuhu

    ReplyDelete
  12. Memang membuatkan saya jeles sebab tak dapat nak hadirkan diri ke sana untuk kenal lebih ramai blogger lain

    ReplyDelete
  13. meriah! kalau dekat mmg nak join. tapi apakan daya.. jauhh huhuhuhu

    ReplyDelete
  14. wah..meriahnya!memang best dapat kenal rakan-rakan blogger hebat macam diorang ni

    ReplyDelete
  15. memang meriah SBB2016 kali ni...sy duduk di meja bersebelahan je tapi tak berkesempatan nak berbual lama...salam perkenalan...

    ReplyDelete
  16. Sebab2 inilah yg membuatkan saya sentiasa mahu hadir... alhamdulillah, dapat bertemu lagi kita.. walaupun setahun sekali tapi kemesraan tu mmg rasa akrab di hati. Semoga persahabatan tetap berkekalan hingga ke jannah... aamiin ya Rabbalalaamiin... :)

    ReplyDelete
  17. Sempat juga kita jumpa walau sekejap

    ReplyDelete
  18. wahh..menarik sekali event ni..siap ada liputan di Astro Awani..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang best. Sekiranya ada masa anda harus join juga event ini tahun 2017.

      Delete
  19. nampak meriah, sayang tak dapat pi hari tu

    ReplyDelete
  20. salam perkenalan. harap bertemu lagi nanti. dan paling harap harap dapat bertemu ketika tengah traveling ;)

    ReplyDelete
  21. dah bayar dah.. tp xdak rezeki nak jumpa kawan2 blogger..
    ada sekolah ganti =')

    ReplyDelete
  22. dlm ramai2 blogger tu kenal anil wanina dan abe mkl jek

    ReplyDelete
  23. HARUS dah perlukan 18 sbb..klaau WAJIB..matilah 100 sbb hihih

    ReplyDelete
  24. kalau JM nk bagi 1 sbb pun gigil

    ReplyDelete