Sahom Valley Resort Agro & Eko
Sahom Valley mempunyai tiga perkampungan atau penginapan utama. Kampung Warisan, Kampung Buluh(terletak di tepi sungai), dan D'Tasik.
Selain itu, terdapat Cafe "Sahom Valley Grill House", Dewan Serbaguna dan Surau Jabad Rahmah.
Kami tinggal di Kampung Warisan. Harga satu malam adalah RM1200. Perkampungan ini menyediakan sebuah chalet utama, 4 bilik chalet berkembar, sebuah Dewan Serbaguna, ruang rehat dan riadah, bilik persalinan, ruang makan, ruang masakan, kolam mandi dan padang bersukan. Kami terpaksa ambil perkampungan ini kerana anak-anak suka kolam mandi. Anak-anak buah boleh berendam di air kolam sehari suntuk. Lagipun, mak mempunyai 8 orang anak,belum kira menantu lagi. Anak-anak buah mak pun ramai. Setiap keluarga mempunyai bilangan anak lebih kurang 5 orang anak ke atas. Kami adalah sebuah keluarga yang sangat besar bilangannya.
Selain Kampung Warisan, terdapat Kampung Buluh yang terletak di tepi sungai. Kampung ini menyediakan 8 buah chalet dan sebuah dewan sebaguna. D'tasik mengandungi 20 bilik chalet, sebuah kolam mandi dewasa dan kanak-kanak, BBQ pit dan Lounge.
Basikal Tua hiasan di Kampung Warisan
Balkoni di Chalet Utama
Kolam Mandi yang menjadi kegilaan anak-anak buah
Ruang TV
Beranda untuk lepak.
Mesin getah
Anak-anak buah teman di salah satu wakaf kampung Warisan
Chalet Utama
Kolam untuk anak-anak kecil
Ruang Dapur
Bukit, Kelapa Sawit dan Awan
Assalamualaikum....cantik juga tempat ni....tali kat mana sebenarnya ya...
ReplyDeleteKampar, Perak.
ReplyDeleteSesuai tempat ni untuk meraikan hari keluarga banyak kemudahannya.
ReplyDeleteSangat sesuai untuk hari keluarga.
Deletetempat macam ni mmg jadi kegilaan family gathering...sejukkk je kawasan dia mcm kawasan lembah...best yer abadikan diri disini...
ReplyDeleteMemang sejuk di malam hari. Sesuai untuk family gathering.
Deletebaru plan nak pegi ngn kwn2. tengkiu for the review :)
ReplyDeleteBoleh juga pi dengan kawan-kawan. Ada juga chalet di sana untuk orang perseorangan juga.
DeleteDamai tengok persekitarannya tu KK...
ReplyDeleteTeringat rumah saya tahun lewat 70an..
Begitulah keadaannya..
Air disalur melalui buluh..
Kemudian masuk kedalam kolam..
Diwaktu pagi.. sejuknya hingga ke tulang tapi menyegarkan..
Rasa nak mengulang moment saya tu disini lah KK..
Dialu-alukan.Buat famili day di sini. Boleh berkongsi-kongsi sewa.
Deletewah, boleh saya tahu rm1200 tu bayaran untuk apa ya? agak mahal juga tu
ReplyDeleteKami booking satu perkampungan. Satu Chalet utama. 4 buah rumah chalet kembar. Kami kongsi 8 buah keluarga yang besar. Untuk keluarga yang besar,berbaloi le. Kalau tak mau ada jenis D'Tasik. Harga sebuah chalet lebih kurang RM180 satu malam.
Deleteooo booking keseluruhan
Deletemenarik chaletnya...mesin getah, dah lama tak nampak..
ReplyDeleteBarang-barang lama sangat menarik perhatian teman.
DeleteCantiknya.. tak sangka kt Malaysia bnyk tmpt menarik
ReplyDeletemmg sesuai buat family day ...
ReplyDeletehmm akan konsider untuk bawa satu famili ke sini nanti
ReplyDeletewow... ada sungai dan kolam lagi.. puas haih berendam =D
ReplyDelete