Sahom Farm Retreat (SFR)
Memori indah bersama anak-anak di Sahom Village terutamanya Dr Nassier. Nassier dijangka kembali ke Melbourne untuk bertugas di sana. Terima kasih kerana menghabiskan banyak masa bersama abah. Abah menghargai setiap detik dan waktu bersama anak-anak. Doa abah agar semua anak abah berjaya dunia akhirat.
Selain aktiviti memancing atau menangkap ikan sungai terdapat pelbagai aktiviti lain. Antara aktiviti adalah seperti mandi-manda di kolam mandi, berkelah di air terjun dan melawat Kg Orang Asli. Anda boleh juga berkayak, menunggu ATV, Pinball, berbasikal, jungle treking, memanah, team building, telematch, berkaraoke, BBQ, pelbagai pilihan indoor game, menikmati buah-buahan tempatan, berjinak dengan haiwan ternakan dan meninjau burung.
Jalan menuju ke Sahom Fishing Pond
Dr Nassier bersama adiknya, Naim
Gunung ganang dengan kehijauan kolam ikan
Anak semakin besar, teman semakin dimamah usia
Terima kasih Nassier kerana menghabiskan masa dengan abah. Nassier dijangka berlepas ke Melbourne untuk berkhidmat di sana
Kenangan indah bersama Dr Nassier di Sahom Fishing Pond
Bila dapat menghabiskan masa bersama-sama anak2 memang seronok KK..
ReplyDeleteHendaknya mereka bekerja jauh dari kita kan..
Cantik permandang di kolam ikan tu..
Sekurang-kurangnya ada kenangan indah bersama anak-anak. Teman sentiasa merindui kehadiran anak-anak.
Deleteni kalau Nassier baca mesti dia terharu..hurm,lama rasanya tak pergi bercuti dengn Abah saya.dia minat memancing.menarik kalau bawa dia ni
ReplyDeleteSeorang ayah tetap merindui anak-anak walau apa sekali pun. Kadang kala, kerinduan itu terpaksa dipendam demi anak dalam mengejar cita-cita dan impian mereka.
DeleteSangat terharu membaca entri ini.
ReplyDeletemungkinkah saya kurang spend masa dengan parents... huhuhu...
Good luck Dr.Nassir...
Ramai malaysian doct kat melbourne...
Semua tak mau balik malaysia...
hu hu hu ...
samalah, rasa macam tu jugak..asal weekend je spend ngan kawan-kawan
DeleteSeorang ayah tetap merestui anak-anak walaupun apa sekali pun. Teman selalu mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak. Mahu anak-anak berjaya dunia akhirat. Kasih sayang seorang ayah tidak ada batasnya. Kasih seorang ayah dibawa sampai ke Jannah.
Deletecantik n luas kolam ikan berlatarkan alam yg ndah, selamat bertugas di melbourne dr.nasir.
ReplyDeleteDoa semoga Dr.Nassier berjaya dunia akhirat.
DeleteTiada yang kekal bersama kita.
ReplyDeleteDoa restu diiringi selalu. Yang kekal adalah Jannah. Semoga kita ketemu lagi di Jannah sekiranya ditakdirkan kita meninggalkan dunia ini.
DeleteSalam singgah sini MKL..... cantiknya pemandangan dia...
ReplyDeleteSubhanallah.
DeleteSelamat kembali bertugas buat Dr Nassier..
ReplyDeleteDoa semoga Nassier berjaya dunia akhirat. Amin, insyallah.
Deleteindah permandangannya... luang masa yg berkualiti bersama anak2 nak2 yg ddk jauh.. selamat bertugas buat anak En.khairuddin... juahnya bertugas sampai ke Melbourne... :D
ReplyDeleteTerima kasih. Rezekinya di sana. Doa agar Nassier berjaya dunia akhirat.
Deletewah tempat yang idnah ya pak
ReplyDeleteMemang sungguh indah ciptaan Allah swt.
DeleteCantiknya suasana permandangan tu... terserlah suasana desa dan menyegarkan.. :)
ReplyDeletecantik pemandangannya...selamat bertugas Dr Nassier..
ReplyDeleteTerima Kasih.
DeleteTahniah Dr Nassier!
ReplyDeleteSaya dan keluarga merancang untuk membuat family gathering di Sahom, tapi malangnya semua tarikh dah fully booked oleh orang lain :C
Semoga tidak berputus asa. Boleh mencuba lagi. Mana tahu ada rezeki kelak.
DeleteWah! Tak lama lagi mungkin dapat menantu ni MKL, mesti ramai yg berkenan, hehe...
ReplyDeleteTahniah dan selamat bertugas buat Dr Nassier!
Terima kasih atas doa itu. Mudah-mudahan.
Deletelepas ni blh kerap ke melbourne jalan2 mkn angin sambil jenguk anak ...
ReplyDeletetingin nak try ATV.. hehehe..
ReplyDelete