Wednesday 13 April 2016

Kampung Warisan Sahom

Sahom Valley Resort Agro & Eko

Sahom Valley mempunyai tiga perkampungan atau penginapan utama. Kampung Warisan, Kampung Buluh(terletak di tepi sungai), dan D'Tasik. 

Selain itu, terdapat Cafe "Sahom Valley Grill House", Dewan Serbaguna dan Surau Jabad Rahmah.

Kami tinggal di Kampung Warisan. Harga satu malam adalah RM1200. Perkampungan ini menyediakan sebuah chalet utama, 4 bilik chalet berkembar, sebuah Dewan Serbaguna, ruang rehat dan riadah, bilik persalinan, ruang makan, ruang masakan, kolam mandi dan padang bersukan. Kami terpaksa ambil perkampungan ini kerana anak-anak suka kolam mandi. Anak-anak buah boleh berendam di air kolam sehari suntuk. Lagipun, mak mempunyai 8 orang anak,belum kira menantu lagi. Anak-anak buah mak pun ramai. Setiap keluarga mempunyai bilangan anak lebih kurang 5 orang anak ke atas. Kami adalah sebuah keluarga yang sangat besar bilangannya.

Selain Kampung Warisan, terdapat Kampung Buluh yang terletak di tepi sungai. Kampung ini menyediakan 8 buah chalet dan sebuah dewan sebaguna.  D'tasik mengandungi 20 bilik chalet, sebuah kolam mandi dewasa dan kanak-kanak, BBQ pit dan Lounge.


 Basikal Tua hiasan di Kampung Warisan

 Balkoni di Chalet Utama

 Kolam Mandi yang menjadi kegilaan anak-anak buah

 Ruang TV

 Beranda untuk lepak.

 Mesin getah

 Anak-anak buah teman di salah satu wakaf kampung Warisan

 Chalet Utama

 Kolam untuk anak-anak kecil

 Ruang Dapur

Bukit, Kelapa Sawit dan Awan

19 comments:

  1. Assalamualaikum....cantik juga tempat ni....tali kat mana sebenarnya ya...

    ReplyDelete
  2. Sesuai tempat ni untuk meraikan hari keluarga banyak kemudahannya.

    ReplyDelete
  3. tempat macam ni mmg jadi kegilaan family gathering...sejukkk je kawasan dia mcm kawasan lembah...best yer abadikan diri disini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sejuk di malam hari. Sesuai untuk family gathering.

      Delete
  4. baru plan nak pegi ngn kwn2. tengkiu for the review :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga pi dengan kawan-kawan. Ada juga chalet di sana untuk orang perseorangan juga.

      Delete
  5. Damai tengok persekitarannya tu KK...
    Teringat rumah saya tahun lewat 70an..
    Begitulah keadaannya..
    Air disalur melalui buluh..
    Kemudian masuk kedalam kolam..
    Diwaktu pagi.. sejuknya hingga ke tulang tapi menyegarkan..
    Rasa nak mengulang moment saya tu disini lah KK..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dialu-alukan.Buat famili day di sini. Boleh berkongsi-kongsi sewa.

      Delete
  6. wah, boleh saya tahu rm1200 tu bayaran untuk apa ya? agak mahal juga tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami booking satu perkampungan. Satu Chalet utama. 4 buah rumah chalet kembar. Kami kongsi 8 buah keluarga yang besar. Untuk keluarga yang besar,berbaloi le. Kalau tak mau ada jenis D'Tasik. Harga sebuah chalet lebih kurang RM180 satu malam.

      Delete
  7. menarik chaletnya...mesin getah, dah lama tak nampak..

    ReplyDelete
  8. Cantiknya.. tak sangka kt Malaysia bnyk tmpt menarik

    ReplyDelete
  9. mmg sesuai buat family day ...

    ReplyDelete
  10. hmm akan konsider untuk bawa satu famili ke sini nanti

    ReplyDelete
  11. wow... ada sungai dan kolam lagi.. puas haih berendam =D

    ReplyDelete