Keunikan Pantai Bukit Kluang Besut Terengganu
Pantai Bukit Kluang adalah terletak di Kampung Bukti Keluang, Besut, kira-kira 4 km dari Pekan Kuala Besut.. Pantai ini adalah lebih kurang 4-5 km dari Pantai Air Tawar. Pantai ini adalah kira-kira 125 km dari kuala Terengganu, 60 km dari Kota Bharu dan 21 km dari Jertih.
Pantai ini adalah unik kerana terdapat struktur batuan di tepi pantai yang membentuk gua-gua kecil. Pantai ini sangat sesuai untuk sebarang aktiviti bersama-sama orang tersayang.
Di sini anda boleh berkelah di hujung minggu. Anda sudah pasti akan menceritakan memori silam di suatu masa nanti. Lebih-lebih lagi anda sudah pasti akan menitis air mata bila mengimbau kembali indah semuanya itu.
Di sini juga berlakunya pendaratan pelarian Vietnam pada tahun 70an dari kapal Hai Hong, kapal Perang Amerika dan bot-bot nelayan yang penuh sarat dengan manusia.
Terdapat gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman. Ada tandas awam dan wakaf. Anda juga boleh mendaki Bukit Keluang. Pemandangan di atas Bukit Keluang adalah sangat cantik terutama semasa sunrise dan sunset.
Terdapat juga lagun air yang cantik seperti tasik dengan alam sekitar yang bersih.
Abadikan kedatangan anda dengan kamera lensa bersama keluarga dan teman-teman.
Anda juga boleh berkelah di dalam gua. Gua-gua ini pada dahulukala menjadi tempat persembunyian lanun-lanun.
Sekumpulan pemuda sedang bermain gelungsor.
Lokasinya tidak jauh dari jeti Pulau Perhentian dan juga Pulau Redang.
Struktur pantai yang landai dan berteluk sangat sesuai dan selamat untuk aktiviti mandi manda.
Pelantar pejalan kaki yang roboh dek hakisan angin dan ombak.
CANTIK SANGAT PANTAINYA NI...
ReplyDeleteSaya ke Kuala Besut pada awal bulan April lalu... tapi tak sempat singgah di sini...
ReplyDeleteSalam singgah jumaat MKL....cantiknya pemandangan...suka tengok laut yang membiru tu...
ReplyDeleteTeringat zaman belajar dulu buat program di kem sri kluang.
ReplyDeleteberkelah dalam gua tu aktiviti rare gak tuh...bkn semua tempat boleh berkelah dalam gua...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
menarik..tak pernah sampa sini.great sharing
ReplyDeletewah tempat jalan" yang seru pak kim....
ReplyDeleterupanya di Malaysia ada pantai indah dan bersih mcm ni ...
ReplyDeletekalau berkhemah kat sini agak2 best tak...manalah tahu leh tgk penyu mendarat ke ;p
ReplyDeleteJM kalau ke pantai ni nak tembak sunset jek
ReplyDeleteFuhh seronok... nampak nyaman dan adventurous... best ni!
ReplyDeletekawasan terengganu tak sampai lagi. tah bila la dapat ke sana
ReplyDeleteInsyallah masa akan sampai. Amin.
Deletepergh, siap ada orang main luncur air.. ombak kuat ke?
ReplyDeleteOmbak memangkuat. Best bermain luncur air.
DeleteOoo "selaut" lah dengan perhentian ye
ReplyDeleteMemang selaut dengan Pulau Perhentian. Cantik ye.
DeleteSaya mmg suka laut ... hihihi
ReplyDeleteKalu SS ke pantai ni... Nak cuci mata jek.. He He He...
ReplyDeletetak pernah sampai lagi ke sini MKL...walaupun kerap juga ke Terengganu
ReplyDeletecantiknya.... boleh bookmark tempat ni bila ke terengganu... :)
ReplyDelete