Wednesday 17 April 2019

Rezeki dengan bersedekah

Oleh Noor Hidayah Hanapi

Rezeki kita di dunia fana

Artikel ini ditulis oleh Isteri teman. Saja publish di sini sebagai kenangan dan menghargai coretan isteri. Sekali sekala kita mesti menghargai isteri dalam apa juga bentuk sekali pun. Sedikit pun jadi le. Atau teman kehabisan modal untuk menulis di blog. Dua-dua pun ya. Yang penting isteri tercinta dapat pahala bila orang mendapat manfaat daripadanya.
    
Post ni bukan untuk riak..awasssss siapa kata gua riak..cuma nak cerita tentang sedekah bukan makin mengurangkan harta sebaliknya allah ganti dengan nikmat yang lain
Malam tadi makan dengan lao kong, datang sorang makcik berbaju kurung berumur lingkungan 60an bawak plastik kerepek yg berat di kedua2 belah tangan
Makcik datang dari satu meja ke satu meja jual kerepek, ada yang beli dan ada yang sekadar menggeleng..ye la kita paham orang masing-masing ada kekangan
Tiba kat meja kami asalnya nak geleng jugak sebab gua pun tokey kerepek buat apa beli..tapi bila tengok muka makcik yang suci bersih tu tetiba rasa sedih sangat..tetiba terus teringat pada mak kat kampung
Ya allah dalam usia macam tu, kalau tak kerana beliau bukan perlukan duit tak kan sanggup beliau bawak plastik yang berat2 tu berjual dari satu meja ke satu meja
Persetankan dengan kata2 “buat apa beli depa tu ada org atas yg taja..orang atas yang untung”
“Hello, kalau tak nak beli diam2 je..jangan sampai gua bahasakan dengan kata2 berbisa”
Gua pun beli la sikit..dah lama2 tu rasa menyesal pulak tak hulur lebih, tak pe la inshaallah lain kali
Balik je rumah tengah rehat2, masuk order kawan-kawan nak 4 helai tudung bokitta, 4 pasang telekung tpo classic untuk waqaf
Masa tu terfikir besarnya rahmat Allah, gua sedekah sikit je tapi Allah balas dgn rezeki yang berganda
Subhanallah❗️Alhamdulillah❗️Allahuakbar❗️

8 comments:

  1. Betul tu alhamdulillah..lama xlawat blog ni

    ReplyDelete
  2. memang sedih tengok org2 tua berniaga kerepek..membeli sambil membantu mereka meneruskan kehidupan..

    ReplyDelete
  3. Subhanallah.. bersedekah membuka pintu2 rahmat. Moga sama2 kita sentiasa dimurahkan rezeki berlipat ganda.. aamiin.

    ReplyDelete
  4. SUBHANALLAH BERSEDEKAH MMG MEMBAWA BERKAT

    ReplyDelete
  5. mmg benar org bersedekah (sedikit or byk) tidak pernah rugi... itu janji Dia

    ReplyDelete
  6. selamat berpuasa abang MKL. Semoga dapat kumpul pahala banyak-banyak di bulan mulia ni

    ReplyDelete
  7. semoga istiqamah dalam bersedekah..

    ReplyDelete