Monday, 3 June 2019

Impian lama tercapai apabila ke Tasik Bled, Solvenia

Tasik Bled,Solvenia

Oleh Noor Hidayah Hanapi


 Tasik Bled


Cinta berjaya mendaki ke Mala Osojnica untuk melihat Tasik Bled dari atas bukit

Semenjak dari trip Balkan bulan Disember 2018 lagi gua dah termimpi-mimpi Tasik Bled yang terletak di Slovenia ni. 
Tapi masa tu disebabkan kesuntukan masa, gua terpaksa melepaskan destinasi idaman gua tu.
Alhamdulillah trip Mei-Jun 2019 gua berpeluang berkunjung ke Tasik Bled, Slovenia ni..berpikir-pikir masa  buat itinerary tu sempat ke berbaloi ke, arghhhh redah je lah..tak cuba tak tau.
Alhamdulillah walaupun cuaca hujan dan mendung gua dan lao kong berjaya menjelajah tasik Bled.
Lake Bled ini terletak di bandar Bled, lebih kurang 55 kilometer dari Ljubljana, ibu negara Slovenia.
Tasik ini terhasil apabila glasier yang melitupi lembah ini mencair disebabkan oleh pemanasan global dan pergerakan muka bumi puluhan ribu tahun dahulu. Perubahan ini membentuk Tasik Bled, Tasik Bohinj dan sungai-sungai di persekitarannya.
Air dari glasier ini menjadikan tasik dan sungai-sungai di sini jernih dengan warna biru kehijauan.
Di tengah-tengah Tasok Bled  terdapat sebuah gereja yang mana kita boleh datang ke situ dengan menaiki bot atau mendayung sendiri.
Gambar diambil dari Mala Osojnica..terpaksa hiking dalam 30 minit untuk  sampai ke sini..tapi gua mendaki separuh jalan je sebab dah nak masuk waktu berbuka puasa masa ni

11 comments:

  1. Selamat berpuasa en khairul...dh masuk list blog tuan juga...slamat hari raya 😀

    ReplyDelete
  2. Cantiknya pemandangan di sana.
    Selamat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin..

    ReplyDelete
  3. Terbaik!.. salam Aidilfitri.

    ReplyDelete
  4. subhanAllah...cantik sangat!
    trip ke negara Balkan..dlm wishlist, ntah bila impian nak tercapai.

    ReplyDelete
  5. Cantiknya pemandangan...

    ReplyDelete
  6. subhanallah. Cantik.
    Saya dah masukkan list tuan khairul dalam list blog saya

    ReplyDelete
  7. Tq for sharing... Next trip saya nanti, boleh la rujuk juga blog ni nanti

    ReplyDelete
  8. Subhanallah cantiknya tasik Ni.. color dia tu

    ReplyDelete