Wednesday, 7 August 2013

Day 2 : Pulau Sabang-Weh

Hari kedua (Sabtu,27 Julai, 2013) PULAU SABANG-WEH.

Pulau sabang-Weh pusat syurga bagi snorkeling dan diving. Kami bertolak seawal jam 7 untuk mengejar feri jam 8.00 pagi untuk ke Pulau Sabang-Weh. Jauh dari hotel Rumoh PMI,tempat penginapan kami adalah kira-kira 4 km.  Kos untuk ke sana adalah  Rp 65,000=Rm19.50  kelas ekonomi. Perjalanan mengambil masa sejam dari Pelabuhan  Ulee Lheue (Banda Aceh). Feri menunggu sehingga jam 9.00 baru bertolak pada hari itu. Sekiranya tertinggal feri, ada lagi trip kedua pada jam 4 petang.  Kami naik feri cepat mengambil masa selama sejam. Feri itu bernama Kapal Cepat ML.Express Bahari. Ada feri lambat mengambil masa dua setengah jam ke Balohan( Pulau Weh) yang membawa bersama  penumpang dan kenderaan.

Akhirnya, kami selamat tiba ke Pelabuhan Balohan (Pulau Sabang-Weh). Sebaik keluar dari pelabuhan, kami disergah oleh tuan punya Kijang untuk menawarkan perkhimatan ronda-ronda Pulau Sabang-Weh. Tawar menawar berlaku dan akhirnya pakej kami adalah Rp400,000=Rm120  yang termasuk menghantar kami ke tempat penginapan di Freddies Sumur Tiga. Lawat laman web: http://www.santai-sabang.com untuk keterangan lanjut. Akhirnya, beliau akur menghantar kami kembali ke pelabuhan Balohan pada hari berikutnya.

 
Kami membuat pertimbangan berikut ada pihak yang menawarkan sehingga Rp500,000 =Rm150 termasuk driver untuk ronda Pulau Sabang sahaja. Ada juga pihak yang caj pengangkutan berasingan dari feri ke resort Rp25,000=Rm7.50 seorang. Dari resort ke feri ada pihak yang mengenakan caj sebanyak Rp 20,000 =Rm6.00seorang.  Menurut anak saya yang belajar di Jojakarta, harga barangan telah melonjak naik sejak bulan Julai 2013. Dahulu ada blogger yang mendapat Rp200,000 =Rm60(harga 23 April,2012). Perbandingan saya adalah dahulu harga seekor ayam adalah Rp24,000=Rm7.20 tetapi sekarang (Julai, 2013) adalah Rp40,000=Rm12. Ini bermakna harga ayam telah naik 67% di Jogjakarta. Maka harga yang diberikan kepada saya adalah 100%. Sepatutnya pengangkutan yang ditawarkan mestilah antara Rp300,000 =Rm90 hingga Rp350,000=Rm105. * Manalog hatiku berkata-kata : Saya rasa dah kena kencing. Itulah diskriminasi harga. Sepatutnya pandai tawar menawar. Redha je,dah rezeki mereka daripada kami.


Saya telah dilatih mempertahankan kebenaran dan keadilan. Saya tidak suka orang mengambil kesempatan dan bersikap lintah darah.  Ini akan menekan dan menindas orang lain dan seterusnya akan meruntuhkan suatu tamaddun bangsa dan negara. Kebenaran dan keadilan ialah dua istilah yang saling lengkap menglengkapi. Jika kebenaran tersingkap, maka wujudlah keadilan. Sebaliknya jika kebenaran diselindung dan dimanipulasi, maka keadilan tidak akan wujud selamanya.

Dalam konteks kelangsungan peradaban dan kemajuan sesebuah bangsa berdaulat, kebenaran dan keadilan dalam aspek kehidupan seharian satu kemestian. Inilah ditegaskan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW kepada umatnya. 
Sekiranya perundangan tidak dilaksanakan dengan telus, kebenaran pula dimanipulasi dan keadilan dikesampingkan, maka ia adalah detik-detik kehancuran peradaban manusia. Masyarakat tidak lagi percaya dan yakin dengan sistem perundangan yang rosak serta pemerintahan yang zalim.


Allah SWT berfirman bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalau orang itu kaya atau miskin maka Allah lebih tahu keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu untuk berbuat tidak adil. Dan jika kamu memutar belitkan keterangan ataupun enggan (menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Nisa, ayat 135)
Natijahnya masyarakat akan menyelesaikan masalah masing-masing dengan caranya tersendiri seperti pemberontakan, pengeboman, keganasan dan demonstrasi secara kekerasan. Justeru, ada dua persoalan penting wajar diberikan perhatian demi kelangsungan peradaban manusia berpaksikan kebenaran dan keadilan.

Kami bertolak dari pelabohan Balohan dan tempat persinggahan pertama adalah Danoe Laut. Ini merupakan tempat takungan air untuk membekalkan air minuman ke serata tempat di Pulau Sabang-Weh.


Danoe Laut

Dalam perjalanan ke tugu Kilometer Nol (kilometre 0), kami telah melalui dua buah kota. Kota atas menempatkan pejabat-pejabat kerajaan dan terletak di atas bukit. Kota bawah mempunyai pantai, rumah-rumah, tempat-tempat rekreasi dan kedai-kedai.* Manalog hatiku berkata-kata : Driver yang asal tak ambil, dia pass kat kawannya. Dikatakan sepupu sepapat nya. Itu saya tak kisah sangat dan pemandu pelancongan ini baik orangnya.si A nama diberi. Berlagak sungguh bosnya.

Perjalanan ke Tugu kilometer  Nol, jalannya kecil,sunyi-sepi dan bengkak bengkok. Menyeramkan  bagi perempuan yang mengembara secara solo. Menurut si A, pernah pelancong suami isteri dari Jakarta meminta kembali ke pelabohan Balohan kerana takut dirompak dan diapa-apakan dengan suasana yang menyeramkan. Tambahan si A nampak ganas dan kasar orangnya tapi baik hati. Terdapat monyet di bahu kiri kanan jalan berkeliaran. Tugu Kilometer 0 adalah kira-kira 15Km dari kota Sabang. Kami tiba ke tugu kilomete Zero (titik Nol) sebuah tugu yang menandakan tempat paling hujung dalam negara Indonesia yang menjadi awalan kilometre untuk kepulauan Indonesia keseluruhannya. Ia terletak di hujung Pulau Weh, hujung Sumatera dan titik paling hujung sekali.

Pandangan Atas Tugu Kilometer 0

Papan Perasmian Tugu Kilometer 0

Kami berjalan di sekitar tugu kilometer 0. Saya suka pemandangan di pinggiran pantai. Mak terjumpa sebuah pondok yang belum siap sepenuhnya. Mak meninjau akan pondok itu. Mak melihat-lihat dan bertanyakan mana ada jalan untuk masuk ke kedai itu. Pondok dibina di atas batu dan pokok yang beratus tahun usianya. Tiangnya ke tepi tebing yang curam. Jalan menghalang ke pondok dihalang oleh batu besar , akar kayu dan batang pokok yang beratus tahun usianya. Mak  berfikir sedemikian kerana mak itu otak bisnes. Mak berniaga sampai sekarang. Usia mak  70 tahun. Kita boleh mendapatkan jawapannya sekiranya saya bertandang ke tempat ini lagi pada masa depan. * Manalog hatiku berkata-kata :Bermula dari sini, bos si A kerap menghubunginya. Muka Si A berubah setiap kali bos menghubunginya. Tapi Si A tenang orangnya. Dia berasa simpati dengan pelanggannya.



Pantai Kilometer 0

Laut Kilometer 0

Hutan belukar Pantai Kilometer O 


Pandangan Sisi Pondok

Akar Kayu Menghantui Pondok Berniaga

Adakah ini jalan masuk ? : Jenguh Mak Fikir

Pepohon indah nan damai

Selepas itu, kami ke Iboih tempat syurga bagi snorkeling & diving. Pemandangannya cantik dan menusuk sukma mata yang memandang. Di seberang ternampak jelas Pulau Rubiah,Rubiah Sea Garden. Rubiah adalah pulau di seberang pantai iboih. Kita boleh menyewa bot ke Pulau Rubiah yang tidak ada penghuni mengambil masa 2 jam untuk mengitarinya. Kita boleh memancing ikan batu karang yang berwarna-warni. Di sini terdapat satu deretan kedai. Ada jual fridge magnet (FM). Tak beli pasal tak berkenan.  Pantai Iboih adalah pintu gerbang keindahan nusantara dan digelar Pulau Weh ‘s Hiddden Paradise. Airnya sejernih Kristal hjiau kebiruan sampai nampak dasar dan adalah kira-kira 5 km dari kota Sabang.



Pantai Iboih

Kapal Penumpang ke Pulau Rubiah


Pulau Rubiah di seberang Pulau Iboih

Batu kelikir Pantai Iboih

Damai itu indah

Air laut yang tenang

Deretan Perahu 

Bagai lukisan di kanvas

Pulau Rubiah nun di Seberang

Menjala ikan

Ibu MertuaKu

Kanak-kanak riang ria bermain

Hatiku tenang

Masjid di Pantai Iboih

Deretan Kedai di Pantai Iboih

Pepohon Ru Dan Perahu

Buaian : Buai Laju-Laju

Pantai Gapang adalah destinasi yang berikutnya. Pantainya bersih dan air laut yang kehijauan dengan laut yang kebiruan.  Sepasang  Mat Salleh tengah membaca buku dan bermain ping pong di tepi pantai seperti bermain badminton. Bola ping pong tidak hanyut di gigi air. Bat ping pongnya besar dari yang biasa dan terlupa nak mencarinya di Banda Aceh. Mungkin tahun 2014, kami akan ke Tanah Abang, Jakarta, mungkin ada di sana.

Membaca di Pantai Sabang

Kereta Sewa Kami : Kijang

Memori Indah

Bermain Ping Pong Di Pantai

Dalam perjalanan,menyuruh si A ke tempat air terjun dan kolam air panas. Si A mengatakan bahawa perlu berjalan kaki masuk tempat air terjun selama satu kilometre dan perlu memanjat batu-batan untuk sampai ke sana. Bulan ini bulan ramadhan. Jadi batalkan niat.  Niat hendak ke kolam air panas, Simpang Balok yang  dikatakan air kering dan kolamnya kecil dan jalan tidak berapa elok. * Manalog hatiku berkata-kata : Bosnya asyik call je. Entah apa diomongnya dalam bahasa Aceh. Saya rasa ada sesuatu yang tak kena. Parah. Lari.

Saya minta si A berhenti di spot pantai  yang menarik.  Kami berhenti di Peria Laut. Pemandangannya indah dengan batu batan beranika jenis dan warna, air laut, langit, rumput,beburung dan pohon-pohon renek.


Pantai Peria Laut


Batu-batu kelikir


Pondok Peria Laut


Batu-batan beranika jenis dan warna


Di celah-celah batu ke arah Pantai Peria Laut


Pepohon Renek

Kemudian kami singgah ke Pulou Klah. Cantik bagaikan lukisan di sebuah kanvas, Begitu cantik yang sukar digambarkan. Pemandangan kami adalah ke arah sebuah pulau.* Manalog hatiku berkata-kata :Bosnya tak jemu-jemu bercakap dengan anak buahnya di talian.

Pulou Klah

Nun di Kejauhan


Panorama Pulou Klah



Pulou Nan Sebatang


Pinggiran Pantai Seberang Pulou Kloh



Dari sini kami ke Kota Sabang. Banyak kedai tutup sempena bulan puasa. Kami singgah di kedai cenderahati. Mak membeli FM Kota Sabang. Sekeping FM berharga Rp10,000=Rm3.00 dan saya rasa agak mahal. Saya tidak membeli FM.



Fridge Magnet Kota Sabang


Saya sempat singgah ke kedai kain baju.  Saya beli dua helai baju yang bercorak garisan. Banyak tempat di Asia telah saya jelajahi dan banyak kedai kain baju yang telah dilawati, dua helai ini yang berkenan di hati. Satu helai berharga Rp 70,000=Rm21 dan satu lagi Rp90,000=Rm27. *
Baju Warna Putih Murah Sikit

Manalog hatiku berkata-kata :  Bosnya tak jemu-jemu talipon anak buahnya, nak kena penampar bosnya itu. Aku tukul otaknya. Kasihan si A, serba salah dibuatnya.



Panorama Kota Sabang

Dari Kot Sabang bawah, kami terus ke Benteng Jepun. Bekas peninggalan Jepun dan dapat view atas ke bawah. Ini adalah tempat pertama Jepun berlabuh sewaktu menawan Indonesia. 


Lubang masuk ke Benteng Jepun


Bekas Tempat Meriam Jepun

Pandangan Dalam Kubu Ke Arah Laut. Di sini Jepun Menembak Ke Arah Musuh.


Pemandangan Lautan dari Kubu Jepang


Mana Kau Tentera Jepang


Tugu Peringatan Benteng Jepang


Pohon Menjalar Benteng Jepun

Bos si A terus memanggil, si A terus menghantar kami ke teratak Freddie Santai Sumur tiga. Alasannya Ibu nampak kepenatan dan masa untuk kami berehat. Berotak hang le. Angin sungguh saya. Kalau saya angin, saya terus diam, dan terus masuk ke paras iceberg dan buat endah tak endah je. Saya buat tak layan je. Saya berasa tertipu pasal janji bos tadi satu hari sampai ke malam. Cuba kita kira saya bertolak dengan feri jam 8.30 pagi dan sampai jam 9.15 pagi. Sampai ke Freddie jam 3.00 petang. Cuma guna service si A  4 jam 45 minit sahaja. Dasar penyangak sungguh. Saya rasa bosnya nak mengejar trip kedua pasal feri sebelah petang dijangka bertolak jam 4.00 petang dari pelabuhan Ulee Lheue. Tapi di mata si A nampak sungguh bersimpati dan kami telah menjadi mangsa keadaan perniagaan yang tidak jujur. Hari ini hari awak dan berharap pembaca akan berhati-hati dengan pengalaman saya. Harap buku bertemu dengan ruas pada suatu masa nanti.   

Bukankah Hiduplah, engkau sesuka hatimu kerana engkau pasti mati. Bukankah Cintailah apa sahaja yang  engkau kehendaki kerana engkau pasti akan berpisah dengannya. Bukankah Lakukanlah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau akan dibalas mengikut amal perbuatanmu.( Imam Al.Ghazali)  Pedoman popular aku,ayat penyedap jiwa dan raga. 
Pohon-pohon nyior

Dewan Makan Freddie

Ruang Tamu Bilik Sewa Kami


Chalet Freddie

Saya jenis yang berfikiran positif,dan menolak kejadian itu ke paras minda bawah sedar. Saya boleh lupa pengalaman itu dalam sekelip masa sahaja tetapi kekal segar dalam memori lipatan sejarah hidup, Saya terus bersyukur kerana dapat menginap di Freddie. Freddie diumpamakan little piece of paradise sebaik sahaja mata memandang hati terpaut. Memang cantik dengan tebing tinggi yang curam, berbukit bukau dan batu-batan di sekeliling pinggiran pantai. Saya suka bunyi ombak yang akan menemani sepanjang malam. Pohon nyiur yang melambai-lambai. Kicauan camar laut yang mengasyikkan dengan pasir pantai yang memanjang keputihan.

Sepi itu indah

Tebing tinggi yang curam

Pantai Freddie

Musola Freddie


Pepohon di laut Freddie

Kami booking family room menghadap sea view, 3 orang dalam satu unit. Malah ada empat katil sekali. Harga sebilik Rp 265,000 (RM84). Selepas dikenakan cukai menjadi Rp296,800(Rm94). Kadar ini kadar baru berkuatkuasa 1hb April,2013. Bosnya, Freddie orang putih dari Afrika Selatan. Makanannya halal kerana pekerja serta tukang masak penduduk tempatan yang beragama Islam.  Tempat penginapan Freddie diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi, buatan Aceh semata-mata dan seninya begitu halus sekali. Tanpa melengahkan masa, saya terus meronda-ronda di sepanjang pantai menghadap ke selatan yang mempunyai pasir pantai yang memutih. Pantai kepunyaan Freddie dipenuhi dengan batu-batan besar dan kecil beranika saiz dan warna. Pemandangan ke arah laut sungguh indah sekali. Pantai Sumur Tiga menjadi destinasi pelancongan yang mesti dilawati dan diterjemahkan bermaksud pantai dengan tiga perigi.


Bilik Kamar Freddie

Kemudahan Dalam Bilik


Pejabat Freddie

Pantai Sumur Tiga sungguh indah di kala waktu senja apabila mentari melabuhkan tirainya. Saya ingin berenang tapi memandangkan waktu berbuka hampir tiba. Sang Isteri ingin membeli air kelapa serta kuih muih tempatan. Akhirnya, kami menyusuri jalan menghala ke utara tempat penginapan Freddie.  Kami terus berjalan hampir sampai ke pekan kecil Sumur tiga. Kami dapat membeli 4 bungkus air tebu (Rp5,000 sebungkus : RM 1.50 sebungkus) dan kuih tempatan (Rp1,000 sekeping : 0.30 sekeping).

Flora dan Fauna


Berdaunkan nipah

Begitu Menusuk Sukma

Pohon Nyiur Melambai-lambai

Cantik menawan

  Air laut yang tenang


Begitu Menusuk Sukma

Kami  masak sendiri dengan rice cooker. Ada lauk ikan masin yang dimasak di Malaysia, Serunding ikan masin kering dan  lauk tin kupang. Mak juga menyiapkan minuman asam boi. Kami berbuka dan bersahur secara sederhana.

Pantai Freddie 


Pantai Menghala ke Selatan dari Pantai Freddie


Damai itu indah

Pada malam hari saya agak kepanasan tetapi saya tidur nyenyak ditidori alunan irama ombak pantai yang menghempas-hempas sukma saya. Saya ingin bangun awal pagi untuk berenang di tepian pantai seawal jam 7.00 pagi.

6 comments:

  1. Boleh diving tnpa lesen tak??

    ReplyDelete
  2. sy tak sempat berkunjung ke pulau sabang.
    rugi pulak rasanya.
    cantik view. :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Boleh tak share berapa bujet untuk ke sini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Selamat siang kawan traveling Kami rental mobil dari Banda Aceh Dan Sabang menawarkan jasa transport dan paket tour
    antara lain :
    Overland Banda Aceh & Sabang
    City tour banda aceh dan sabang
    Droop in out hotel di Banda Aceh dan Sabang
    Droop airport Bandara Sultan Iskandar Muda
    Kunjungan Dinas
    Family Gathering
    Event Organizer
    Wisata Religi
    Rental Mobil + Supir
    Unit tersedia :
    Innova
    Avanza
    Ayla
    Elf 11 s/d 18 seat
    untuk selanjutnya info dan reserpasi
    Rental Mobil B.Aceh & Sabang
    Jln Kasturi no 58 Kampung Keuramat Banda Aceh .
    Call +6281263979828
    WA .+6281263979828
    FB www.facebook.com/muchsin.mustafayatim
    email . keretasewaacheh2017@gmail.com
    "kepuasan konsumen suatu kebanggaan bagi kami"

    ReplyDelete