Wednesday, 7 August 2013

Day 4 : Banda Aceh- Kuala Lumpur

Hari Keempat (29hb Julai,2013) BANDA ACEH-KUALA LUMPUR.

Kami bersiap sedia menunggu En.Safriyal, pimpinan hotel untuk menjemput ke Pasar Aceh. Kapal terbang dijangka berlepas pada jam 11.30 pagi ke LCCT, Kuala Lumpur.

Mobil Hotel Rumoh PMI

Dalam perjalanan kami sempat singgah lagi ke Kedai Anugrah Souvenir.  Saya ke sini kerana ingin menukar kopi luwes Gayo yang tidak boleh diminum oleh umat Islam. Menurut Cinta, cara proses kopi itu adalah najis.  Musang akan memakan biji kopi dan berak kembali biji kopi itu. Ini dikatakan najis.  Kopi luwes Gaya berharga Rp50,000 (Rm15). Saya tukar kepada satu paket kopi Cofffee Anugrah Aceh yang asli (harga Rp25,000=Rm7.50). 3 key-chain (harga Rp5,000 setiap satu=Rm1.50) dan 1 bungkus kuih bahulu Aceh (harga Rp10,000). Bahulu aceh di kenali sebagai Bhoi. Sama seperti Malaysia, biasanya dihidang bersama kopi aceh hangat.




Pekedai itu siap bagi satu key chain sebagai hadiah. Cewek itu manis orangnya, putih dan mesra. Badannya ramping serta senyumannya manis. Mampus karang bini gua baca. Bini gua lagi cun wahai pembaca budiman.Tapi tegas dan serius sikit le adakalanya.








Pengurus Kedai Anugrah Souvenir

Bini gua pun beli lagi 2 beg duit keluaran Aceh di saat-saat akhir . (satu harga : Rp35,000=Rm7.50 warna coklat dan satu harga : Rp50,000=Rm15 warna merah hati). Saya pun beli  beg duit keluaran Aceh. Diskaun lagi brother.



Kami berangkat ke airport kira-kira jam 10.00 pagi. Kami terus check in. Luggage check in cukup-cukup 20 Kg. Kami beli 20 Kg je. Yang lain semua cabin luggage. 3 cabin luggage. Air port tax setiap orang Rp100,000=Rm30.  Alamak bini gua tertahan semasa imgresen check up. Cinta terbawa rencong (keris Aceh) dalam cabin luggage. Cinta tak sedar. Pada pagi itu, terlintas di hati saya mana letaknya rencong yang dibeli semalam. Cari punya cari terjumpa tersorok jauh ke dalam cabin luggage. Nasib baik tak dirampas. Disuruhnya kami ke kaunter pendaftaran dan masuk ke dalam check in luggage.Nasib baik dan boleh disimpan sebagai kenangan di hari tua. Kedua-dua pegawai imgresen itu sungguh baik hati dan berbudi bahasa.   

Kami tiba ke LCCT, Kuala Lumpur jam 1.10 tengah hari. Tadi bertolak jam 11.50 pagi. Penerbangan mengambil masa 1 jam 20 minit.Saya bayar parking lebih kurang Rm56. Last but not least, I love Aceh. Saya akan datang lagi. Masyarakat Aceh berpegang teguh kepada syariat Islam. Terima kasih Aceh kerana menyambut kedatangan kami pada bulan Ramadhan yang barakah.

Di kala penulisan ini siap dicoret. Ogos 8, sehari sebelum lebaran. Puasa terakhir di bulan ramadan 1434H. Di saat Ramdhan kian pergi.  Aku masih mengusung diri. Melihat sekeliling. Mencari erti hidup sebagai hamba illahi. Adakah aku  akan temui ia kembali? Sungguh aku merindui. .Andainya ini ramadhan terakhirku...pasti aku kecewa...kerana aku hamba yang penuh dosa dan noda. Ramadhan yang bakal pergi kita tangisi, syawal yang bakal tiba kita syukuri.

Setelah berpuasa, ulat menjadi kupu-kupu, setelah berpuasa, ular mendapatkan kulit baru, kita setelah sebulan berpuasa, akan menjadi atau mendapat apa? Renungan di hari terakhir puasa.

Kesedihan meninggalkan Ramadan hanya bernilai sekiranya amalan mulia seperti tilawah, tahajjud, pemeliharaan budi pekerti dan tutur kata sepanjang Ramadhan terus diamal tanpa henti. Kini, Syawal menjelang lagi, untuk dirai bagi menzahirkan kesyukuran kembali pada fitrah insani. Kami sekeluarga mendoakan agar seluruh amalan kita di bulan Ramadan diberkati dan diterima Rabbul'Alami. Andai jemari tak sempat berjabat, andai raga tak dapat bertatap, seiring beduk yang menggema, seruan tabir yang berkumandang, ku aturkan salam menyambut hari lebaran. Jika ada kata serta khilafku membekas lara..mohon zahir dan batin terutama buat isteri dan anak-anak:

Manalah tahu,
TERsilap bicara,
TERmarah yang tak kena,
TERtanya tak tentu hala,
TERsasul yang tak sengaja,
TERpukul kat mana-mana,
TERpekik di telinga,
TERhantuk di kepala,
TERpinjam harta-benda,
TERmoody tak semena-mena,
TERumpat bila-bila,
TERmacam-macam lagi
yang kena mengena. 

Ya Allah pertemukan hambamu ini dengan ramadhan berikutnya, dan terimalah segala amal ibadah kami pada ramadhan ini. Ya Allah, permudahkan urusan amal dan ibadat kami.  
Selamat Hari Raya Aidilfitri, 9 Ogos,2013.

Last but not least, How fast does time fly,when you ask the wind..it has no reply...when you ask the moon it somehow seems so shy...when you seek the sun....a flower dies....How fast does time fly....written on our faces, regrets and cries...when a sincere hello sounds like a sad goodbye.




DESTINASI YANG AKAN DATANG
Destinasi ini tidak kami lawati. Insyallah, kami akan melawat destinasi berikut sekiranya diizinkan Allah SWT.

a)    Pantai Ujong Pancu, Muzium Cut Nyak Dien House, Pucok Krueng Cave Swimming Pool,dan Irigasi Swimming Pool di KEC.Lhoknga. Pantai Loknga dan Pantai Lampuuk,juga terletak di kawasan ini. Kami tidak sempat melawat kedua-dua pantai itu. Pantai Lampuk adalah untuk santai dan boleh melihat matahari terbenam. Pantai Loknga adalah untuk surfer meluncur. Pantai itu terletak kira-kira 1 km dari Banda Aceh.

b)    Selain itu,Seuhom Waterfall di SEC. Sukamakmur. Indraparta Fort, Iskandar Muda Fort, Pantai Ujong Bate, Lhok Me/Pasir Putih, Inong Balee Fort dan Ie Suum hot Spring di SEC Kuta Baro. Semua tempat di terletak di Banda Aceh.

c)    Kita juga boleh melawat Jantho City di KEC Lembah Seulawah. Terdapat Seulawah Hill, Seulawah Mountain dan Saree Elephant Training Centre.

d)    Melabuh, Aceh barat:  sebuah Bandar yang teruk dilanda tsunami dan adalah kira-kira 8 jam dari Banda Aceh. Melabuh terkenal dengan pantainya yang indah seperti Pantai Cemara, Pantai Balee Puteh, Pantai Suak Ribee dan Pantai Lhok Bubon.

e)    Dingin-dingin Asyik di Lembah Brayeun, Aceh Timur. Perjalanan adalah sejam dari Kota Banda Aceh. Brayeun adalah sebuah desa di kecamatan Leupung.

f)     Takengon, tengah Aceh : Dikenali sebagai Countryside above the clouds.(negeri di atas awan) Ia terkenal dengan kopi Arabika dan ikan. Kota Takengon terletak di sisi Danau Laut Tawar, di tengah-tengah wilayah provinsi Aceh. Kawasan ini merupakan dataran tinggi yang berhawa sejuk dengan ketinggian sekitar 1200 m di atas permukaan laut. Pencinta alam boleh memanjat Gunung Berapi yang sungguh indah pemandangannya.

g)    Tapaktuan, Selatan Aceh : Terdapat pantai untuk meluncur dan air terjun yang cantik. Dilabelkan sebagai The prettiest town in Sumatra. Wilayah ini terkenal dengan pengeluaran buah pala, jadi tidak ada sebab mengapa tugu-tugu peringatannya berbentuk buah pala.

h)    Katakan Cinta di Bukit Cinta, Aceh yang merupakan salah satu kawasan di Taman Nasional Gunung Leuser. Pemandangan bukit yang sangat cantik. Objek wisata alam yang tidak jauh dari Kutancane, yang sangat indah pemandangan dan sejuk suasananya. Kutancane adalah bandar paling selatan Aceh.

Anda boleh juga menaiki bas dari Aceh ke Kota Medan, yang terkenal dengan masyarakat Batak, Brastagi dan Tasik Toba. Selain itu, saya teringin belajar masak Aceh pada suatu masa nanti dan jika anda ingin juga berbuat demikian boleh menghubungi Muhajir (Tour & Travel Dept), SMK Negeri 1 Banda Aceh, Jalan Sultan Malikul Saleh, Lhong raya, Banda Aceh. Tel : +62-812 1955 3533, Email :ajiermr@yahoo.com. Kita boleh melawat kedai gunting yang terletak di Jalan Twk.Mohd. Daudsyah yang dikatakan fun fact oleh Dinas Kebudayaan dan Pariwisata Kota Banda Aceh. Kita boleh juga merasai inai di tangan atau di kaki, tattoo tradisional Aceh.  Jika kita punya niat baik, Allah S.W.T. selalu memberikan jalan. Insyallah. 

RUJUKAN
  • Aceh travel guide-wikitravel
  • Dinas Kebudayaan dan  Pariswisata Kota Banda Aceh (2011), Panduan Perjalanan anda di Banda Aceh.
  • Halidaernita. Wordpress.com
  • Hobibla.blogspot.com
  • Galleryaceh.blogspot.com
  • Museumtsunami.blogspot.com
  • Resep.acehnet.org
  • Sabang travel guide-wikitravel
  • Supermengmalaya.blogspot.com
  • Takegon travel guide-wikitravel
  • Travel.detik.com
  • wenyi920.pix.net
  • wwwlonelyplanet.com 
  • wwwlestariheritage.net
  • wwwinloveindonesia.com
  • wwwfakhrullah.wordpress.com
  • wwwberita8.com
  • wwwkfk.kompas.com
  • wwwfoodspotting.com

2 comments: