Wednesday, 7 August 2013

Day 3 : Banda Acheh

Hari ketiga (28 hb Julai, 2013)  BANDA ACEH

Pada awal pagi, saya agak mamai dan keletihan. Mungkin selimut ajaib tidak berada di sisi saya. I really miss Mr Magic Selimut.(Biovelocity Sleepmate untuk terapi tidur) Lagi pun, kami akan dijemput pada jam 8.00 pagi sebagaimana dijanjikan. Memandangkan hempasan badai ombak begitu mengganas saya batalkan niat,mungkin di hari akan datang. Saya akan kembali ke pantai Sumur Tiga. Saya suka Aceh yang berjaya menambat hati saya dan mendapat tempat  dalam  senarai destinasi masa depan.

Kami dijemput oleh sebuah van, orang yang tidak dikenali. Kata pemandu van, bos semalam tak dapat menjemput kami. Ini mungkin strategi perniagaan, walhal dia berjanji menjemput kami. Nasib  baik saya tidak membayar awal. Prinsip yang harus kita pegang, bayar apabila kerja itu telah selesai. Van itu berhenti di beberapa tempat untuk mengambil penumpang dan akhirnya tiba ke pelabuhan Balohan jam 8.00 pagi. Pemandu van itu mengatakan dia mewakili bos semalam mengutip duit Rp 400,000=Rm120. Begitulah cara melayan pelanggan lebih-lebih lagi tetamu asing. Adakah bisnis begini akan berpanjangan? * Refleksi : Lain kali kena buat survey dahulu. Sepatutnya bertanyakan En. Safriyal, pimpinan Hotel Rumoh PMI terlebih dahulu. Ini tidak, terus ambil dari ulat kutu yang berkeliaran  di pelabohan Balohan. Saya tidak menyalahkan orang lain, salah diri sendiri. 

Kami terus bergegas ke kaunter pelabuhan Balohan. Kami berjaya mendapat tiket executive berharga Rp75,000.(RM25), feri cepat. Tiket ekonomi telah habis dijual. Kami tiba ke pelabuhan Ulee Lheue jam 9.00 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam sahaja. Ketibaan kami dari feri Pulo Rando disambut oleh Adi, adik ipar pimpinan Hotel Rumoh PMI. Adi membawa kami putar-putar kota. Adi orangnya berbudi bahasa tinggi. Perjalanan kami bermula dengan Kawasan pantai Ulee Lheue dengan cerita rumah bekas Tsunami. Rumah itu masih berpenghuni yang kebanyakan adalah nelayan. Mereka enggan berpindah kerana diberi tanah dan rumah yang jauh di perbatasan gunung yang tidak sesuai dengan jiwa dan naluri mereka.


Feri Pulo Rondo


Cintaku suka bertanya soalan kepada setiap orang aceh yang didampingi. Di mana anda berada pada waktu berlakunya kejadian Tsunami?  Adi pada waktu kejadian berada di tengah Kota Banda Aceh, maka terselamat dari kejadian Tsunami.

Kami ke Blang Padang, terletak batu-batu peringatan penghargaan rakyat Aceh kepada negara-negara yang telah memberi bantuan kepadanya.  Sesungguhnya, masyarakat Aceh sangat berterima kasih kepada warga dunia kerana telah membantu membangunkan Banda Aceh yang begitu pesat membangun sejak dilanda Tsunami pada 26hb Disember 2004, sembilan tahun yang lepas.



Princesses Of Disney

Naruto dan Transformers

Scoby-Doo 



Terdapat juga batu peringatan terima kasih dari Malaysia. Blang Padang adalah trek olah raga bagi warga tempatan dan kami berjalan mengelilingi padang. Ada juga Monumen ‘Thanks to The World’ yang berbentuk menyerupai gelombang laut.



Tugu Peringatan Tsunami

Tugu Berbentuk Gelombang Ombak Tsunami

Biru Melangit


Batu Tanda Terima Kasih Kepada Rakyat Australia


Batu tanda untuk Malaysia


Di Lapangan Blang Padang,ini  ada juga monumen Pesawat RI iaitu kapalterbang Aceh yang pertama. Kapalterbang pertama adalah hadiah rakyat Aceh kepada Kerajaan Aceh. Pesawat ini merupakan bukti nyata sokongan yang diberikan masyarakat Aceh dalam proses perjalanan Republik Indonesia dalam mempertahankan kemerdekaannya. Pesawat ini kemudian adalah perintis kepada Garuda Indoensia Airways disumbangkan melalui pengumpulan harta peribadi dan saudagar Aceh sehingga Presiden Soekarno menyebut ‘Daerah Aceh adalah daerah modal bagi republik Indonesia, dan melalui perjuangan rakyat aceh seluruh wilayah Republik Indonesia dapat direbut kembali’.



Tugu Peringatan Tsunami Berdekatan Pesawat RI

Model Pesawat RI

Perintis kepada Garuda Indonesia

Kami juga sempat melintasi kawasan tugu yang dikatakan Gunongan ( Gunung Kecil) . Ia adalah simbol dan kekuatan cinta Sultan iskandar Muda kepada permaisurinya yang cantik jelita, Putri Pahang yang berasal dari Pahang, Malaysia. Alkisah, Putroe Pahang sering merasa kesepian di tengah kesibukan sang suami sebagai kepala pemerintahan.  Ia sering teringat kampong halamannya di Pahang. Sang suami memahami kegundahannya permaisurinya.  Untuk membahagiakan sang permaisuri, ia telah membangunkan miniature perbuktian yang mengelilingi istana Putroe Pahang di Pahang. Hari-harinya banyak dihabiskan dengan bermain bersama dayang-dayang di sekitar Gunongan sambil memanjatnya.


Sumber : inloveindonesia.com


Sumber : Fakhrullah.wordpress.com


Sumber : www.Lestariheritage.net

Kami singgah di Kapal di atas rumah di Lampul (Kapal Tsunami Lampulo). Ini merupakan objek penting wisata Aceh. Saya dapat melihat bagaimana sebuah kapal yang terbawa Gelombang tsunami dan terdampar di perumahan penduduk di kawasan Gampong Lampulo kecamatan kuta alam. 


Jalan masuk ke Lampulo

Panaroma Lampulo

Kapal Tsunami Lampulo

Panorama Kapal Tsunami Lampulo


Sumber : Galleryaceh.blogspot.com


Kapal Sejurus Selepas Tsunami
Sumber : www.berita8.com


Sumber : Kfk.kompas.com

Kami dibawa ke makam Syiah Kuala. Tempat bersemadi Teungku Syiah Kuala,seorang ulama nusantara terkemuka yang bernama Tengku Abdur Rauf As Singkili di abad XVI, yang terkenal baik di bidang ilmu hokum mahupun keagamaan.  Kerajaan Aceh telah menjadi pusat pengembangan ilmu pengetahuan pada masa pemerintahan Sultan Iskandar Muda pada masa itu.   



Makam-makam di Syiah Kuala

Bangunan-bangunan di Syiah Kuala

Selepas itu,kami melawat museum Aceh dan rumoh Aceh di jalan Sultan Alaidin mahmudsyah, Banda Aceh.Tiket masuk adalah Rp750=0.20 sen. Museum ini didirikan pada masa pemerintahan Hindia Belanda 31 Julai 1915.  



Rumoh Aceh

Buaian di Rumoh Aceh

Periuk Belanga Tembaga di Rumoh Aceh

 Lembu Berkepala Dua di Muzium Aceh 

Tembikar di Muzium Aceh



 Cinta Hatiku


Kami sempat melawat loceng Cakradanya di museum Aceh hadiah dari kerajaan Cina untuk kerajaan Aceh. Loceng itu adalah tinggalan kerajaan Pasai Samudra.







Seterusnya ke kawasan perkuburan Belanda yang terbesar di luar negeri daripada negara asal.(The Dutch korkhof). Kerkhof berasal dari bahasa Belanda yang bererti kuburan.


The Dutch Korkhof


Muzium Tsunami Dari Pandangan Kuburan Korkhof
Sumber : Museumtsunami. blogspot.com

Kami ke muzium Tsunami yang dirasmikan pada 23hb Februari 2009.  Struktur binaan merupai sebuah kapal yang besar. Memandangkan ditutup pada jam 12.00 tengah hari sempena bulan ramadhan, kami shopping ke pasar Aceh terlebih dahulu. Lihat apa yang kami beli nanti. 


 Pandangan Luar Muzium Tsunami


Bebola di Muzium Tsunami


Kami ke pasar Aceh sementara menanti dibuka Muzium Tsunami sempena bulan Ramadan yang barakah ini.



Pasar Aceh

Saya sempat beli sehelai sarung warna natural hitam putih yang boleh masuk semua warna baju. Harga Rp50,000 (Rm15.00). Saya beli di kedai DT DianaTextile semalam.  Depa membeli baju untuk anak-anak serta diri sendiri. Cintaku sungguh bergaya orangnya.




Di pasar Aceh saya beli acu untuk Semperit dan Biskuit dahlia yang ranggup (Rp5,000=Rm 1.50 setiap satu). Saya juga membeli rencong, keris orang aceh. (Rp35,000=Rm7.50) bersaiz kecil. Ada rencong bersaiz sederhana warna emas (Rp65,000=Rm19.50). Rencong yang berwarna putih saiz sederhana(Rp120,000=Rm36.00) Rencong warna putih lebih tahan kerana diperbuat daripada besi yang tahan lebih lama. 


Acu Semperit dan Bunga Dahlia


Rencong


Kami juga membeli belah di kedai anugerah sovenior yang terletak di Jalan Kyai Ahmad Dahlan. Kami beli FM (harga Rp6,000 : Rm1.80 setiap satu).  Pasal itu, saya tidak beli di Kota sabang yang jauh lebih mahal FM harga Rp10,000=Rm3.00 setiap satu. Bezanya FM saya tidak ada cop kota Sabang.


FM Aceh

Saya beli dua jenis serbuk kopi Aceh. Satu jenis Cofffee Anugrah Aceh yang asli (harga Rp25,000=Rm7.50). Satu lagi, Arabika Gayo, Malemdiwa Coffee (harga Rp75,000=Rm 22.50). Saya beli kopi Luwes Gaya (harga Rp50,000=Rm15).Makna, ada tiga jenis kopi  Aceh yang saya jumpa. Saya telah menjadi peminat kopi tegar sejak akhir-akhir ini. Antara kopi saya paling minati adalah mineral Coffee Hai-O yang kaya dengan garam buluh berorganik dari Korea. Di samping aroma yang mengharumkan, kopi ini dibekalkan dengan pelbagai bahan mineral terutamanya magnesium sumber mineral untuk menggalakkan penyerapan dan pengekalan kalsium.






Saya juga beli kain sarung benang 7,000 sarung ukiran seni  Aceh harga Rp75,000=Rm22.50. Key chain juga antara souvenir Atjeh dari sana dengan harga Rp5,000=Rm1.50 setiap satu.




Seperkara lagi, sekiranya mempunyai masa dan kelapangan sila lawat ke kedai Eiger yang menjual barang-barang seperti beg made in Indonesia.  Barang-barang Eiger adalah murah. Sekiranya mempunyai masa, anda mesti melawat warung kopi minum kopi aceh yang asli serta enak rasanya. Warung kopi dibuka 24 jam dengan wifi percuma.

Melihat jam dah masuk pukul 3.00 petang, kami bergegas ke Muzium Tsunami. Muzium akan tutup jam 4.00 petang sempena bulan puasa. Muzium ini terletak di pusat kota Banda Acheh kira-kira 1 km dari masjid raya Banda Aceh. Muzium ini adalah simbol kekuatan masyarakat Aceh dalam menghadapi bencana tsunami. Mula-mula kami masuk ke dalam The Tunnel of Fear, lorong berupa koridor sempit dengan dinding tinggi dan air terjun yang bergemuruh berupa suasana psikologis. Ini mengingatkan kita betapa takutnya saat tsunami terjadi. Kemudian, kami,memasuki The Blessing Chamber, sumur tinggi yang di dindingnya ditulis nama-nama yang terkorban semasa berlakunya tsunami. Sumur ini diterangi skylight berbentuk lingkaran dengan kaligraf Allah SWT, sebagai makna hadirnya sinar harapan bagi masyarakat Aceh. Kami kemudian melewati ruang pameran yang diputarkan video-video kejadian tsunami dan foto-foto pasca tsunami.  Kemasukan ke muzium tsunami adalah percuma.





The Blessing Chamber

 Kaligraf Allah

Pandangan dalam Muzeum
Sumber: Muzeumtsunami.blogspot.com

Ruang Pameran Muzium
Sumber: Muzeumtsunami.blogspot.com

Replika Masjid Raya Baitulrrahman Selepas Tsunami 





Muzium Tsunami Aceh

Kapal Apung PLTD adalah destinasi kami yang berikutnya .Pada tahun 2003 PLTD (Pembangkit Listrik Tenaga Diesel) Apung 1 diperbentukan untuk mengatasi krisis listrik di Kota Banda Aceh. PLTD Agung ini beroperasi di perairan Ulee Lheue, namun pada tanggal 26 Disember 2004 kapal tongkong dengan berat 2.600 ton ini terdampar dengan jarak perjalanan 2.5 km dari Pelabuhan Ulee Lheue ke Desa Punge Jurong(sekarang). Peristiwa ini mengambarkan betapa dahsyatnya tsunami tersebut .PLTD Agung telah dibuat di Batam, telah belayar mengatasi krisis pembangkit listrik di Potianak tahun 1997, Bali tahun 1999 akibat gangguan kabel bawah laut Jawa-Bali, Madura tahun 2000 dan kembali ke Pontianak  tahun 2001. Kemudian kapal ini belayar ke Aceh untuk mengatasi krisis pembangkit listrik tahun 2003, yang terdampar sehingga sekarang. Kami naik sampai ke tingkat atas sekali serta dapat melihat sebahagian besar Kota Banda Aceh.  Kemudian kami dibawa melawat Taman Edukasi Tsunami oleh seorang pakcik yang rumahnya dihempap kapal Apung PLTD. Sebahagian rumah sekarang di bawah kapal Apung PLTD. Pakcik adalah penglipur lara. Dia bercerita sambil menunjukkan  gambar-gambar  semasa kejadian tsunami. Dia adalah pelakon sinetron  kami. Rumah pakcik di belakang Taman Edukasi Tsunami. Sebelum pulang, kami menghulurkan sumbangan ikhlas buatnya.




Tugu Tsunami dari Pandangan Kapal Apung PLTD


Pandangan Atas Kapal Apung PLTD



Kapal Apung PLTD



Kami kemudian balik ke hotel rumoh PMI. Sementara itu, saya singgah di pasar ramadhan bersama Adi.  Pasar ramadhan sama keadaan dengan di Malaysia.  Saya membeli air kelapa sirap Rp5,000=Rm1.50. Saya suka air kelapa sirap yang hanya ada di Aceh rasanya. Menurut Adi, air kelapa yang juga dicampur dengan limau kasturi pun sedap juga.  Kami berbuka puasa dan bersahur  dengan pakej yang disediakan oleh pihak hotel. Saya suka gulai atau kari Aceh. Andi membawa saya bersolat tarawih di Masjid Raya Baiturrahman. Masjid ini adalah taj mahal India ikon Aceh. Ia mempunyai tiang 280 buah menyaksikan perjalanan sejarah Aceh yang terlindung dari tsunami 2004. Masjid ini dibangun pertama kali pada tahun 1292M/691 M, oleh Sultan Alaidin Mahmud Syah 1, cucu Sultan Alaidin Johan Syah.  Ada yang menyebut Sultan Iskandar Muda (1607-1636). Kami bagi tip kat Adi Rp100,000=Rm30 pasal teruja dengan servis yang diberikan. Seorang budak yang sangat baik didikannya, sejuk ibu yang mengandungkannya. Budak yatim sejak umur 7 tahun.





Masjid Raya Baitulrrahman

Kami juga sempat melewati Makam Sultan Iskandar Muda. Sultan Iskandar Muda memerintah Kerajaan Aceh Darussalam di antara 1607 – 1636 di mana kerajaan Islam Aceh pada waktu itu adalah di antara kerajaan terbesar Islam di dunia pada abad ke 16. Pada waktu itu, Banda Aceh berfungsi sebagai pusat perdagangan dunia, terutama nusantara dengan Selat Melaka sebagai jalur lalu lintas pelayaran kapal-kapal asing untuk mengangkut hasil bumi Asia ke Eropah.


Makam Sultan Iskandar Muda

Sultan Iskandar Muda seorang yang adil, bahkan terhadap anak kandungnya.  Dikisahkan,putera sultan bernama Meurah Pupok (Pocut) yang gemar pacuan Kuda telah melakukan sebuah kesalahan. Kerana itu, sang putra telah dihukum dengan tangannya sendiri dengan memancungnya di gelanggang pacuan kuda di depan rakyatnya. Sejak saat itu muncullah ucapan kebanggaan rakyat Aceh. ‘Adat bak PoTemeuruhoom, Hukom bak Syiah Kuala’.  Diterjemahkan sebagai adat dipelihara sultan, pelaksanaan hokum atau agama di bawah pertimbangan syiah kuala.


1 comment:

  1. Allahuakbar..
    rindu banda acheh!
    negeri serambi mekkah.
    rindu suasana islamik banda acheh.
    rindu solat di masjid baiturrahman.

    ReplyDelete