Wednesday, 15 June 2016

G-Shock Japan, China or Thailand

Untuk peminat G-Shock: Made in japan@ Made in China @ Made in Thailand? 


Jam adalah peneman setia teman. Jam melambangkan keperibadian seseorang lelaki. Jam adalah simbol cita rasa lelaki. Teman suka G-Shock,salah satu jenama jam tangan pilihan teman. Jenama Casio, jenama terunggul dalam menghasilkan jam tangan bermutu tinggi. Maka dengan itu,anda perlu memilih jam yang menonjolkan personaliti agar menyerlahkan penampilan diri anda.  Teman berminat pula jam selain travel. Macam-macam teman ini. Teman banyak hobi sebenarnya. Nafsu-nafsi.  



Jam G-Shock muncul pertama kalinya pada tahun 1983. Casio mempunyai tiga kilang pengeluaran. Jepun, Thailand dan China. Adakah kualiti yang terbaik adalah dari Jepun?





G-Shock at End (www.endclothing.com)
Casio G-Shock GA-400CS 9AER Craz Colour Watch



Di sini disenaraikan dengan lengkap di mana jam G-Shock dikilangkan.

a) Kilang Casio Yamagata, Jepun.

Kilang premium Casio adalah khusus untuk pembuatan dan pertukangan jam yang tertinggi dalam kelasnya tersendiri. Kesemua model dihasilkan merupakan model Aras Tinggi ataupun Finest Level Watch Making.

Ini dikatakan model Aras 1 atau model yang paling tinggi dari segi pembuatan. Semua dikilangkan di Jepun. Di belakang jam ditempa 100% Made in Japan. Contoh Jam seperti kesemua  model Frogman,MRG, MTG,Oceanus,Protrek, dan  Model-model khas DW-6900.

Master of G - Frogman (kesemua model Frogman dari model sulung DW-6300 hingga ke model generasi terkini, GW-1000 ataupun GF-1000

Model MRG dan MTG merupakan model G-Shock yang paling tinggi dan termahal disebabkan faktor penggunaan bahan mentah yang berkualiti tinggi seperti Titanium dan Gred Besi Tahan Karat yang terbaik ataupun dipanggil 'Refined Material'. Manakala Oceanus pula ianya adalah kesemua teknologi G-Shock dalam casis jam Rolex, Oris yang lebih nipis dan elegan.

Model-model Protrek premium yang khusus untuk pasaran Jepun sahaja. Contoh: PRW-2000A, PRW-5000, PRW-5100, PRW-S5100, PRW-5050, PRW-6000, PRX-7000 & PRX-8000.

Model FS dan VT untuk model DW-6900FS dan DW-5600VT untuk kolaborasi dengan jenama tempatan yang terkenal di Jepun seperti siri animasi, automotif, makanan/minuman, fesyen pakaian/kasut, pasukan besbol ataupun bola sepak tempatan Jepun. Kebiasan model ini ialah untuk hadiah ataupun 'gift watch' kepada kakitangan yang berkhidmat dengan syarikat berkenaan.

Kebiasaan kod kilang premium akan di tempa dengan huruf Y, H, K dan P pada permukaan belakang jam.Kod ini merupakan kod pengeluaran standard dijamin kualiti di tahap tertinggi.

b) Kilang Casio Thailand, Thailand.

Kilang pertengahan ini ditubuhkan pada sekitar tahun 2003 dengan kapasiti menghasilkan model pertengahan kepada pasaran global. Contoh Model-model yang dihasilkan ialah:

1) Model Master of G  seperti Riseman dan Rangeman..
2) Model Protrek yang lain seperti PRG-110, PRG-130, PRG-240, PRG-250, PRG-260, PRG-270, PRG-280 dan PRW-3000.

Contohnya Model Protrek PRG-110, dikilangkan di Thailand dengan buckle dari Jepun.

c) Kilang Casio GuangZhou, China

Kilang permulaan ini merupakan tempat pembuatan kesemua model asas jam Casio termasuk model G-Shock yang tidak perlu menitik berat fungsi yang kompleks. Model adalah yang paling murah dan popular. Model di sini murah adalah kerana kos pembuatan murah dan tidak memerlukan banyak kepakaran teknikal.

Model-model yang dihasilkan adalah model GA-110 hampir 90% model ini dari kilang di China. Selain itu, model yang murah dan popular adalah DW- 6900 dan DW-5600. Kod yang biasa ditempa di belakang jam ialah DH.

Rumusan 

Secara umumnya mengatakan bahawa kualiti jam dikilangkan di Jepun adalah yang terbaik. Walaupun begitu, buat teman, selagi Casio masih mengekalkan Standard Jaminan Kualiti isu jam dari mana dihasilkan tidak menjadi persoalan besar. Lagipun, semua keluaran adalah berasal dari kilang Casio itu sendiri. Kos pengeluaran (Contoh upah) adalah lebih mahal di Jepun berbanding Thailand dan China. 

Anda harus ingat bahawa kadar pertukaran mata wang asing yang menyebabkan harga jam Casio turun naik dari masa ke semasa. Pada tahun 2010 kadar pertukaran wang USD adalah RM3.30. Pada masa artikel ini ditulis( Jun 2016), Kadar Pertukaran Wang USD adalah RM4.09. Sudah tentu, jam tangan yang dibeli pada tahun 2010 adalah jauh lebih murah berbanding dengan bulan Jun 2016.      


Kredit : Shockerianz Xix
Read more ...

Monday, 13 June 2016

Ikan Celup Tepung Warung Pok Nong

ICT Warung Pok Nong, Kuala Terengganu.

Di Warung Pok Nong, anda dapat memilih sama ada ikan celup tepung, udang celup tepung atau sotong celup tepung. Kami memilih ketiga-tiga jenis makanan laut, almaklum semua itu adalah kegemaran kami sekeluarga. Lebih-lebih lagi bukannya selalu ke pantai timur. Dua kali atau sekali setahun sahaja. 

Lokasi. Warung Pak Nong terletak di Mengabang, Telipot. Alamat : Jalan Pantai A 1693, Kampung Kolam Mengabang, Telipot. No tel : 09-6127655/0133517262. Waktu Operasi : 3.30 petang hingga lewat petang. Kordinat : 05.42802; 103.072854.

Sementara menunggu pesanan ICT/UCT/SCT sampai, anda boleh memesan minuman terlebih dahulu. Ada ABC, air batu jagung  dan air kelapa. Kaunter pesanan minuman adalah berlainan dengan pesanan makanan. 

Sekiranya anda bertanyakan teman sedap atau tidak. Jawapannya bergantung kepada cita rasa masing-masing. Sedap atau tidak banyak bergantung kepada kesegaran makanan laut yang dihidangkan, tepung yang digunakan ataupun sos itu sendiri. Tepuk dada tanya selera anda sendiri.  


Landskap di depan Warung Pok Nong

 Wajah Warung Pok Nong

 Angin yang tiup begitu kencang sekali di waktu kunjungan teman ke sana

 Deretan kedai bersusun atur di depan Warung Pok Nong

Ombak yang begitu mengganas sekali. Percikan air laut sampai ke tepi jalan raya.  
Read more ...

Friday, 10 June 2016

Telinga Berdengung Dalam Kapal Terbang

Kawan-kawan,
Cara-cara mengatasi sakit telinga dalam kapal terbang. 

simple.wikipedia.org

Apabila kita menaiki kapal terbang, kadang kala kita akan berasa telinga seperti di cucuk benda tajam. Ini adalah kerana berlakunya ketidakseimbangan perubahan tekanan udara yang menyebabkan gangguan pada telinga. 

Teman akan bercerita berdasarkan pengalaman sendiri yang banyak kali melancong ke luar negara atau pun semasa bermastautin di Sabah.   

Selalunya, teman akan mengumpul air liur di dalam mulut dan menelan air liur supaya tekak tidak kering dan tekanan akan menjadi seimbang.

Sekali sekala, teman akan mengunyah sesuatu di dalam mulut sepanjang kapal terbang hendak berlepas. Misalnya biskuit, roti dan gula-gula. Itu pun sekiranya barang-barang ada pada teman.

Seringkali, teman terlihat pemuda-pemudi suka menutup telinga dengan penutup telinga seperti earmuff atau earphone.

Waktu dulu-dulu, sewaktu anak-anak masih kecil, teman akan susukan mereka terutamanya bayi. Atau teman akan memberi minum air sikit-sikit sehingga kapal terbang berada dalam paras yang lebih stabil.

Read more ...

Wednesday, 8 June 2016

Mentari terbenam di Pantai Remis

Pantai Remis, Kuala Selangor.

Pantai Remis terletak di Sungai Sembilang, Jeram kira-kira 20 km dari Kuala Selangor. Ia terletak di antara Kuala Selangor dan Kapar. Pantai ini biasa dikunjungi oleh orang ramai sama ada pada penghujung minggu atau cuti umum.

Tarikan utama di sini adalah untuk melihat matahari terbenam di ufuk barat. Teman adalah peminat utama melihat mentari berlabuh. Kita memiliki satu matahari dan pasti di mana mentari melabuh itulah keindahan yang tetap sama dengan suasana sekeliling yang berbeza. Suasana persekitaran itu yang mencipta keindahan yang begitu indah dalam kehidupan seharian kita. Begitu indahnya hidup sekiranya kita menikmati matahari terbenam di Paris, Venice, Pulau Jeju, dan Melbourne. Mudah-mudahan kita diberi rezeki melimpah ruah seperti butiran hujan yang turun dari langit. 


 Banyaknya kerang yang terdampar di gigi pantai.

 Pemandangan laut yang tak jemu di mata. Kita pasti jatuh cinta dengan laut membiru bergelora.

Paya bakau yang luas terbentang sebagai bentang penghakis ombak.

Belangkas yang sedap dijadikan lauk.

Melihat matahari terbenam adalah tarikan utama di sini.

Langit, laut dan rangka-rangka kayu.

Melihat mentari terbenam cukup menenangkan fikiran.

Mega merah di langit jelas memukau pandangan mata.

Pantulan cahaya di permukaan laut memberi gambaran yang cantik dan mengagumkan.

 Apabila masa sampai kita akan pulang dengan hati yang tenang dan penuh kerinduan. Ada rezeki,insyallah kita akan ketemu lagi. Kita berpisah untuk bertemu lagi. Bukan bertemu untuk berpisah.


Read more ...

Monday, 6 June 2016

Pelbagai Kegiataan di Pantai Remis

Pantai Remis, Kuala Selangor

Pantai Remis terletak di Sungai Sembilang, Jeram kira-kira 20 km dari Kuala Selangor. Ia terletak di antara Kuala Selangor dan Kapar. Pantai ini biasa dikunjungi oleh orang ramai sama ada pada penghujung minggu atau cuti umum.

Pantai Remis tidaklah secantik seperti Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan. Tetapi anda masih boleh berjalan-jalan di tepi pantai sambil menikmati pemandangan yang indah. Di sini, antara kegitaan utama saya adalah menanti matahari terbenam di ufuk barat. Sementara itu banyak kegiatan lain yang menarik akan berlangsung di Pantai Remis. Antara yang utama adalah bermain layang-layang, mencari kerang atau mentarang, memancing ikan, mandi-manda dan berkelah.

Selain itu, banyak juga kemudahan asas di sediakan di sini seperti tandas awam, bilik mandi, surau, medan selera dan tempat letak kereta.



 Layang-layang terbang tinggi di udara

 Anda boleh santai atau berehat di tepi pantai sambil menanti matahari terbenam di ufuk barat

 Anda boleh juga mengutip kulit siput dan kerang yang banyak terdampar di tepi pantai

 Begitu menariknya layang-layang yang dijual di gerai-gerai tepi jalan.

 Anda boleh bermandi manda di tepi laut.

 Anda boleh juga bermain-main dengan ikan belacak yang banyak terdapat di gigi pantai.

 Aktiviti memancing adalah antara kegiatan utama di sini.

 Saya dan cinta begitu terhibur dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan di sini.

 Abam menjala ikan 

Saya begitu tertarik dengan aktiviti menjala ikan di sini.

Para Pembaca yang budiman,

Bagi yang tidak sempat saya balas mesej atau email, saya minta maaf. Bagi saya sedikit masa. 

Anak ikan di panggang panas,
Makan nasi berlaukkan nanas,
Maafkan saya kerana tidak membalas,
Tunggu sebentar nanti saya balas.


Read more ...

Friday, 3 June 2016

Hentian Puncak Titiwangsa Perak

HENTIAN PUNCAK BANJARAN TITIWANGSA


ANDA sebagai pengguna Jalan Raya Timur- Barat pasti teruja apabila melalui jalan Gerik, Perak ke Jeli, Kelantan sejauh 110 kilometer apabila menyaksikan pemandangan  indah yang sungguh memukau mata memandang. Setelah penat memandu, anda pasti berasa segar selepas menghirup udara sejuk dan nyaman. Ada ketikanya sekiranya tuah badan, anda dapat merasa kesejukan udaranya sampai ke suam-suam tulang dan bulu hidung rongga anda berkembang.

Dahulu hentian ini  adalah kawasan hitam kerana ia menjadi pusat operasi pengganas komunis kerana terletak di antara Malaysia dan Selatan Thailand. Hari ini, anda akan menyaksikan deretan puluhan dengan bentuk puncaknya yang pelbagai dengan ketinggian kira-kira 2,100 meter dari aras laut. Anda akan berada di kawasan paling puncak daripada puluhan gunung-ganang lain disekitarnya kira-kira 80 km perjalanan dari Gerik.  Kawasan hentian ini semakin popular kepada pengguna jalan yang menjadi nadi penghubung utama antara negeri di pantai timur ­dengan barat terutama utara Semenanjung.

Di kiri kanan jalan, anda pasti terhibur apabila berpeluang menyaksikan gunung-ganang dan hutan rimba tebal di sepanjang laluan yang jarang ditemui di kawasan lain. Pelbagai flora dan fauna di sekitar­nya dapat disaksikan daripada pelbagai pokok besar seperti cengal, meranti dan keruing kerana ia kawasan hutan simpan yang belum terusik. Perjalanan anda pasti tidak sempurna sekiranya anda tidak  mencari bunga ros hutan yang tumbuh meliar di sepanjang jalan kawasan berkenaan untuk dibawa pulang sebagai cendera hati taman bunga di laman rumah. 

Selain udara segar puncak banjaran,kemudahan asas disediakan untuk pengunjung merakam gambar kenangan dan menghayati lukisan alam di sini. Turut disediakan kedai makan, beberapa pondok rehat, surau, tandas awam dan kawasan parkir yang selesa di tapak kawasan keseluruhan seluas kira-kira satu hektar.
Berikut adalah pemandangan yang sempat dirakamkan  yang begitu  menakjubkan kerana dapat menyaksikan lukisan alam dengan gunung-ganang serta lurah dalam saujana mata memandang sangat unik dan jarang ditemui di kawasan lain. Sekiranya berpeluang jangan lepaskan peluang untuk berhenti, sekira tidak berbuat demikian anda seperti melepas peluang melihat keseluruhan peta Semenanjung.


 Restaurant, tempat persinggahan untuk menjamu selera.

 Begitu indahnya ciptaan Tuhan

 Begitu asyik sekali pemandangan di awan

 Awan, Gunung-ganang dan Hutan Belantara

 Kebiru-biruan yang mempersonakan

 Doa saya semoga bahagia dunia akhirat

Saya merenung di kejauhan di sebalik awan
Read more ...

Wednesday, 1 June 2016

Ulang tahun ke 80 (Mei 2016)

Port Dickson

Kawan-kawan,

Sebaik sahaja menjejak Mei,2016 ayah saya, Abdul Aziz Lim telah berusia 80 tahun. Semoga ayah sihat walafiat. Semoga ayah bahagia.

Terima kasih yang tak terhingga kerana telah mendidik dan mendewasakan saya. Marilah sama-sama doakan segala kebaikan dan kerahmatan Allah buat ayah. Semoga berjaya dunia dan akhirat.


Muhammad Khairuddin Lim
Saya sayang ayah.




Ayah saya, Abdul Aziz Lim

 Adik beradik Ayah

Read more ...