Monday, 9 March 2015

Taiping Lake Garden 2

Taiping Perak

Masih lagi diteruskan dengan entri taiping sebelum beralih kepada tempat lain di Taiping. Masih lagi cuti-cuti tahun baru Cina. Taiping terlalu banyak kenangan buat diriku dan anak-anak. Terkenang bersama-sama anak-anak mengejar pelangi. Terkenang bersama-sama anak-anak menempuhi rintangan onak berduri. Kesabaran kami diiringi menanti terbitnya mentari. Harapan kami masih belum lagi mati, kami masih teruskan perjalanan. Walaupun kadang-kadang sayang untuk diluahkan. Pahit pula untuk ditelan. Beracun jika terus dikemam. Kerana hidup ini adalah sebuah kisah perjuangan yang panjang. Semakin silam semakin indah dikenang.

Dalam hidup ini
Aku jadikan rindu dan jarak
Semua yang hilang di mata jauh
Tapi rapat dan intim
Di hati 
kala malam dan sepi
Bertandang
Rindukan yang silam 
semakin indah dikenang

 Selamat datang ke Ride & Cruise Taiping

 Gunung ganang, Pepohon hijau dan Tasik

 Bersama Nassier (Angah), pelajar perubatan tahun akhir 

 Pepohon berusia beratus tahun

 Naim, anak yang istimewa

 Naim bersama along

Gegolong Roda-roda

 Rusty Look

 Sehari sepetang di Shanghai Taiping 

 Terkenang masa kecil suka panjat pokok

 Adik beradik perempuan

 Di celah-celah pokok mak bedah

Indah berkembang walaupun disaluti lumpur

53 comments:

  1. Rindunya pada Taman Tasik Taiping ... tempat kami honeymoon dulu hehe :D

    ReplyDelete
  2. cantik pemandangannya...belum pernah lagi ke sana

    ReplyDelete
  3. PIC TAMAN TASEK TAIPING SGT CANTIK WAH BNYK MEMORI KEHIDUPN DISINI YA..

    ReplyDelete
  4. memang cantik MKL kawsan ni. siapa saja pasti terpukau

    ReplyDelete
  5. teringat kecik2 dulu selalu ke taiping :)

    ReplyDelete
  6. Cantiknya tempat orang ni,, belum lagi berkesempatan ke sana,, saya suka tang kehijauan alam,, sejukkk je mata memandang,, hilang stress huhu..

    ReplyDelete
  7. tahun lepas ke taiping tak dapat nak singgah tasik sebab kebetulan ada function situ, ramai sangat orang...huhu

    ReplyDelete
  8. Bangge jadi orang Taiping.. Taiping memang bestttt

    ReplyDelete
  9. x gayat ke duduk atas dahan pokok tu

    ReplyDelete
  10. bergambar di tepi tasik taipin seperti berada di ober see

    ReplyDelete
  11. wah..dah sampai taiping...baru sahaja minggu lepas saya pergi beli laksa udang di changkat jering

    ReplyDelete
  12. Taman tasik taiping memang menarik dan cantik

    ReplyDelete
  13. dahulu, masa kecik-kecik abah selalu bawa kami berkelah di tepi taman tasik taiping

    ReplyDelete
  14. kalau nak tengok pengantin berposing cuba datang hujung mingggu masa cuti sekolah di taman tasik taiping ini

    ReplyDelete
  15. cukup puitis bahasa tuan Khairuddin Lim

    ReplyDelete
  16. Berpuisi bagai en Din... tapi Cinta kat mana...Cinta kat mana... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cinta ada di homestay....tak ikut jogging di waktu pagi....

      Delete
  17. Teringat akan kartun majalah GG... 'From Taiping With Love'

    ReplyDelete
  18. Membaca puisi dan melihat gambar2 membuatkan jiwa meruntun puitis...

    ReplyDelete
  19. Gambar yang sangat cantik dgn kekeluargaan yg menceriakan.. semoga berbahagia semuanya di dunia dan akhirat... aamiin.. :)

    ReplyDelete
  20. Suka tengok dahan2 pokok yang memayungi jalan tu... subhanallah...

    ReplyDelete
  21. cantik view gunung & tasik...hijau dan biru..tenang dan nyaman sekali..

    ReplyDelete
  22. Cantiknya tempat ni..hehe pokok mak badah tuuu camni blh dpt nama ya Mk

    ReplyDelete
  23. Kakau pergi Taiping ..insyaallah akan sggah sini,,.rhanks sharing Mk

    ReplyDelete
  24. Cantik lah tempat ni. Yang roda roda tu hiasan atau boleh main?

    ReplyDelete
  25. time kering dulu sedih sgt tgk lake ni..

    pssst: ni tmpt saya & the geng kelah spageti..hehe

    ReplyDelete
  26. cantik laaaa uncle amek gambar =)
    CT suka ronda taman tasik juga.. last time nak naik belon2 tu tapi air surut..
    kang x bergerak..

    ReplyDelete
  27. Hebat juga Pak Lim membuat puisi. Tak disangka...hehe.
    Apa nama pohon berusia ratusan tahun itu Pak Lim ?
    Kalau di Bogor pohon itu seperti pohon trembesi yang banyak tumbuh di halaman istana Bogor tempat rusa-rusa totol berteduh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok Pukul lima petang....nama diberi pasal daun-daunnya akan kuncup menjelang pukul lima...daun2nya tidor menjelang senja...

      Delete
    2. Harap dapat ke Bogor suatu masa nanti tengok rusa dan pohon trembesi.

      Delete
  28. Damai jer kat TTT nih... tempat rehat yang awal2 dibina di negara nih... tapi rasa seram tetap ada kalau tengok pokok2 yang besar tu kat situ... pernah ke sini dan akan ke sini lagi nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...di sini, Taiping dan Kuala Sepetang banyak tempat yang menarik untuk dilawati..Pergi jangan tak pergi.

      Delete
  29. Replies
    1. tq...ada masa nanti saya akan lawat blog anda.

      Delete
  30. Taman Tasik Taiping ni memang lawa!

    ReplyDelete
  31. SubhanaAllah! Cantik sungguh tempat ni. Ala-ala dekat overseas!

    ReplyDelete
  32. wahh.. dah ada gegelung roda macam putrajaya. dulu anak bot kayuh je :)

    ReplyDelete
  33. Tempat Favourite tangkap gambar ni

    ReplyDelete
  34. nice place.. awasome.. keren pak kim....

    ReplyDelete
  35. cantiknya gambar yang di snap ni MKL
    cam terasa saya plak ada kat sana =)

    ReplyDelete
  36. Assalam,
    haaaaaaaaaaaa
    hat ni memang peberet spot iols kalo lek tepen
    dari zaman kocik samapi zaman mak budak la ni haaaaa he3

    ReplyDelete