Thursday, 26 March 2015

From Taiping with love : Senja di Kuala Sepetang

Muara Sungai Kuala Sepetang

Kami telah berjalan-jalan di sekitar Pekan Kuala Sepetang. Sepetang merujuk kepada keindahan sinaran merah matahari di ufuk barat. Sinar merah suria di titik horizon Selat Melaka meninggalkan nostalgia buat kami sekeluarga. Sehingga anak kami, Nassier mengatakan bahawa alangkah bahagianya mempunyai sebuah rumah di muara sungai kuala Sepetang, menikmati senja dan malam hari sambil menikmati secangkir teh.   Kami ingin menikmati dan menghayati mentari terbenam di Kuala Sepetang. Nama asal Kuala Sepetang adalah Port Weld. Dahulunya, Port Weld adalah sebuah pelabuhan yang penting bagi pelombong bijih timah dengan adanya landasan keretapi pertama Tanah Melayu yang menghubungkan Taiping dengan Port Weld. 

Kuala Sepetang adalah terletak di kuala Sungai yang menghadap Selat Melaka. Kuala Sepetang mempunyai hutan bakau yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Antaranya, kayu arangnya mempunyai nilai komersial yang bermutu tinggi. Matang, Au Long, Kamunting dan Taiping adalah jiran-jirannya yang berdekatan.  

 Nelayan-nelayan tengah berehat di muara sungai

 Anda boleh menyewa bot sambil menyusuri Kuala Sungai Sepetang

 Deretan rumah tersusun di sepanjang muara sungai

 Deretan rumah dalam air

 Terkenang Kampung air yang banyak terdapat di Sabah,Sarawak dan Brunei

 Bot-bot nelayan yang tersusun indah di tepi muara Sungai Kuala Sepetang

 Para Pelancung menikmati keindahan sinaran merah matahari di ufuk barat. 

 Jambatan Kuala Sepetang, di sini saya menikmati senja mentari di ufuk barat

 Cinta dan anak-anak semua kesayangan abah

 Nassier dan Naim, anak-anak kesayangan abah

 Senja semakin merangkak tiba

Bot-bot nelayan tengah melabuhkan tirainya

19 comments:

  1. CANTIKNYA PERKAMPUNGAN NELAYAN KUALA SEPETANG NI N ADA JUGA RUMAH2 DLM AIR YA

    ReplyDelete
  2. cantiknya pemandangan kat sini... hebat tukang ambil gambar

    Jom Vote blog acik bagi msmw

    ReplyDelete
  3. Pengalaman best! Gambar cantik! Thumbs up!

    ReplyDelete
  4. Seronoknya dapat menaiki bot mcm tu.. saya mmg suka naik bot. Permandangan perkampungan kehidupan yg indah dan permai..

    ReplyDelete
  5. Cantik gambar2 tu.. menarik...

    ReplyDelete
  6. Bersama kuaga rasa paling bahagia d dunia...suka sangat!

    ReplyDelete
  7. semoga Pak Lim punya rumah di tepi muara di Kuala sepetang..sesuai keinginannya...duh..asyik banget ya punya rumah tepi muara.

    ReplyDelete
  8. selalu ke taiping tapi tak pernah lagi ke sini. mcm best je tempatnya

    ReplyDelete
  9. bagusnya abah. selalu jalan-jalan luangkan masa dengan anak-anak. :D

    ReplyDelete
  10. bestnya pergi jalan-jalan :-)

    ReplyDelete
  11. Teringat pulak lagu Sudirman Kuala Sepetang

    ReplyDelete
  12. SubhanaAllah..indahnya..nice shot abang khai..

    ReplyDelete
  13. cantik kuala sepetang ni rupanya =)

    ReplyDelete
  14. Assalam,
    malu iols hokeyh
    iols orang tepen pun tak pernah lagik jalan2 kat situ sob3

    ReplyDelete
  15. cantiknya kampung ni. bestnya dapat rumah betul-betul tepi air :)

    ReplyDelete
  16. aaaa lupa nak wish.. congratulations Acik Cinta.. naik pangkat =)

    bila Uncle Din buat entry kuala sepetang ni rasa macam banyak sungguh benda dapat tengok kat sana..
    padahal masa pergi memang p makan mee udang saja.. bagus sebab the whole family nak join.. kalau CT mungkin CT sorang saja kot yang teruja..

    ReplyDelete
  17. Cantiknyer gambar..mcm sokmo2 dtg singgah sini mmg tk penah menghampakan...good job Mk..

    ReplyDelete