Monday, 30 March 2015

With love from Taiping : Mee Udang Kuala Sepetang

Menu Istimewa Kuala Sepetang

Kalau anda bercuti atau singgah di Kuala Sepetang, jangan lupa cuba mee udang Kuala Sepetang. Setakat ini saya telah mencuba 3 buah warung mee udang Kuala Sepetang. 

Lokasi Mee Udang. Sekiranya anda dari Taiping menghala ke pekan Kuala Sepetang, anda akan jumpa Warung Mee Udang Mak Teh terlebih dahulu, kemudian Mee Udang Mak Jah. Akhir sekali, Mee Udang Port Weld atau Salleh Stall. Salleh Stall terletak dalam pekan Kuala Sepetang. Salleh stall terletak berdekatan dengan Balai Polis Kuala Sepetang.

Mengikut citarasa atau tekak saya, saya paling suka Mee Udang Mak Jah, diikuti dengan Mee Udang Mak Teh dan akhirnya Mee Udang Port Weld. Lain orang lain rasanya. Itu tekak saya. Rasa kita tak sama. Tepuk dada tanya selera masing-masing. 

Terima kasih Cinta kerana sudi belanja kami anak beranak. Tahniah Cinta kerana naik pangkat ke DG 44. Semoga murah rezeki dan dirahmati Allah S.W.T. selalu.

 Kaki Travel di Warung Salleh Stall atau Mee Udang Port Weld

 Warung Salleh Stall yang asal

 Tambahan Salleh Stall untuk menampung bilangan pelanggan yang semakin bertambah

Sang Helang menerjah

 Mee Udang Mak Jah (khaikerr.blogspot.com)

Mak Teh Mee banjir Udang (Joinme.com.my)

38 comments:

  1. memang pemes btl mee udang kat situ..hehe

    ReplyDelete
  2. foto mee nya mana pak Lim ? saya ingin lihatvdong. oh ya, lalu, mana yg paling murah pak Lim ? Mee udang Mak Jah, Mak Teh atau Salleh Stall ?

    ReplyDelete
  3. Mana mee udangnya? Tak nampak pun? Ke dah masuk perut he he he?

    ReplyDelete
  4. Cuma pernah ke warung Mak Jah. Udang yang digunakan jenis berkulit keras. Kalau guna udang kertas tentu lebih ummph...

    ReplyDelete
  5. Mee udang mmg menyelerakan.. feveret. Sedap.. :)

    ReplyDelete
  6. Tahniah buat isteri tuan.. tahniah buat tuan MKL sekeluarga.. :)

    ReplyDelete
  7. KENA CARI MEE UDANG MAK JAH NI...TAHNIAH CINTA DH DG44..BSR INCOME TU..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap Cinta akan baca komen ini..Baru semalam Cinta mengatakan bahawa GST telah mengecilkan pendapatannya..hihihi

      Delete
  8. Greetings... HOT !! promo and package..hanya utk "kaki travel "...

    http://rajawalibintangtravel1001.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. Mesti sedap ni.. Lama tak makan mee udang.

    ReplyDelete
  10. pernah try mee udang mak jah saja..+ laksa udang kt gerai tepi lorong..

    ReplyDelete
  11. dah try mee udang kt nilai? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum....insyallah nanti saya travel mee udang kat Nilai..

      Delete
  12. ada kata dah x sesedap tu...sy x tau laa sbb x penah rs ;-)

    ReplyDelete
  13. ketiga2nya saya tak pernah rasa . blm pernah sampai taiping lagi ...

    ReplyDelete
  14. Amboii M.Teh, siap gambar udang2 besaq kat dinding.

    ReplyDelete
  15. Bagus MKL siap buat comparison kedai mana sedap..boleh lah cuba kedai Mak Jah ni.

    ReplyDelete
  16. Assalam,
    iols pulop
    suka mak teh then mak jah
    hat salleh tu ja tak pernah try he3

    ReplyDelete
  17. kebiasaan kalau saya ke sana hanya ke warung makjah. lepas ini nak cuba pula warung lain

    ReplyDelete
  18. mee udang mak jah dari lidah saya mula rasa kekurangan kualiti dari sebelum ini

    ReplyDelete
  19. selalu dengar mee udang kat sini, tapi tak pernah sampai sini lagi :)

    ReplyDelete
  20. waah dah tiga kedai terus semua dah rasa ? bagus bagus.. memang kedai Mak Jah paling famous pun kan.. CT pernah makan sekali kat Mak Jah..

    ReplyDelete
  21. mana gambo mee udang
    tapi mujur juga tak tunjuk, saya posa arini =)
    best nyer kalau dapat makan mee udang

    ReplyDelete
  22. Petang ni nak pekena mee udang.. cuma tak sesedap di sini mungkin.. :)

    ReplyDelete
  23. Mak aii byknyer warung mee udang ..blh laa buat pilihan mana satu nak cuba ..lain tempat lain rasanya..

    ReplyDelete
  24. ramai yg ckp mee udang mak jah tu sedap...tapi mak teh tu banjir udang still tempat ke dua eh?

    ReplyDelete
  25. kalau ada gambar mee udang tu baru lah MELETOp!!!

    ReplyDelete
  26. saya pun tetap memilih mek udang mak jah jika berkesempatan ke kuala sepetang..
    dah pernah rasa mee udang pulau sayak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum pernah lagi...insyallah kalau ada rezeki saya akan cari mee udang pulau sayak.

      Delete
  27. Frust sekejap x leh tengok gambar mee udang tu

    ReplyDelete