Monday, 23 March 2015

With love from Taiping : Keretapi Port Weld/Kuala Sepetang

Tinggal Kenangan Stesen keretapi pertama Tanah Melayu laluan antara Taiping dan Port Weld

Selepas melawat Hutan Paya Laut Matang, Kami terus  berjalan di Port Weld/Kuala Sepetang untuk mencari jejak landasan keretapi Tanah Melayu yang pertama dengan laluan di antara Taiping dan Port Weld. Stesyen Taiping adalah stesyen keretapi pertama di Tanah Melayu.  Landasan ini telah dibina oleh Residen British di Perak, Sir Hugh Low pada 1 Jun 1885. Landasan sepanjang 8 batu (12 kilometer) menghubungkan Taiping dengan Port Weld (Kini Kuala Sepetang). Pembinaan Landasan ini bermula pada tahun 1852 dengan melibatkan kos kira-kira RM37,000 (7,000 pound Sterling).

Tujuan utama laluan keretapi ini dibina ialah untuk menghubungkan kawasan perlombongan timah di daerah Larut dengan pelabuhan terdekatnya, Port Weld. Landasan keretapi itu telah memudahkan perjalanan keluar masuk buruh ke kawasan lombong bijih timah.

Pandu arahnya senang sahaja. Anda kena rajin bertanya. Kami sekadar ingin mencari papan tanda KTM Port Weld. Taukeh-taukeh kedai di sini boleh menunjukkkan di mana letaknya sekiranya anda rajin bertanya atau tunjukkan gambar KTM Port Weld. Landasan ini ditutup pada tahun 1943 ketika tentera Jepun menewaskan British pada Perang Dunia Kedua.

Landasan keretapi yang asal sekarang telah dihuni oleh deretan kedai dan rumah-rumah yang didiami oleh kaum nelayan. Setiap landasan milik KTM berhad mesti mempunyai tanah rizab seluas 20 kaki (6.6 meter) di kedua-dua belah rel. Ini bermakna semua bangunan dan deretan rumah serta kedai di situ dibina di atas tanah milik KTM Berhad. Sekarang yang tinggal hanya papan tanda yang telah dibaik pulih dan dibina semula. Kami telah meronda-ronda dan bersiar-siar di pekan koboi Kuala Sepetang.  


 Pencarian kami bermula dengan S.R.J.K.(C) Poay Eng

  Pencarian yang senang adalah menghala ke kuala Sungai dan berhampiran dengan Jambatan baru Kuala Sepetang

 Banyak juga kereta di sini kerana hari ini adalah tahun baru Cina. Anak-anak pulang dari perantauan

 Panda tanda Port Weld atau sekarang dikenali sebagai Kuala Sepetang

 Kami bergambar di Landasan keretapi yang pertama di Tanah Melayu

 Menyusuri Pelabuhan Port Weld sempena nama Gabenor Sir Frederick Weld

 Ini sahaja yang tinggal sebagai kenangan sebagai stesen laluan keretapi yang pertama di antara Taiping dan Port Weld. Stesyen Taiping adalah sebagai stesyen keretapi pertama Tanah Melayu

Hari ini, ini sahaja yang tinggal untuk diwarisi oleh anak cucu.  

22 comments:

  1. Tempat yang penuh dengan sejarah..

    ReplyDelete
  2. kenapa jalur legendaris ini tak dihidupkan kembali Pak Lim ? mungkin akan menarik kalo jalur ini dihidupkan kembali bisa jadi keretapi wisata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang sepatutnya....Kuala Sepetang berpotensi sebagai kawasan pelacungan...Moga mimpi saudara Gunandi menjadi kenyataan di suatu hari nanti.

      Delete
  3. tak nampak pun landasan keretapi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Landasan keretapi ditelan dek deretan kedai dan rumah-rumah kaum nelayan...

      Delete
    2. ohh.....dh kena 'telan' eheeheh

      Delete
  4. ingat belajar sejarah dulu landasan ktapi pertama dari port weld ke taiping.

    ReplyDelete
  5. Tempat yg kaya dgn nilai2 sejarah.. sejak 1852 pembinaan landasan kereta api.. dal melangkau lebih 100 tahun..

    ReplyDelete
  6. Rajin betul en Din masuk ke semua pelusuk...Saya tak terlintas pun nak mencari batu tanda tu...

    ReplyDelete
  7. Port Weld... bunyinya sungguh ol-skool, heheh... dah lama tak jalan2 sekitar kuala sepetang, tengok pics kat sini terkenang kembali ^^

    ReplyDelete
  8. taiping mmg byk lesan sejarah ...

    ReplyDelete
  9. Sekarang ni setesyen keretapi baru telah dibina dan sedang dibina...

    ReplyDelete
  10. maknanya landasan still ada atau tidak ? and rumah2 n kedai2 dibina atas landasan ?
    CT rasanya pernah sampai kawasan ni tapi long long time ago hihi..

    ReplyDelete
  11. ni jalan-jalan tempat sejarah ke jalan-jalan cari makan? :)

    ReplyDelete
  12. seronok tengok anak ramai dah besar semuanya :)

    ReplyDelete
  13. mengimbau sejarah...terus teringat mee kuala sepetang....

    ReplyDelete
  14. maksudnya kedai-kedai disitu dibina atas landasan keretapi?
    what a waste. sedangkan ada banyak unsur sejarah di situ

    ReplyDelete
  15. Port Weld..tinggal dalam lipatan sejarah...

    ReplyDelete
  16. Cantik gambar tu..saya pun dah lama tak naik keretapi

    ReplyDelete
  17. Hmmm..sygnya tidak di pulihara..

    ReplyDelete
  18. Assalam,
    he3
    sekali lagi orang tepen ni tak pernah samapi situ sob3

    ReplyDelete