Hari Pertama ( 19 Feb 2015)
Selepas melawat Muzium Matang Ngah Ibrahim, kami terus ke Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang. Kami berasa bertuah kerana telah dapat melawat hutan Paya Laut yang terbesar di Semenanjung dan sumber Pokok bakau minyak terbesar di Malaysia. Hutan ini terletak daerah Matang, Perak. Selain dapat melihat paya laut di hutan lipur ini, kemudahan-kemudahan yang disediakan di sini adalah wakaf, tapak perkhemahan, chalet, jeti bot, dan tandas.
Pusat ini di buka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Untuk aktiviti perkhemahan dan bermalam, sila berhubung dengan Pejabat Hutan Daerah. Setakat ini, tiada bayaran masuk dikenakan. (Sehingga 19 Feb 2015). Secara peribadi, pusat ini sesuai untuk kita mengenali hutan Paya Laut, beriadah, dan aktiviti naik bot di sepanjang sungai hutan Paya Laut Matang. Kira-kira 70 peratus daripada hasil hutannya adalah dijadikan arang dan dieksport ke Jepun dan negara-negara maju yang lain. Lagipun, kualiti arang kayu dari pokok bakau minyak di Kuala Sepetang ini adalah antara arang kayu yang terbaik di dunia.
Selamat datang Ke Hutan Paya Laut Matang
Naimah dan Nadiah
Akar-akar kayu kayan menjalar di segenap pelusuk
Kami keluarga bahagia sampai ke Jannah
Pohon-pohon menjulang tinggi melangit
Di celah-celah kayu kayan
Intai-intailah kami
Alang aje yang tak bersama kami. Alang tengah menyambung pengajian di Ireland
Aku, Cinta bersama anak-anak
Kita boleh menyusuri sepanjang sungai dengan perkhidmatan bot yang disediakan.
Aku Kaki travel Khairuddin
Aku Nassier, abang ngah dalam keluarga
pohon bakau yg tinggi itu pasti umurnya ratusan tahun ya Pak Lim ? lambat besar pohon bakau ini. sayang kalau ditebang dijadikan arang.
ReplyDeletePohon bakau di sini berkualiti tinggi dan telah dijadikan arang.
Deletebyk nyamuk tak bang?
ReplyDeleteSiang tak ada nyamuk dan malam pun tak ada...
Deletenyamuk sekarang semua ke bandar.
Deleteahaks..Sal..itu sbb kawasan rumah sis ni asyik kena foging je
Deleteye JM doakan Abe MKL sekeluarga bahagia hingga ke Jannah aminnn
ReplyDeleteview yg sangat menarik dan sejuk mata memandang
ReplyDeleteBetul tu.. menenangkan jiwa juga.. :)
Deleteview yg cantik... anak-anak happy .. bahagianya :)
ReplyDeleteWahh.. cantik sgt gambar2 tu.. Alhamdulillah.. keluarga bahagia.. Salam ceria selalu.. :) :)
ReplyDeletegambar sekeluarga di celah2 pokok tu sgt cantik klu buat poster inkjet printing.. menarik..
ReplyDeletesalam, knal. saya dh ltk blog anda di bloglist projek travel :)
ReplyDeleteTq..saya telah pun letak anda di bloglist.
DeleteSeronoknyer sekeluarga dapat beriadah menyelusuri onak duri ranjau...menaiki bot dan merasai sendiri hutan paya laut dan hutan paya bakau yang asli dan indah...
ReplyDeleteMemang satu aktiviti keluarga yang sangat meninggalkan kesan memori yang indah...
happy family, suka betul CH tengok.. lagi satu gambar yg KK ambil sungguh Cantik.. Subahanallah..
ReplyDeleteCantik view! Tenang je.
ReplyDeleteTempat best untuk santai dan rehatkan minda!
ReplyDeletewahhh keluarga yang heppy dan bahagia ya pak dan tempatnya sejuk juga hehe
ReplyDeletepemandangan alam yg indah . kat sini ke yg byk burung tu ...
ReplyDeleteBurung dan kera pun sama banyak.
DeleteBurung-burung yang berhijrah ke serata tempat dunia adalah di Kuala Gula Bird Santuary terletak di Kuala Kurau, Perak.
Deletesejuk suasana hutan paya bakau...
ReplyDeleteAlang di Ireland, ambik medik juga ke, mcm Angah?..Alhamdulillah..keluarga berjaya dan bahagia..
Alang ambil medik juga di Ireland.
Deletekilang arang tu tingin nak pergi.. tengok kawan buat wedding photoshoot kat situ cantik..
ReplyDeletekena pegi dengan org yang sama minat baru boleh ngam..
Best...mesti lawat kilang arang..
DeleteSalam kebahagian buat tuan MKL sekeluarga.. :)
ReplyDeletecantik gambar akar pokok tu
ReplyDeletesaya suka tengok gambar MKL sekeluarga, sejuk mata melihat
terserlah kebahagian di setiap wajah anak-anak
MKL ada berapa orang anak sebenarnya?
Taping pun banyak tempat menarik dan bersejarah untuk dilawati...
ReplyDeleteSaya juga pernah ke sini bersama keluarga dan bawa orang luar negara. Tempatnya cantik.
ReplyDeleteAssalam,
ReplyDeletehe3
suka benor nengok kemesraan family
:)